Thursday, June 4, 2009

Universiti Kehidupan 80 - Dari Mana Asal Perkataaan Nasrani?

27 April 09, setelah melalui satu perjalanan yang panjang dari Jerusalem, pada waktu Maghrib saya dan rombongan telah sampai ke distinasi kami, kota Nazareh, sebuah kota lama di utara Israel. Di dalam bahasa Arab, Nazareth di sebut sebagai an-Nasirah.

Satu ketika dahulu, saya selalu terfikir, kenapa orang Kristian di dalam bahasa Arab di panggil sebagai orang Nasrani atau Nasara. Pada mulanya saya beranggapan bahawa gelaran itu datang dari istilah pembantu Nabi Isa. Pembantu di dalam bahasa Arab disebut sebagi Ansar.

Rupa-rupanya, perkataan Nasrani ini dinisbahkan kepada kota an-Nasirah (Nazareth), kota di mana Nabi Isa dibesarkan. Orang Kristian memanggil Nabi Isa dengan nama Jesus Of Nazareth.

Nazareth merupakan penempatan Arab terbesar di Israel, sama ada Arab yang beragama Islam mahupun yang beragama Kristian. Ia terletak di selatan Pergunungan Lubnan (Bukit Golan) dan berhampiran dengan Gunung Tabor.

Kota ini terletak di atas bukit. Angin bertiup kencang dan udaranya agak dingin. Kota Nazareth dikunjungi oleh orang dari seluruh dunia. Kebanyakkan mereka beragama Kristian. Mereka mahu melihat, tempat-tempat sejarah Nabi Isa dibesarkan. Sambil mereka berziarah, mereka akan menghayati kisah-kisah yang terdapat di dalam Bible.

Ada dua perkara yang mungkin kita boleh ulas di sini.

1. Isi kitab Bible kebanyakkannya berkisar mengenai kisah Isa. Dia tidak banyak bercerita mengenai mengenal Allah. Manusia tidak mengenal Allah walaupun secara fitrah kita tercari-cari siapakah tuhan.
Allahlah yang menerangkan kepada kita berkenaan siapa diriNya. Jika kita bandingkan kitab-kitab tunggak agama, sama ada al-Quran, Bible, Veda, Mahabrata dan Ramayana, kita akan dapat melihat, bahawa al-Quranlah satu kitab yang detail menerangkan siapakah tuhan ini.

Di terangkan kepada kita agar merenung alam dan seluruh kejadian yang untuk mencari siapa tuhan. Akhirnya Allah menceritakan mengenai dirinya. Dialah yang Maha mencipta, Maha mendengar, Maha berkuasa, Maha memberi rezki, Maha Menolong dan sebagainya. Membaca al-Quran akan membuatkan kita semakin kenal siapakah sebenarnya yang wajib disembah dan kita tumpahkan segala pengabdian diri kita.

2. Melawat Nazareth ini mengenangkan saya mengenai pemeliharaan bekas dan tapak sejarah Nabi saw. Kerajaan Arab Saudi lemah sedikit di dalam memelihara bekas-bekas sejarah. Perkara yang berkaitan dengan Nabi habis semua diruntuhkan. Tempat lahir Nabi, rumah Nabi, tempat Nabi solat dan sebagainya. Ia berlainan dengan di Nazareth ini. Tempat sejarah dijaga dengan baik.

Jika takut orang membuat khurafat, gajikanlah polis yang boleh menjaga tempat-tempat bersejarah ini, bukan meruntuhkannya. Janganlah menjadi seperti kata kata pepatah Melayu, marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Setiap dari kita terpaksa membayar visa untuk ke tanah suci ini. Seluruh dunia membayarnya dan masuk ke dalam poket mereka. Takkan menggajikan polis tidak boleh.

Jika kepentingan tempat sejarah ini kecil, masakan ketika peritiwa Isra' dan Mikraj, Nabi saw dibawa melawat makam Siti Asiah yang dibunuh oleh Firaun. Masakan Nabi di bawa melawat makam Nabi Musa dan Nabi melihat Nabi Musa bersolat dikuburnya dan masakan Nabi dibawa melawat al-Aqsa dan mengimamkan solat bersama para Nabi di sana. Hingga di langit pun, Nabi saw dibawa melawat syurga dan neraka.

Melihat kota Nazareth mengajarkan saya dua perkara ini. Pencarian manusia pada tuhannya dan juga penghayatan terhadap bekas sejarah.

Sesungguhnya, sejarah itu penting untuk membentuk jatidiri seseorang.

Melihat, orang yang datang ke Nazareth ini juga, memberi pengajaran pada saya bahawa, antara yang paling penting dalam hidup ini ialah, sejauh mana, apa yang kita tempuhi dalam hidup ini semakin merapatkan kita dengan Allah. Amat malang, semakin kita hampir dijemput menghadapNya semakin kita melupaiNya.

Sesungguhnya, mengenal Allah, mesti dipaksikan dengan al-Quran. Yang cuba mengenal Allah dengan cara lain, akan terjerumus ke dalam lubang-lubang kekeliruan dan kegagalan. Semoga Allah terus membimbing kita di dalam usaha mengabdikan diri padaNya, amin…

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
4 Jun 09, Jam 9.00 pagi

Kota Nazareth terletak di atas kawasan pergunungan
Suasana agak sejuk di sini.
Bandar Nazareth
Lambang burung dipintu memasuki Nazareth dari Galilee
Nazareth merupakan kawasan tersubur di Israel. Hasil pertanian banyak dari sini

3 comments:

Generalhoho said...

"Kerajaan Arab Saudi lemah sedikit di dalam memelihara bekas-bekas sejarah. Perkara yang berkaitan dengan Nabi habis semua diruntuhkan. Tempat lahir Nabi, rumah Nabi, tempat Nabi solat dan sebagainya."

Gomen arab saud ni malas nak pk kot.. amik solution yg simple dan tak da usaha pon nak educate masyarakat ttg kesalahan khurafat.. yg dia tau nak carik untung especially time musim haji.. hehe..

acik jon @ azul said...

betol ustaz
patotnye tempat sejarah harus dijaga
ianya untuk tatapan generasi akan datang

Ustaz Amin said...

Tetapi kesedaran kepentingan itu yang kurang. Semoga Allah memeliharanya,amin..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...