Monday, June 29, 2009

Universiti Kehidupan 88 - Kubur Syeikh Cubbeli Ahmad Hoca

Di Institut Wakvi, saya berkenalan dengan seorang guru dari Belgium berbangsa Turki bernama Tuncay Kaya. Beliau datang ke Insttitut Wakvi di Istanbul ini untuk mendalamkan ilmu agama setiap kali cuti musim panas di Belgium.

Banyak perjalanan saya kali ini di Istanbul ditemani oleh Tuncay. Dia seorang yang ramah dan suka meraikan orang lain.

“Ustaz Muhamad, hari ini saya ingin ajak kamu ziarah ke kawasan kubur. Hari jumaat seperti ini bagus untuk mengingati mati, nanti kita sembahyang Jumaaat di Masjid Biru” katanya pada saya.

Pagi ini, jumaat 26 Jun 09, saya memang tidak mempunyai apa-apa program.

Selepas sarapan di Institut Wakvi, Ustaz Mustafa, guru di sini telah menyediakan sebuah kereta untuk kami berjalan-jalan sekitar Istanbul. Kami mula bergerak. Tidak lama selepas itu, saya diajak singgah ke kawasan perkuburan.

Di sini pada hari jumaat, ramai orang yang akan datang membacakan al-Quran. Kubur di sini kemas dan rapi, tidak seperti di Malaysia yang agak suram hingga lahir cerita-cerita khurafat yang mengaitkan hantu dan kubur.

Kami menziarahi makam Syeikh Ali Hayder, guru Syeikh Mahmud Affandi, seorang ulama di Turki ini.

Tuncay mengajak saya ke satu tempat.

“Ustaz Muhamad, mari saya tunjukkan kamu satu perkara,” katanya.

Dia mengajak saya ke sebuah kubur.

Ini adalah kubur Syeikh Cubbali Ahmad Hoca, dia merupakan seorang pendakawah yang hebat di Turki. Saya banyak belajar mengenai Islam darinya. Dia selalu keluar di TV” terang Tuncay.

“Tapi, dia hidup lagi,” tambahnya lagi.

“Hidup lagi? Habis kubur ini sapa punya?” tanya saya kehairanan.

“Hah, Syeikh Cubbali Ahmed memang telah menyediakan kuburnya sendiri. Beliau akan sering datang ke kuburnya dan melihat serta banyak menangis. Beliau akan selalu mengenangkan mengenai bekalan yang akan dibawa. Cuba kita lihat, ramai orang membaca al-Quran untuk orang yang telah mati, Syeikh Cubbali membaca al-Quran untuk dirinya yang masih hidup,” jelasnya lagi.

“Kalau kita membaca al-Quran pada orang hidup, maka orang hidup akan memperbaiki diri. Dia akan meningkatkan amalannya jika Quran yang dibaca itu difahaminya,” saya menambah.

“Rasullullah itu, lebih banyak membacakan al-Quran pada orang hidup, sebab itu orang hidup boleh berubah,” tambah saya lagi.

“Ye, betul tu,” kata Tuncay.

Saya memandang kubur Syeikh Cubbali. Saya cuba merasakan perasaannya secara impati. Kemudian hati saya berbisik,

“Ya Allah, kalaulah kubur yang aku sedang tatap ini kubur aku, aku dapat bayangkan orang mengusungku ke sini, meninggalkanku keseorangan di sini, memang aku akan menitiskan air mata dan akan merenung, adakah amalan aku sudah ditingkatkan, patut pun Syeikh Cubbali boleh menitiskan air mata”

Ini antara pelajaran terbesar yang saya dapat kali ini. Membayangkan kubur sendiri.

Akhirnya, hati ini membisikkan:-

“Ya Allah, ampunkan aku dan bimbinglah aku untuk terus meningkatkan diri”.

Sebagai seorang lelaki, saya jarang menangis, tetapi kali ini saya benar-benar sebak. Inilah pertama kali saya menatap kubur yang disediakan oleh tuannya sendiri bagi memuhasabah dirinya. Walaupun kita tidak tahu di mana kita akan mati, tetapi kubur yang telah disediakan benar-benar menjadi muhasabah terbaik buat diri ini.

