Wednesday, June 10, 2009

Universiti Kehidupan 82 – Kenapa Yahudi Membenci Nabi Isa a.s?

Saya selalu tertanya-tanya:-

"Kenapa orang Yahudi membenci Nabi Isa, malahan mereka tidak mengiktiraf Isa sebagai Nabi?"

Soalan ini terus terbuku di hati saya hinggalah saya sampai di Nazareth, tempat Nabi Isa dibesarkan.Kesempatan kali ini, mari kita bincangkan mengenai topik ini.

Nabi Isa a.s dilahirkan di Bethlahem. Tempat baginda lahir sekarang berada di dalam sebuah gereja iaitu Church of Nativity. Ketika Saidina Umar r.a di ajak melawat Bethlahem, baginda di ajak masuk ke dalam Church of Nativity ini. Pada ketika itu masuk waktu solat. Beliau dijemput untuk solat di dalam gereja tetapi beliau menolaknya. Beliau sembahyang di luar gereja. Tempat di mana beliau sembahyang di dirikan sebuah masjid dinamkan sebagai masjid Umar.

Setelah lahir, Nabi Isa dibawa oleh ibunya ke Mesir. Ia sebagai melindungi baginda dari dibunuh oleh Raja Israel, Raja Herod.

Setelah Raja Herod mati, ibunya membawa Isa ke Nazareth dan tinggal di sana. Baginda mewarisi kemahiran sebagai tukang kayu dari kota Nazareth ini sambil mendalami ilmu agama ditempatnya. Pada ketika umurnya 30 tahun, dia menjadi guru agama yang mengembara dari sebuah kota ke kota yang lain.

Nabi Isa mempunyai kepetahan di dalam dakwahnya. Walaupun baginda tidaklah menerima pendidikan agama yang melebihi orang Yahudi yang lain, orang ramai merasa selesa dan ingin belajar darinya. Dia diminta untuk berkhutbah di rumah ibadat di Nazareth.

Menurut kisah yang disampaikan oleh ahli kitab, Nabi Isa dijaga oleh Yusuf an-Najjar (Yusuf tukang kayu), iaitu seorang yang soleh yang akhirnya memperisterikan ibunya Maryam. Yusuf an-Najjar menjadi ketua kepada para pekerja dan melindungi mereka dari dianiaya oleh peraih-peraih yang menginginkan keuntungan dari usaha orang lain.

Di atas dasar ini, maka pada ketika zaman Paus Pius XII, dia telah menetapkan tarikh 1 Mei sebagai hari memperingati Yusuf an-Najjar yang kemudiannya menetapkan hari itu sebagai Hari Buruh.


Pada masa Nabi Isa mulai membesar, baginda dibesarkan di dalam didikan agama yang baik di kota Nazareth. Baginda seorang yang sangat kasih pada manusia. Pada zaman itu, di kota Nazareth dan Galilee didiami oleh ramai orang Samaria. Bagi orang Yahudi, orang Samaria ini adalah orang yang berjiwa kotor dan tidak setaraf dengan orang Yahudi. Oleh itu, Isa tidak sepatutnya bergaul dengan mereka.

Di atas alasan inilah Nabi Isa dan murid-muridnya mula dibenci dan difitnah oleh orang Yahudi sendiri. Hinggakan pemimpin agama dari Jerusalem juga mula menganggap Isa sebagai orang yang hanya inginkan pengaruh untuk menjadi raja Bani Israel.

Bermula dengan permusuhan dengan kebanyakkan ahli kitab pada ketika itu, maka Isa membentuk pasukan dakwahnya sendiri. Nabi Isa membersihkan ajaran-ajaran yang telah diselewengkan oleh kebanyakkan ahli kitab pada ketika itu. Di dalam al-Quran, Allah telah menyatakan peristiwa ini di dalam surah Surah Ali Imran 52:-

Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri.

