Tuesday, June 16, 2009

Sirah – Parti Komunis Malaya (PKM)

Perbincangan mengenai Parti Komunis Malaya (PKM) hangat diperkatakan. Saya ingin mencatatkan sedikit sejarah mengenainya dari ringkasan 15 buah buku yang sempat dibelek. Semoga catatan ringkas ini memberi gambaran kepada kita mengenai isu PKM yang sedang dibincangkan sekarang

Fahaman Komunis dicetuskan oleh Karl Marx telah menjadi orde baru melangkau batas geografi. Di Asia, idelisme Komunis dipelopori oleh negara China.

Kesatuan Soviet yang ditubuhkan menginginkan kuasa Komunis melebarkan sayap hingga ke seluruh negara Asia.

Selepas berlakunya Revolusi Bolshevik Rusia pada tahun 1917, satu biro telah ditubuhkan. Biro Timur Laut Komitren ditubuhkan bagi mengawal selia perjalanan parti-parti Komunis di rantau Asia.

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 30 April 1930 di Singapura dengan dihadiri oleh pemimpin Parti Komunis Vietnam, Ho Chi Minh. Ia sebagai kesinambungan dari penubuhan Parti Komunis Nanyang yang ditubuhkan di Singapura pada tahun 1922.

PKM diarahkan melebarkan fahaman bukan sahaja kepada orang Cina malahan juga orang Melayu bagi tujuan menubuhkan Republik Soviet Malaya

Akhirnya, lahirlah tokoh Komunis dari kalangan orang Melayu seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh. Lahirlah satu rejimen yang diberi nama rejimen ke 10 iaitu pasukan tentera Melayu di bawah pimpinan Abdullah CD yang berpusat di Temerloh dan Mentakab dan mengandungi 500 anggota.

PKM menggunakan taktik pemogokan pekerja, boikot, sabotaj, demontrasi dan akhirnya pemberontakan bersenjata untuk mencapai matlamatnya. PKM menyusupkan aggotanya ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja.

Ketika Jepun menjajah tanah Melayu, British telah memberi pelbagai kemudahan dan bantuan seperti senjata, latihan ketenteraan, kemudahan logistik dan perubatan. PKM bekerja sama dengan British melalui perjanjian di antara John Davies dan Lai Tek serta Chin Peng.

PKM menubuhkan pasukan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan membantu British di dalam perang gerila bersama-sama Force 136.

Setelah kekalahan Jepun, PKM telah diterima sebagai sebuah parti politik yang sah di Tanah Melayu. Peluang itu digunakan oleh PKM untuk meluaskan lagi pengaruhnya. PKM telah menguasai 75% kesatuan sekerja dan banyak melakukan mogok bagi melemah dan menjatuhkan pengaruh British.

Bagi mengekang kegiatan PKM, British telah memperkenalkan Ordinan Kesatuan Sekerja dan serba sedikit telah menyekat pengaruh PKM dalam kesatuan sekerja.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union dilihat sebagai merosakkan peluang untuk PKM menubuhkan republik komunis. Keadaan ini mendorong PKM mengubah dasarnya kepada dasar yang lebih agrasif. Pada awal tahun 1948, PKM telah mengambil keputusan melancarkan perang secara terbuka di atas nama pembebasan Nasional.

PKM menyingkirkan pemimpin mereka Lai Teck dan digantikan dengan Chin Peng yang lebih agresif. Pada 17-21 Mac 1948, Chin Peng dan ahli PKM telah bersetuju untuk menjayakan matlamat menubuhkan Republik Soviet Komunis Tanah Melayu dengan cara kekerasan.

Sebagai permulaan, ekonomi Tanah Melayu dan pengawasannya mesti dilemahkan. Oleh itu PKM telah melancarkan serangan ke atas ladang-ladang dan kawasan lombong, melakukan pembunuhan ke atas pengurus ladang dan lombong, menyerang balai polis, pusat kawalan, pasukan keselamatan, mengugut, menculik orang ramai dan merosakkan kemudahan awam. Ramai orang Melayu, India dan Cina diancam dan dibunuh bagi memaksa mereka meninggalkan pekerjaan mereka. Mereka juga menyerang sistem perhubungan dan menawan pengkalan pasukan keselamatan di kampung-kampung dan pekan kecil.

