Thursday, December 10, 2009

Diari 136 – “Kadang kala, semangat melebihi kemampuan”

Rabu 9 Disember 09, pagi ini saya telah memulakan kelas di Yayasan Restu. Pagi ini kelas agak lama sedikit kerana menggantikan sekali ustaz yang sebelum saya, jadi kelas bermula jam 9.30 hingga 11.30 pagi.

Tamat kelas hari ini, saya menguruskan beberapa perkara di Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASSA).

Petang pula, bersama beberapa tetamu yang menziarahi MASSA. Pertemuan berlarutan hingga ke jam 10.00 malam.

Selepas itu, jam 10.30 malam, saya bersama dengan saudara-saudara dari Rumah HIV Darul Ukhwah di Petaling Jaya, membincangkan beberapa perkara di rumah HIV ini. Apa pun, yang diharapkan yang terbaik untuk semua.

Hasil perbincangan lebih menjurus kepada perjalanan rumah.

Mesyuarat tamat jam 12.00 malam dan saya terus ke Kuala Lumpur untuk satu lagi pertemuan.

Hampir jam 4 pagi baru sampai ke rumah.

Khamis 10 Disember, jam 7.30 pagi, saya telah keluar dari rumah kerana jam 8.00 saya perlu ada di  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbincang mengenai perjalananan Darul Ukhwah bersama Ustaz Anuar dari bahagian Riqab. Semuanya berjalan dengan baik.

Jam 11.30 pula, membantu anak-anak yatim al-Ijabah untuk membuat passport. Seramai 10 orang anak yatim al-Ijabah akan saya bawa ke Mekah menunaikan Umrah bersama beberapa orang penjaga mereka di al-Ijabah, insyaAllah perjalanan ibadah ini akan ditunaikan pada Januari.

Tengah hari, beberapa orang telah menunggu saya di pejabat di Shah Alam.

Pertemuan hingga jam tiga petang terhenti apabila, tiba-tiba saya tumbang. Mungkin terlalu keletihan.

Berehat hingga jam 6.30 petang.

Malam ini, saya pulang awal, untuk membuat persediaan. InsyaAllah, esok jam 7.00 pagi, saya akan bersama sidang penonton TV9 di dalam rancangan “Tanyalah Ustaz”

Tajuk perbincangan ialah “Pasangan Ilmu”.

InsyaAllah, kita akan bincangkan kemudian di blog ini.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatata Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Disember 09 jam 11.00 malam

IMG_2228

Pertemuan di Darul Ukhwah Petaling Jaya

IMG_2266

Semoga yang terbaik

IMG_2290

Perjalanan berlarutan hingga jam 12.00 tengah malam.

3 comments:

kernachenta-Nya said...

salam...
ustaz , saya ada menonton tv9 hario ni...saya suka sangat doa yang ustaz bacakan masa akhir program.boleh ustaz pamerkan doa yang ustaz bacakan tadi.saya memang harapkan sangat...syukran

Anonymous said...

szlzm ustaz....
harap ustaz blh ushakan untuk upload siri ceramah2 ustaz kat mana2 untuk tatapan semua,tapi biarlah mudah untuk download....moga lagi berkembang segala macam ilmu pengetahuan......;

muhammad syafiq said...

salam ustaz amin,

sy pna dga ustz bce khutbah di masjid al-hidayah sec. 18, shah alam..

penyampaian yg sungguh mengasyikkan..
seperti seruan menuju medan jihad..

suka jge bacaan ustz dlm solat..
mengharapkan ad CD atau kaset dipasaran..

doa selepas solat yg sungguh menyentuh qalbu..

ingin mendengar semua diats berulang2 kali..

mungkinkah??

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...