Pengaruh Isa sangat besar hinggakan baginda diterima di tengah masyarakat sama ada dari Bani Israel mahupun orang Samaria. Baginda mempunyai pendokong-pendokong yang setia. Di dalam surah as-Saff, Allah menceritakan kisah ini :-

6: Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"


Di antara nama yang pernah disebut di dalam sejarah ialah Maryam Majdalina (Marry Magdaline). Dia adalah pendokong Nabi Isa. Ada sesetengah mazhab di dalam kristian yang mengaggap bahawa Marry Magdaline adalah isteri Nabi Isa a.s.

Menurut versi kristian, ketika Nabi Isa di salib, salah seorang yang menurunkan mayat Isa ialah Marry Magdaline ini. Tetapi di dalam al-Quran, surah an-Nisa', Allah menceritakan bahawa :-

157: Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

Nabi Isa mula berdakwah dari bandar ke bandar menuju ke Jerusalem, pusat agama bagi Bani Israel. Ahli-ahli kitab mulai bimbang akan pengaruh Isa ini. Maka dirancang untuk membunuh Isa ini.

Mereka membuat tuduhan dan fitnah terhadap Isa. Mereka mengatakan bahawa, Isa ingin merampas kerajaan dari Raja Herod Agripa, anak kepada raja Herod. Mereka membuat cerita, bahawa Isa hanyalah seorang tokoh yang mempunyai skandal dengan Marry Magdaline. Apa pun, mereka membenci Isa kerana dua sebab:-

1. Isa sangat baik dengan orang selain Yahudi dan mendapat sokongan dari mereka
2. Isa cuba membongkar kejahatan ahli kitab terhadap penyelewengan mereka.

Akhirnya, mereka merancang untuk membuhuh Isa. Maka pada hari yang mereka rancang, rancangan Allah melebihi rancangan mereka. Allah telah menyerupakan pengkhianat kepada Isa, menjadi mirip seperti wajahnya. Dan Isa a.s telah Allah angkat ke langit. Allah menceritakan peristiwa ini di dalam al-Quran, surah Ali Imran ayat 55 :-

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".


Beginilah Bani Israel. Membunuh dan cuba membunuh para Nabi. Tidak lama selepas di angkatnya Isa ke langit, sejarah menyaksikan pula, Nabi Yahya disembelih kerana menghalang Raja Herod Agripa menikahi anak saudaranya. Perangai Bani Israel dirakamkan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 87:-

Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?

Kesimpulannya ialah, para Nabi dibenci kerana menegakkan yang hak. Ketika Nabi telah tiada, maka para ulama yang mengambil tugas mereka.

Jadikanlah kita menghampiri orang yang berilmu untuk terus mendapat panduan dari mereka. Semoga, sikap Bani Israel kita jauhi untuk kita mendapatkan kerahmatan dari Allah.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
10 Jun 09, Jam 12.15 pagi

Masjid Umar di Bethlahem
Church of Nativity, tempat Nabi Isa dilahirkan
Di tempat ini Nabi Isa dilahirkan (Bethlahem)
Kampung asal Marry Magdaline, antara pendokong yang rapat dengan Nabi Isa a.s
Menurut orang Kristian, di kubah biru di kanan gambar ini ialahtempat salib. Di dalam Islam, Nabi Isa diangkat ke langit dan tidak di salib. Seseorang yang diserupakan dengan Nabi Isa yang di salib.
Ilustrasi pelukis mengenai gambar Isa di turunkan. Antara yang ada ialah Marry Magdaline. Sesetengah mazhab Kristian, mengatakan Marry Magdaline ialah isteri Isa. Sedangkan bagi orang Yahudi, Marry adalah skandal bagi Isa. Dalam Islam, para rasul adalah dipelihara oleh Allah dari melakukan kejahatan danperkara yang mengaibkan.

55 comments:

RaihanahMM said...

Thank you for this write up. It has helped me understand the historical connection between Prophet Isa and the Israels who are forever doomed. salam

Anonymous said...

anyway, jesus is so real... thank 4 this blog. Halleluya

Eja Yusof said...

obvioously jesus is real..but the religion (CHRISTIAN) is NOT. Obviously you people has been cheated in your book. Its funny to me that you thanked 4 the blog, which means you accepted the truth of the story based on Al-Quran but still refused to believe??? Pls read & study Al-Quran..May Allah guide you to the right path (ISLAM. Ameen

Anonymous said...