Maka pada 18 Jun 1948, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengisytiharkan darurat. Undang-undang darurat diperkenalkan secara rasmi pada 32 Julai 1948 iaitu sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis akan dihukum.

Keadaan agak reda menyebabkan darurat ditamatkan pada tahun 1960. Melihat keadaan ini, PKM menyusun kembali anggotanya dan pada tahun 1968, mereka sekali lagi melancarkan pemberontakan bersenjata kali kedua di Tanah Melayu.

Perkara ini berterusan hinggalah kerajaan bersetuju mengadakan rundingan perdamaian dengan pemberontak komunis bermula pada tahun 1988. Abdullah CD mewakili Rejimen ke-10 dan Tun Ghaffar Bab mewakili negara. Akhirnya pada 2-3 Febuari 1989, perjanjian damai telah berjaya dipersetujui yang mana pihak komunis bersetuju meletakkan senjata dan menamatkan pemberontakan selama lebih kurang 41 tahun. Pada 2 Disember 1989, di Lee Gardens Hotel, Hadnyai, uapacara menandatangani perdamaian dapat dilaksanakan.

Kerajaan Thailand telah menyediakan penempatan bagi bekas-bekas ahli komunis di satu kawasan dikenali sebagai Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Shkhirin dan Kampung Perdamaian Yaha.

Sepanjang peristiwa yang membabitkan PKM dari 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960, korban mencatatkan seramai 2947 Pasukan Polis Tanah Melayu, 1478 Pasukan Keselamatan, 4668 orang awam, dan 10699 anggota PKM.

Di atas adalah bilangan yang mati, ini tidak masuk ribuan yang cedera, yang cacat, yang hilang upaya dan sebagainya.

Kita mungkin boleh melupakannya begitu sahaja. Tetapi, apabila doktrin komunis mula dilagang kembali, propaganda mengenainya telah mula wujud kembali, ia menyentuh banyak pihak, bermula dari isu keselamatan hingglah imbauan kisah silam keganasan mereka. Isu yang dibangkitkan bukanlah isu pulangnya Chin Peng sangat, tetapi doktrin yang pernah menumpahkan ribuan darah di Tanah Melayu ini cuba ditiupkan semula.

Jika sebelum pulang pun telah menimbulkan kontroversi, bagaimana agaknya jika ia berada di negara ini?

Apa pun, masih banyak lagi perkara yang boleh kita usaha dan bangunkan bersama. Isu sosial masyarakat, kemiskinan dan sebagainya.

Kita cuma bimbangkan, ada orang yang cuba menangkuk di air yang keruh, di dalam membahaskan isu ini.

Sama-samalah kita berdoa, agar Allah terus memberi kebaikan pada kita di negara ini. Semoga, Islam akan terus berkembang dan dihayati ditanah air ini. amin..

"Sirah, Perjalanan Mencipta Sejarah"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
16 Jun 09, jam 8.25 malam

19 comments:

RocKin_dEviL said...

saya begitu mengkagumi tulisan dan pandangan ustaz yg sgt jelas dlm mnyedarkn org ramai ttg keburukan kegiatan komunisme..

walaupn sy tidak dilahirkn di zaman pemberontakan berlaku..
tetapi sedikit sebanyak..peristiwa yg terpahat dlm sejarah patut dijadikan teladan..

betul ckp ustaz..
kebanyakan org mngambil mudah sesuatu perkara tanpa fikir secara mendalam tanpa usul periksa dan berfikir secara rasional dan konkrit..

tidak pernah mngambil ikhtibar dan pengajaran lalu..
beria2 mngatakan kekurangan kajian lah..kurang ilmu lah..
padahal diri sendiri tidak pernah melakukan seperti yg diperkatakan..

maka lahirlah golongan yg mmbuta tuli dan "menangguk di air yg keruh" bak kata ustaz..

tahniah ustaz..~ =P

twistal said...

Salam
Apala yang sibuk sangat pasal PKM nih, lebih baik kita betulkan saf yang sememangnya dah longgar dalam negara kita...
Isu murtad, isu rogol, isu bunuh dan pelbagai lagi isu perlu diberi penekanan, bukannya isu PKM ni..

