Saturday, December 19, 2009

al-Ijabah 38 – Sambutan Maal Hijrah bersama Yayasan al-Ijabah

Jumaat 18 Disember 09, jam 4.00 petang, kala ini, warga HIV Darul Ukhwah menyambut Maal Hijrah bersama anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah, Dato’ Zaman Khan dari Yayasan AIDS Malaysia, warga syarikat T-Nest dan sahabat-sahabat Media di Darul Ukhwah Petaling Jaya.

Majlis petang ini, lebih kepada majlis ramah mesra di antara Dato’ Zaman Khan dan warga HIV Darul Ukhwah sempena Maal Hijrah ini.

Majlis dimulakan pada jam 4.00 petang dengan bacaan selawat dan zikir munajat dari anak-anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah.

Semua mereka melaungkan selawat bersama-sama menggemakan Darul Ukhwah. Alhamdulillah, sedari kecil lagi, mereka telah didedahkan dengan melihat kerja amal begini dan mereka sedari kecil sudah di didik agar tidak memandang rendah dan memencilkan diri dari pesakit HIV.

Bagi pesakit HIV Darul Ukhwah pula, mereka dapat merasakan bahawa mereka tidak terpinggir dengan keadaan mereka. Ia lebih menyuntik semangat dan motivasi untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Dato’ Zaman Khan sampai ke Darul UKhwah pada jam 4.30 petang, bersama Pengarah T-Nest En. Mohd Nazri, orang yang menaja majlis pada petang ini.

Majlis di teruskan dengan doa memohon keselamatan dari Allah untuk seluruh yang hadir sempena dengan Maal Hijrah ini, semoga Allah sentiasa melindungi dan memberi kebaikan kepada seluruh yang hadir pada hari ini.

Selepas bacaan doa, pengerusi majlis menjemput En. Nazri dari T.Nest untuk berucap. Selepas itu, pengerusi majlis meminta saya menyampaikan sedikit ucapan.

Di dalam ucapan, saya lebih menekankan mengenai kasih sayang sesama Islam.

“Islam tidak membezakan sesiapapun, warna kulit, yang sakit dan sihat, yang kaya dan miskin, berketurunan atau tidak, yang penting ialah siapa di antara kita yang paling baik taqwanya” kata saya.

“Perbahasan mengenai kasih sayang bukan sahaja perbahasan lisan, tapi ia patut diterjemahkan melalui perbuatan”. Saya menambah.

Selepas saya, Dato’ Zaman Khan yang mewakili Majlis Aids pula berucap. Beliau banyak menyentuh mengenai pengurusan pesakit Aids di Malaysia.

Sidang Media dibuat kira-kira jam 5.15 petang.

Hadir kala ini ialah wartawan dari Utusan Malaysia, Sinar Harian, TV3, TV1, dan Astro Awani.

Apapun saya berterima kasih kepada sahabat saya, Syahril Kadir (syahrilkadir.wordpress.com) yang berusaha menjayakan majlis pada petang ini. Tidak lupa juga kepada seluruh sahabat yang bersama-sama berjuang di dalam Darul Ukhwah dan juga kepada sahabat dari MAIS yang sentiasa bersama.

Majlis seperti ini sememangnya baik terutama kepada pesakit HIV sendiri sebagai usaha menerima mereka di tengah masyarakat.

Semoga, Islam agama kasih sayang, bukan sahaja di sebut di mulut di dalam ceramah dan pentas-pentas forum, tapi ia diterjemahkan melalui usaha membela orang yang terbela ini.

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Disember 09 jam 8.45 pagi

IMG_2720

4.00 petang, majlis dimulakan dengan membaca selawat pada Nabi saw

IMG_2757

ketibaan Dato’ Zaman Khan dari Majlis Aids jam 4.30 petang, memegang buku hijau, Syahril Kadir.

IMG_2765

Ustaz Muhamad Abdullah Zamhari, pengerusi majlis petang ini

IMG_2771

Sahabat Media

IMG_2783

Ucapan Dato’ Zaman Khan

IMG_2806

Dato’ Zaman Khan beramah mesra dengan penghuni

IMG_2827

Sidang media selepas majlis dari RTM, TV3 dan Astro Awani

IMG_2839

Temuramah dari Astro Awani

IMG_2852

Temuramah penghuni

IMG_2892

Bersama anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah

1 comment:

Hunny said...

Syabas buat Ustaz dan semua warga Ijabah yang tak putus-putus berusaha keras membangunkan Darul Ukhuwah. Semoga semua usaha yang baik ini diberkati.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...