Bukan nabi Isa yang disalib, cuba address:
http://siapayangdisalib.blogspot.com/

Anonymous said...

YA EJA IS RIGHT....ALLAH HU AKHBAR

Anonymous said...

Tanya sikit: menurut kitab injil
kenapa ada begitu ramai saksi yg menyatakan selepas kejadian salib
- tak ada mayat nabi isa ataupun penggantinya(kalu nak ikut koran) ditemui kat kubur tersebut?
- dgn mata mereka sendiri nampak nabi isa masih hidup dan berhubung dgn dia orang?

Bukan tak nak caya kat koran tapi tak logik pulak kalu kita anggar mat mat saleh yg begitu pentingkan intergrasi nak reka cerita untuk tipu dia orang sendiri. Taklah wujud FBI pulak!

Unknown said...

Sekalipun nabi pembawa injil tidak disalibkan, jadi apa keuntungan yang diperoleh bagi orang Mumin/Islam?

ref:
http://hubungantersembunyi.blogspot.com/

Anonymous said...

Wilah Sawung...untungnya bila hampir hari kiamat nanti baginda akan kembali kebumi dan menyelamatkan kaum muslim dan menentang kejahatana Dajal..

Anonymous said...

Kalu baginda kembali kebumi, jadi siapa dia?
Sebab tidak ada satu manusiapun yang hidup selama itu.

Tanya: Apakah baginda adalah sosok yang disebut "Ilaahin naas"?

Anonymous said...

Semua nya kuasa allah...
Don't judge the story...

Anonymous said...

salam ustaz..jd konpius je bile tgk cite the da vinci code..ad yg merepek tp ad jgak yg logik mcm watak teabing ckp jesus is not god dan majlis trtggi gereja sorok kan kebenaran..bila bab mary magdaline..lg konpius..bila dikatakan dia adlh isteri nabi isa..masa nabi isa disalib dia sdg mngdung..dalam basic sejarah nabi isa yg kita tahu..xde plak disebutkan nabi isa berkahwin..ap pndgn ustaz personally..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Jesus Christ was not dead Yet, quran confirm this so does the bible. He was raised up to heaven by Allah, and he will come back near the jugement day , to kill antichrist (Dajjal), kill swine, destroy cross, He is among the greatest Prophet.

chrsiatian was deceived by teaching of Paul, whis say Jesus was son of God and he is God..

Jesus never claim divinity, he is just a Messengger of God..

for thos who believe Jesus is God, open Your bible and read:

matthew 7:22-23

Many will say to me(Jesus) on that day, 'Lord, Lord, did we not prophesy in your name, and in your name drive out demons and perform many miracles?'

and jesus will say:

23> Then I will tell them plainly, 'I never knew you. Away from me, you evildoers!'

Jesus himself say he never knew you, because you make him GOD or Equal to.. while he didnt ever make claim he is GOD..

Unknown said...

Jesus Christ was not dead Yet, quran confirm this so does the bible. He was raised up to heaven by Allah, and he will come back near the jugement day , to kill antichrist (Dajjal), kill swine, destroy cross, He is among the greatest Prophet.

chrsiatian was deceived by teaching of Paul, whis say Jesus was son of God and he is God..

Jesus never claim divinity, he is just a Messengger of God..

for thos who believe Jesus is God, open Your bible and read:

matthew 7:22-23

Many will say to me(Jesus) on that day, 'Lord, Lord, did we not prophesy in your name, and in your name drive out demons and perform many miracles?'

and jesus will say:

23> Then I will tell them plainly, 'I never knew you. Away from me, you evildoers!'

Jesus himself say he never knew you, because you make him GOD or Equal to.. while he didnt ever make claim he is GOD..

Unknown said...