Apa kata, daripada susah2 nak bawa balik old man tuh, lebih baik suruh kaum kerabat dia dan penyokong2 dia yang serupa dan tak serupa pergi ziarah dia kat luar negara tuh..
Tak perlu susah untuk kerajaan Malaysia fikirkan...

Lagi satu persoalan, selamat ke that old man balik ke Malaysia ni? Silap2 nanti kena bunuh plak, lepas tuh kerajaan Malaysia pulak dipersalahkan..
Fans club old man tuh menuduh polis Malaysia plak tak buat kerja...

Oleh itu, lupakan pasal that old man dan PKM, kita betulkan umat manusia di Malaysia ini dulu..

Salam...

Shahabudeen Jalil said...

artikel nie bagus. Nampak berkualiti.

Sebab tu saya cakap. Ustaz nie setakat ini hanya layak tulis topik PERJALANAN dan topik SEJARAH.

Kalau topik memberi "buah fikiran", memang FAIL buat masa ini. Maaflah jika nampak kasar, tapi ini kebenaran.

Namun boleh terus mencuba. Untuk menulis mengenai buah fikiran, dapatkan panduan dari orang lain sebelum disiarkan dalam blog.

Syaitan Rock cuba bersembunyi disebalik jubah Ustaz Amin. keh keh keh.. takde hujah dan takde dalil.

Anonymous said...

kepada shahabudeen..

seharusnya dirimu itu yg pergi blaja fiqh dakwah..

sy rs kamu yg cbe bselindung disebalik quran dan sunnah..

quran dan sunnah sebagai panduan hidup mcari redha Ilahi,bkn sebagai nk tunjuk diri tuh hebat..

Shahabudeen Jalil said...

ni syaitan rock yang menyamar ke? keh keh keh.

Jangan takut bro. Nak takut apa kalau kita tu di pihak yang benar. Berani kerana benar, takut kerana salah.

RocKin_dEviL said...

motif menyamar?
dapat duit ke? p
akcik..celik la sikit mata 2..kalau masih x sedar kekurangan diri..
bawah2 la muhasabah..

xpayah la nak carik sumber yg x pasti..
pakcik sendiri suruh org lain mengkaji la segala bagai..
tp kamu??
mne tau sy mnyamar??
cuba bg bukti? kaji sumber mne ni??
tolong laaa weyh..
da xde benda nak cakap..xde ilmu..
sukati nak serang org lain..
pity..~

sy berpihak dgn ustaz..
maklumat sudah jelas..n
kamu ingat ustaz cetek ilmu???

ustaz amin ni salah seorang ahli majlis fatwa selangor ok..
kamu tau ape sgt pasal fatwa??
jgn la berlagak tau..
berlagak pandai..

RocKin_dEviL said...

eyh lupa satu perkara...nk highlite statement berlagak bgs ni..

"Sebab tu saya cakap. Ustaz nie setakat ini hanya layak tulis topik PERJALANAN dan topik SEJARAH.

Kalau topik memberi "buah fikiran", memang FAIL buat masa ini. Maaflah jika nampak kasar, tapi ini kebenaran.

Namun boleh terus mencuba. Untuk menulis mengenai buah fikiran, dapatkan panduan dari orang lain sebelum disiarkan dalam blog."

huk alaahh...
berlagak giler kot..
pakcik ni da tenat rasenye..

blog kamu 2 pn bernas sgt ke?
kebanyakannye pn budak2 pn reti laaa..
pemilik blog ni seorang ustaz..

belajar ilmu agama..
mngkaji segala macam..berbincang sesama ahli mngeluarkn fatwa..
mengajar org ramai tentang agama..
salah satunya dgn berdakwah cara blog ni
kamu tau ape??

eyh kate org..kalo x pandai..jgn berlagak pandai..tu je..

kalo setakat pandai buat2 business..kejar segala harta dunia..
mmg boleh melalaikan org..
bila da bagus siket..business berjaya..
mula bongkak..tinggi diri..

fikir diri lg bgs..
sume org dpandang rendah..
waaahhh...

member2 sy yg kebanyakan student aliran agama..belajar Quran sunnah dan Syariah Islamiah bila bace komen2 pakcik pn rasa pakcik ni cakap merepek habis..

memalukan diri sendiri..
menyerlahkn lg yg mmg kamu x cukup ilmu dlm bidang agama ni tp cuba berlagak ustaz..

ishh..kalau sy malu..~
sy pn bercakap..menulis..
sekadar pada TAHAP ILMU yg sy miliki..x lebih dari tu..

mana yg sy x pasti..x jelas..
sy x tulis..
sebab sy sedar ilmu sy byk mane..

ok laa...g la belajar byk2..
msti byk ponteng kelas agama dulu..
shame on u..