Bukankah Alla telah berfirman:-

“Berbanyak mengenai dunia melalaikan kamu, hingga tiba-tiba kamu diusung ke dalam kubur” (surah at-Takathur).

Saya melangkah semangat ketika keluar dari kawasan perkuburan ini. Semangat untuk terus memperbaiki diri. Ingatan kepada mati menyebabkan kita rasa, masa kita terlalu sedikit berbanding amalan yang patut dibuat.

Semoga Allah terus membimbing saya dan pembaca sekelian untuk semakin hampir kepadaNya. Agar kita terus diredhainya untuk selamat di dunia dan di akhirat.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Abu Dhabi
29 Jun jam 1.12 pagi
berdiri berjubah biru ialah Syeikh Cubbali Ahmed Hoca. Di kanannya ialah Syeikh Mahmud Affandi
Inilah kubur yang disediakan oleh Syeikh Cubbali Ahmed untuk dirinya
Kawasan perkuburan di Turki, kemas dan rapi


kalau selesa, bukan sahaja manusia yang suka datang, kucing pun suka berehat di sini.
Hebatnya seorang itu apabila dapat melahirkan orang yang hebat. Makam Syeikh Ali Hydar, guru Syeikh Mhamud Affandi

12 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Hehehehe..

Dulu melawat kubur ada orang..

Sekarang melawat kubur tak ada orang pulak....

hahahahaha...

Ustaz nie memang minat melawat kubur.. mamat tu ajak melawat kubur plak.. bagaikan org mengantuk disorongkan bantal.

keh keh keh.

Anonymous said...

Angkuhnya Shahabudeen Jalil...

Shahabudeen Jalil said...

bukan angkuh.

kita semua pun akan mati. memang disuruh kita ingat akan mati.

tapi bukanlah asyik melawat kubur aje. banyak lagi cerita menarik yang boleh disampaikan.

tapi bagus la cerita nie jika boleh menimbulkan keinsafan

Anonymous said...

kita kena bawa keluarga kita ke 3 jenis tempat untuk rasa keinsafan. 1.kubur, 2. hospital, dan ketiga ialah penjara.

View Profile: Rantong™

Shahabudeen Jalil said...

hahahahahahaha...

ini lagi mat lawak..

guna fatwa mana ni sheikh ?

Takyah ke kubur, spital atau penjara..

pg masjid la kalau nak rasa keinsafan...

Aduss..

kalau semua orang ikut nasihat mat lawak ni.. penuh orang kat spital, bukan untuk mengubat sakit.. tapi untuk 'merasa keinsafan'

hahahaha..

Has said...

angkuhnya awak Shahabudeen Jalil...awak ni bukan Islam sebenarnya...kenapa yang jadi sakit hati sgt dgn tulisan2 ustaz ni?bagus sgt ke awak ni?cermin diri awak dulu...

mE said...

Shahabudeen Jalil ni biasalah....sbb dy sentiasa merasa dirinya lebih banyak ilmu... sifat egonya lebih tinggi...sentiasa merasa dengki dengan orang lain..

kata2 orang lain x leh pakai bg dia..

cerita menarik apa yg perlu disampaikan? Bukan ke cerita ni pun cerita menarik ke? ble bg blog sendiri...aku nak tengok sket..

Unknown said...

bkn haram ka buat kubur mcm ni?

Anonymous said...

mungkin dengan cara ini mereka rasa dekat dengan Allah..

kak jun said...

pendapat peribadi saya. mana pun kita pergi asal dapat tambah iman tak kisahlah.selagi kita bernafas tanggungjawab kita buat pilihan. diakhirat nanti yg tinggal hanyalah pembalasan.

memetik kata2 syaidina Ali

Anonymous said...

tempat paling takut untuk dilawati... kubur, hospital.. lebih lagi penyakit kritikal.. masa tulah bersyukur sb kita sihat.. penjara.. kalau ramai orang ingat penjara.. ramai yg takut buat salah

Delaila Adnan said...

Selalu selalu lah ingat mati ...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...