Jesus Christ was not dead Yet, quran confirm this so does the bible. He was raised up to heaven by Allah, and he will come back near the jugement day , to kill antichrist (Dajjal), kill swine, destroy cross, He is among the greatest Prophet.

chrsiatian was deceived by teaching of Paul, whis say Jesus was son of God and he is God..

Jesus never claim divinity, he is just a Messengger of God..

for thos who believe Jesus is God, open Your bible and read:

matthew 7:22-23

Many will say to me(Jesus) on that day, 'Lord, Lord, did we not prophesy in your name, and in your name drive out demons and perform many miracles?'

and jesus will say:

23> Then I will tell them plainly, 'I never knew you. Away from me, you evildoers!'

Jesus himself say he never knew you, because you make him GOD or Equal to.. while he didnt ever make claim he is GOD..

Unknown said...

Jesus Christ was not dead Yet, quran confirm this so does the bible. He was raised up to heaven by Allah, and he will come back near the jugement day , to kill antichrist (Dajjal), kill swine, destroy cross, He is among the greatest Prophet.

chrsiatian was deceived by teaching of Paul, whis say Jesus was son of God and he is God..

Jesus never claim divinity, he is just a Messengger of God..

for thos who believe Jesus is God, open Your bible and read:

matthew 7:22-23

Many will say to me(Jesus) on that day, 'Lord, Lord, did we not prophesy in your name, and in your name drive out demons and perform many miracles?'

and jesus will say:

23> Then I will tell them plainly, 'I never knew you. Away from me, you evildoers!'

Jesus himself say he never knew you, because you make him GOD or Equal to.. while he didnt ever make claim he is GOD..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sekalipun nabi isa atau yesus tidak di salib apa keuntungan nya bagi muslim.

keuntungannya???
ya, keuntungannya sampeyan2 yang nyasar dan nyeleweng selamat dari melihat dahsyatnya siksa kubur, hari kiamat dan siksa neraka bagi orang-orang yang nyeleweng.

karena nabi isa memang meluruskan apa yang nyeleweng dari kitab sebelumnya.

Anonymous said...

Surat 43 ayat 61. Isa benar-benar mengetahui hari kiamat...... .

Jadi dimana adanya tentang hari kiamat yang pernah disabdakan "Isa"?

Sebab Alquran wahyu Allah tidak ada sabda dari baginda Isa tentang hari kiamat.

Apakah kita harus baca injil?

Unknown said...

ustaz amin, saya rasa ustaz memang telah ditipu oleh sipencerita.. bagaimanapun tiada manusia yg sempurna suka menipu untuk kemenangan dan menutup kejahatan mereka supaya nampak baik. mary bukan scandal isa, tapi mary ibu kpada isa yg suci belum pernah disentuh oleh mana2 kaum adam. nabi ibrahim sendiri pernah menceritakan bahawa bagaimana kedatangan isa. ia akan dilahirkan tanpa ayah dari mary yg masih suci. dan allah telah berkata untuk menurunkan kuasa suci nya kedalam rahim mary. semasa allah menurunkan kuasanya, turun malaikat gebrail memberitahu mary akan bayi kandungan nya.. dan akan diberi nama al-masih @ jesus. dan memang telah ditulis di kitab nabi ibrahim jesus akan disalib untuk menebus dosa2 manusia. dosa manusia bermula dari mana? ia bermula ketika hawa melanggar perintah allah dan mengajak suaminya adam memakan buah yg dilarang allah dari taman aeden. dan allah telah mungkar terus memisahkan mereka dari Nya. pada saat itu manusia penuh dgn dosa, dan sukar untuk bertemu dgn allah. apabila manusia mati, mayat mereka kembali ketanah, dari mana asal usul allah menciptakan mereka. dan jiwa mereka hilang begitu sahaja. Tibalah ke nabi ibrahim, dan allah menjanjikan ke ibarahim bahawa keturunan ibrahim seperti pasir di pantai, dan bersinar seperti bintang di langit yg tak pernah padam. sampai satu saat allah menyeru ibrahim untuk mengorbankan anaknya untuk Allah jadikan penebusan dosa. ibrahim sangat patuh dgn allah, tapi ia sgt sayang akan anak nya itu. sehingga dia menangis, dan malaikat gebrail turun untuk menghalang perbuatan nya. dan malaikat gebrail menunjuk ke arah seekor kambing untuk dijadikan korban. dgn itu mula setiap korban haiwan dijadikan penebusan dosa. sehingga pada waktu allah turunkan wahyu ke ibrahim mengatakan seorang manusia yg dilahir dgn darah suci dari kuasa Nya akan disalib, dikorban untuk penebusan segala dosa manusia. dan memang sudah ditulis dan izin allah manusia itu akan dibunuh untuk pengampunan dosa semua manusia di muka bumi.. dan orang itu Isa Al-masih@yesus@Mesiah. jadi itulah kenapa Yesus disalib. allah jadikan dia korban sebab dia lahir bukan dari pasangan yg dikahwinkan. tapi yesus dijadikan dari kuasa allah dan dilahirkan oleh mary si dara suci. so ustaz amin kalau nak cerita yg betul, jgn bertanya dgn org berketurunan jahil. dan sebar kat blog macam ni.. ni dah menipu dan menyesatkan orang. lain kali nak benda yg pasti baca sendiri kitab bible. tiada allah mengharamkan orang memegang bible, asal niat mu ikhlas.