Shahabudeen Jalil said...

keh keh keh..

syaitan meronta-ronta.

Ustaz, sejak bila jadi "ahli majlis fatwa selangor" ????

hahahahahhahaa... geli perut.

sah sah ini fakta tak bersumber.. kah kah kah.

Ustaz, bagi penjelasan sikit kat syaitan rock hingusan nie.

orang kritik ustaz supaya jadi lebih baik.

Anonymous said...

Pada tahun 1948, Tentera Pembebasan Nasional Malaya ditubuhkan bila banyak pertubuhan dan parti politik diharamkan oleh British. Ramai orang melayu join TPNM bukannya join PKM kerana hendak memperjuangkan kemerdekaan Malaya. Harap maklum semua, sejarah kita telah diputar belitkan oleh penjajah British.

Anonymous said...

Pekara ini telah digunakan oleh UMNO untuk menunjukkan mereka mepertahankan maruah Melayu dengan membangkang permintaan seorang orang tua CINA untuk masuk ke Malaysia meskipun sebagai seorang pelancong.

Apakah ancaman orang tua ini? Komunis sudah lama pupus dan bukan lagi ancaman dunia. Musuh Amerika Syarikat sekarang ialah Terrorist Islam Radikal. Alangkah ganjilnya Malaysia boleh bagi terrorist 911 singkah di Malaysia dan bukan orang tua ini?

Di dalam pekara ini ramai orang cina memang berasa kerajaan sedang mengkhianati orang cina.

Anonymous said...

Sepengetahuan saya, PKM mengangkat senjata bukan kerana penubuhan Persekutuan Tanah Melayu tetapi disebabkan pengharaman parti-parti kiri termasuk PKM oleh penjajah British. Paryi yang tidak diharamkan ketika itu hanya parti antek British iaitu PEKEMBAR\UMNO.

Tokoh besar melayu yang dari awal menyertai PKM hanyalah Rashid Maidin, yang lain tu dari PKMM,API,AWAS dan lain-lain, bila parti mereka diharamkan mereka bersama-sama PKM mengangkat senjata menentang penjajah British.

sang saka merah putih said...

salam...wahai sang ustaz...adakah tuan pasti komunis tu kejam dan jahat? atau saudara hanya mendengar percakapan orang dan membaca dari propaganda ingeris...?jangan menambahkan fitnah untuk memburukan komunis..tak perlu lah nak tambah dosa.saudara perlu membaca lebih lagi sebelum membuat komen..sila nilai fakta dan tulisan dari kedua2 pihak.jangan jadi buta sejarah..sejarah yang saudara ketahui adalah sejarah yang diajar oleh ingeris.

Apong said...

Salam,

Minta maaf dulu kalau terkasar bahasa.

Kepada sang saka merah putih,

salam...wahai sang ustaz...adakah tuan pasti komunis tu kejam dan jahat? atau saudara hanya mendengar percakapan orang dan membaca dari propaganda ingeris...?

Kau belajar sejarah macam mana kalau tak dengar dari mulut orang?kau tuduh Ustaz Amin baca dari propaganda inggeris, abis kau baca dari mana?propaganda komunis?

Aku tau benda ni dari mulut orang-orang tua. Aku yakin apa yang diorang sampaikan. Takkan aku nak dengar dari orang Inggeris atau komunis? Aku lagi percaya cakap orang yang seagama dan sebangsa dengan aku daripada tah sape2 yang datang tanah Melayu bawak agenda masing2.

Komunis ni dah terang-terang kejam. Diorang bunuh orang melayu, bakar rumah, taruk babi dan taik dalam surau, rogol anak dara melayu pastu ambik anak tu jadi rekrut diorang, halang orang melayu pergi surau dan solat.