Anonymous said...

Kenapa kitab bible ada banyak gospel/versi?
Macam mana nak tahu versi/gospel ini betul atau tak betul?

Anonymous said...

Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah SWT hanyalah Islam

Anonymous said...

Di surah dan ayat apa di dalam Alquran yang menyatakan dengan tegas bahwa nabi isa akan datang kembali diakhir zaman?

Jika di Alquran tiada tertulis, jadi atas dasar apa rasul Muhammad berniat mengatakannya?

Unknown said...

Ya ampun.. kepada Chaterine yang cakap Marry tu skandal nabi Isa.. MArry adalah ISTERI nabi Isa. skandal dan isterikan lain? bacalah bible yang asal. bukan yang dah diubah2 tu.

Bardtistuta said...

catherine shine kami umat islam tahu maryam (mary) adalah ibu nabi isa. Cerita ini dirakamkan Allah di dalam Al Quran. Mary magdaline yg dimaksudkan dalam cerita ustaz ni bukan merujuk kepada maryam ibu nabi isa.
Dan nabi isa disalib kerana menebus dosa juga sesuatu yg karut. Semoga menemui hidayah dr Allah. Bacalah AlQuran untuk menemui kebenaran.

Anonymous said...

Jangan terlalu banyak bertanyakan soalan di sini, kajilah Al Quran dan hadis.Apa yang Ustaz Amin bicarakan tolong fahami perkataannya barulah boleh memberi pendapat dan komentar, thank Ustaz atas maklumat tersebut.

Anonymous said...

Rasanya ustaz dah nyatakan dgn jelas dan terang dlm article di atas beserta dgn surah dan ayat al quran tentang nabi isa yg akan turun pada akhir zaman.. Tidak ada yg mgelirukan tp kenapa ramai di antara pbaca yg seolah2 xfhm atau sengaja buat2 xfhm. . Kenapa msh cb cuba mnafikan?
Muslim bkn mcari keuntungn Atau kebanggaan disebalik sejarah Nabi Isa. Tp hanya menyatakan kebenaran buat semua umat agar tidak terus ttipu atau mnipu diri sendiri. Carilah kebenaran itu, buat kajian sekiranya benar2 inginkan agama yg diredhai dan yg pastinya benar.. Hanya Islam dan AlQuran...

Anonymous said...

Kristian adalah agama tertua, banyak mazhab(Jenis) mengikut fahaman para manusia yg semakin bijak mengkaji Dari semasa ke semasa. Dan sy adalah Kristian yg menolak mazhab Kristian yg lain. hanya sedikit jumlah Kristian di mlaysia yg menganggap Allah mana kuasa & yesus pesuruhnya. namun yesus tetap istimewa dan bukan manusia biasa. trimalah kenyataan kalau asalnya Dari syurga, Dan matinya juga ke syurga.

apa2 pun, sudah jadi takdir kalau nabi isa(yesus) akan turun semasa hari pengadilan nanti. barang siapa yang Cuba menolak fakta, maka tmasuklah anda spt org2 Israel yg tinggal tggu masa untuk mati serta tidak diterima oleh bumi Dan langit..

atok_rock said...

kenapa slow sgt akal..kalau nabi isa hidup smpai hari kiamat ada yg persoal, iblis dgn jin tu nyawa beribu2 tahun knp tak tnya? itu kuasa Allah nk tetapkan walaupun manusia utk hidup tempoh yg lama,dan Allah ada firman,setiap yg hidup akan mati, so nabi isa pun akan mati,batu2,pokok2,malaikat pun semua akan mati bila kiamat utk dihisab di akhirat..yg akhir mati ialah malaikat pencabut nyawa,izrael..

atok_rock said...

utk dihisab diakhirat, setiap umat akan bersama nabi pada zamannya saja,kcuali nabi muhammad,umat sepanjang zaman dan penyambung legasi agama tauhid selepas zaman nabi isa..so nabi isa umat pada zamannya saja sama mcm nabi musa..cuma nabi isa turun dari langit pada hari kiamat utk membunuh dajal dan babi dan membetulkan apa yg telah dipesong,fitnah pembunuhannya zaman dulu, bersama imam mahadi keturunan nabi muhammad yg akan menyambung agama nabi muhammad sampai kehujung tamat dunia..terima kasih :)

atok_rock said...

kepada Catherine shine, nmpk anda sendiri pun keliru dgn kitab anda, xkan manusia sesuci nabi isa berskandal plk??para wali level dibawah nabi pun tak pandang aurat contoh rambut yg xditutup apalagi kalau nabi..itu bermakna kitab anda ada pelbagai vesi dan jawapan yg tidak statik lg was-was..semak isi Al-Quran dan Injil..anda akan tau selengkapnya mana satu..terima kasih :)

Anonymous said...

Al quran tu karut..byk rekaan..mcmna al quran boleh mnjdi tepat sedangkn taurat dan injil lg dulu wujud...jgn percaya islam pnipu dan pembunuh..

Anonymous said...

kenapa kamu kata al quran itu rekaan?al quran adalah wahyu allah yg diturunkan kpd nabi muhammad saw.baginda buta huruf,tidak pandai membaca.jadi mustahil baginda mereka al quran.al quran mengandungi kebenaran.al quran bukan rekaan manusia kerana tidak terjangkau fantasi dan ilmu manusia,allah telah memelihara al quran daripada pemesongan,kerana masih wujud golongan penghafaz al quran.selagi golongan ini wujud.al quran tidak dpt dipesongkan.kamu kata islam pembunuh?lihatlah bangsa apa yang membunuh orang islam sekarang?mereka bukan sahaja membunuh wanita.malah kanak kanak islam.

Anonymous said...

Subhanallah.. sbgai muslim kita perlu percaya pada Nabi Isa sbg rasul yg pnh di utus Allah ... Kita umat Muhamad s.a.w.... semoga Allah memberi hidayah pd semua non muslim ... waAllah u alam...

Anonymous said...

Jadi supaya tidak terjadi kekeliruan maka semua orang harus tahu!
Agar dapat membedakan kedua nama tersebut dari
sudut pandang yang "Hak".
Siapa nabi Isa dalam Al Quran ?
Siapa Yesus Kristus dalam Injil ?


Karena Allah Maha Tahu “Yang HAK”.
Maka tidak ada satupun ayat dalam Al Quran yang menyatakan
bahwa nabi Isa akan datang lagi diakhir zaman, dan tidak satupun
ayat Al Quran yang menyatakan dengan tegas bahwa nabi Isa disalib !

Hal itu disebabkan bahwa yang “berHak” atas peristiwa penyaliban
sesungguhnya yang telah terjadi dan yang “berHak” datang kembali ke
dunia pada peristiwa akhir zaman nanti yaitu sosok yang hanya
bernama Yesus Kristus yang tertulis di Injil Kristus!

Sebab nama "Isa" adalah nama samaran sebagai tokoh pembawa
Injil di dalam Al Quran, karena nama tersebut munculnya
600 tahun setelah era Yesus Kristus di jazira arab !
Maka jelas kisah "Isa dalam Al Quran" bukan kisah nyata dari kisah
asli Yesus Kristus yang merupakan "tokoh utama"
dalam kisah nyata tersebut !

Ketidaktahuan itulah merupakan akar permasalahan yang
menimbulkan kekeliruan sudut pandang para pembaca Al Quran
terhadap umat Kristen, sehingga menimbulkan perselisihan antara
umat Islan dan Kristen di dunia sampai hari ini !

Anonymous said...

Allah maha pengampun dan maha penyayang .... nak tebus dosa x perlu mengorbankan nyawa orang just bertaubat nasuha dan berjanji tidak akan mengulangi lagi.....insyallah allah akan terima taubat kita,setiap nabi dan rasul juga tidak terlepas dari ujian allah disini nyata nabi dan rasul adalah manusia biasa seperti kita ...bezanya mereka diberi wahyu untuk menyampaikan kebenaran kepada manusia melalui jibrai a.s ....seperti nabi ibrahim a.s diberi ujian utk melihat tahap keimanan beliau kepada allah kerana nabi ibrahim sudah lama mengimpikan anak bila dikurniakan nabi ismail lalu diperintah pula untuk disembelih....lihat lah ujian allah yg maha mengetahui segala sesuatu

Anonymous said...

jika yesus adalah tuhan masakan mati disalib,mohon pencerahan

Unknown said...

Jika benar jesus itu tuhan mengapa jesus sendiri menyuruh kaumnya meyembah tuhan selain jesus sendiri,,Dan dr mna pula kitab injil bole d wahyukn kepada jesus dr malaikat gibril klu bukan dr Allah swt

Anonymous said...

Kenapa di dunia ini tidak ada yang menyebut "nabi Yesus ?"

http://siapaisa.blogspot.co.id/

renovation works contractor said...

nabi isa a.s.. Xperlu nabi yesus.. Ok..

renovation works contractor said...

Xperlu btekak2 dh.. Bpegang je pd alquran & hadith.. Siapa yg xpgang pd kedua tu maka dia tgolong org2 yg rugi.. Itu jnji Allah yg jelas dlm alquran.. Tpulang pd mereka.. Jg iman & akidah kita.. Percaya pd Allah.. Pcaya pd rukun iman.. Jgn pcaya selain Allah.. Siapa yg pcaya selain Allah maka dia adlh org2 yg skutukn Allah.. Terimalah azab pedih.. Itu janjiNya.. Wassalam

renovation works contractor said...

Xperlu btekak2 dh.. Bpegang je pd alquran & hadith.. Siapa yg xpgang pd kedua tu maka dia tgolong org2 yg rugi.. Itu jnji Allah yg jelas dlm alquran.. Tpulang pd mereka.. Jg iman & akidah kita.. Percaya pd Allah.. Pcaya pd rukun iman.. Jgn pcaya selain Allah.. Siapa yg pcaya selain Allah maka dia adlh org2 yg skutukn Allah.. Terimalah azab pedih.. Itu janjiNya.. Wassalam

renovation works contractor said...

nabi isa a.s.. Xperlu nabi yesus.. Ok..

Hanida said...

Cerita ustad tak sewajarnya dicampur dengan kisah dalam alkitab kristen...coz dalam alkitab kisah yesus mereka tak jelas....masakan seorg nabi minum arak..sungguh tak logik mmmm

Hanida said...

Cerita ustad tak sewajarnya dicampur dengan kisah dalam alkitab kristen...coz dalam alkitab kisah yesus mereka tak jelas....masakan seorg nabi minum arak..sungguh tak logik mmmm

Anonymous said...

Saudara, Kristian dan islam mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penyaliban. Begitu juga pemahaman konsep trinity di dlm kristian dn islam. Islam menolak isa disalibkan karena islam tidak mahu mnerima bahawa nabi yg mulia,diperlakukan n dipermalukan begitu dan islam mmpunyai jalan cerita yang berbeza pada malam penangkapan itu which is " the last supper". Tetapi islam tidak pula mnolak kemungkinan bahawa nabi dapat dibunuh,,.. manakala kristian pula melihat penyaliban isa bukan sbgai satu penghinaan dan perlekehan terhadap isa almasih , tetapi percaya n pandangan bahawa Isa menggenapi segala nubuat yg diberikan oleh nabi terdahulu terhadapnya.sebagai bukti keimanan kepada apa yang dikatakan oleh Isa adalah Kebenaran berkenaan pensucian dan keselamatan yg disebut² olehnya ketika masih dikalangan kita.. Dan bagi sejarah kristianiti penyaliban juga merupakan titik tolak kebangkitan pengikut kristus dlm mnyebarkan ajaran kebenaran oleh isa. Perubahan kepada iman dikalangan masyarakat yahudi pda ketika itu bagi mengembalikan kaum yahudi sesat kepada Tuhan,, kami memandang erti penyaliban itu melalui sudut berbeza saudara. Hormati kami sprti kami menghormati kamu. Keyakinan iman kami terhadap Isa tidak dapat diubah sebagaimanA juga keimanan kamu terhadap isa Almasih dari sudut kamu.,,. Tetapi dalam pada itu kristian dan islam masih mmpunyai satu persamaan bahawa memandang Isa sebagai seorang yg baik ,beriman dan meletakkan isa tertinggi di atas para nabi yg lain termasuk muhammad. Bersetuju bahawa Isa mengajar berkenaan Kasih, paling penting bahawa Isa tidak bersikap duniawi. Mengapa tidak kita pada masa kini mencari kesamaan di dalam kepelbagaian instead of menyebut kata² yang tidak baik sesama kita berkenaan iman . Dimana Bersifat baik dan merendah dri merupakan salah satu ajaran nabi isa kepada kita. Demi kedamaian , demi menanti kedatangan semula isa almasih .

Unknown said...

Not every information we have to accept specially when it is biblical ...if we want to know about the Real ISA almasih we must read the Bible not other resources . May Holy spirit guide the people to the way the truth and the life ...so they will be saved and have eternal life in Jesus Christ ( ISA almasih ) Amen .

Unknown said...

If you want to know the real Jesus ..you must learn the Bible deeper . .Holy spirit will help you to know the truth .

nany said...

Tepat sekali! Terima kasih atok rock!

nany said...

One Creator with infinite creations. Enigma!

Abu Irfan said...

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah". Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".

Surah Ali Imran Ayat 64.

Mdm. Hendra MS said...

Arak hnya start diharamkan dalam Al quran. Tu pin lepas beberapa ketika islam muncul.

tok pakeh temenggong said...

If we want to know about the real Isa almasih we must read the QURAN not the bible . Becoz the bible already corrupted .

Irwan jacovic said...

hello madam of course lah arak di haramkan … minum arak tu bagus ke? akan menyebabkan out of control.. tanpa sedar… mmg nabi isa pun haramkan arak cuma korang je bodoh mengikut si paulus kononya murid nabi isa tetapi sebenarnya latar belakang yahudi yang memang menafikan nabi isa… diubahnya peraturan sedangkan nabi isa sendiri berkhatan, x makan babi malah nabi isa sendiri menyuruh ikut perjanjian lama dalam taurat akan tetapi si paulus memandai mandai kata kristian x perlu sunat, makan babi, dan juga gereja di hiasi patung2… nabi isa pun x mengajar suruh nyanyi dalam gereja , dan mengajar sambut krismas… korang sebenarnya yang sesat ! bible yang korang baca sekarang pun banyak
si paulus tu ubah!!

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...