Aku tak pernah dengar satu jasa pun komunis ni bagi kat tanah Melayu. Diorang angkat senjata untuk menentang sesiapa yang menentang komunis. Korang tau tak siapa yang menentang komunis waktu tu?Ulamak semua turun pergi lawan komunis korang tau tak???Kalau ulamak sendiri lawan tak betul lagi ke?lu jangan main2...diorang ilmu tinggi, nak pergi perang solat, puasa dulu mintak hidayah Allah, bukan main serbu je. Komunis yang aku tau main ikut je cakap Chin Peng yang dah terang2 kafir lahanat!!!

uwan said...

bagus juga bila ambik tau. Tapi bila kait dengan gerakan API, AWAS atau PKM atau lain2, khususnya tentang perjuangan, saya syorkan kepada mana-mana penulis biarlah dari pengalaman sendiri, dan cuba baca, dengar dan perhati dari orang yang pernah berjuang...Maaf ustaz. Bagi saya, ustaz kena banyak lagi ziarah para pejuang negara yang terdahulu.

Anonymous said...

ntah le kominis tu baik ke jahat. yg pasti masa kecik lagi saya dan adik beradik lain dah disogokkan dengan cerita komunis oleh mak bapak. maklumlah mak bapak hidup daman dulu. keje noreh je. nak tau mak bapak saya crita apa. tak de la in selain crita sengsaranya hidup zaman dulu. susah nak cari malan sebab bunyi senapang selalu ada. rumah pun kena tebuk lantai supaya senang nak turun kalu ada serangan komunis. tak de pun yg baik tentang komunis. maklumlah mak bapak saya sendiri rasa hidup sengsara. kalu nak sebut tali barut komunis kat pekan tu pun bole. cuma mak saya ingatkan suapaya zaman skg tak boleh lawan komunis dengan senjata macam dulu, kena lawan dengan ilmu dan komunis zaman sekarang tak duduk dalam hutan tapi duduk dalam bandar. tak hairanlah kalu masa kecik2 dulu saya cukup benci dengan satu bangsa yg sinonim dengan komunis sampai kalu ada kaum tersebut yg lalu depan rumah pasti kena baling dengan batu. tak tau la anak melayu skg, sombong agaknya atau khianat dengan dengan perjuangan agama. kerajaan tak de dosa pun tak kasi bapak komunis balik msia, kalu ada pun sedidkit je berbanding dosa bapak komunis malaya. org sekarang tak hargai pengorbanan org dahulu sebab kecik2 dah disuap dengan sudu tembaga. mana nak tau susah payah org dahulu.

Anonymous said...

Communism was started by Zionist (khazarian jew). Moses Hess and Karl Marx conceptualized this in order to split the world, and making it easy for their Zionist masters to conquer large nations, directly or indirectly. Communism was funded directly by Zionist bankers in Germany and America. The idea appealed to the poor peasant Russians, and hence made it possible to overthrow the Czar. Under Zionist rule (hiding behind communism/socialism), those who opposed were killed. More than 40 million Russians died. Russia today is free from the clutches of communism/Zionism, and is very angry with them for the mass murders. Karl Marx wrote, in The Pale Maiden, he writes:
Thus heaven I’ve forfeited, I know it full well.
My soul, once true to God, is chosen for hell. [p.20]



Marx met Moses Hess, the man who... made him embrace the Socialist idea. Hess calls him "Dr. Marx--my idol, who will give the last kick to medieval religion and politics."...[[p.20]

Georg Jung, another friend of Marx at that time, writes in 1841... that Marx will surely chase God from his heaven
“I wish to avenge myself against the One who rules above.”
The abolition of religion as the illusory happiness of man is a requisite for their real happiness. The call to abandon their illusions about their conditions is a call to abandon a condition which requires illusion...."[p. 6]
"Marx was anti-religious because religion obstructs the fulfilment of the Communist ideal which he considers the only answer to the world's problems."

Anonymous said...

dari beberapa buah buku dan perbualan dengan orang orang tua yang hidup pada zaman pra-merdeka. Britis (penjajah) memberikan bekalan senjata utk komunis memerangi fasis Jepun (penajajah). kemudian apabila fasis Jepun berundur British mengistiharkan komunis ini adalah pengganas.

Jadi siapakah British dan siapakah komunis? setahu saya komunis terdiri dpd golongan pekerja buruh dan tani dari Tanah Melayu dan British adalah penjajah. jadi siapa yg pengganas?

taktik komunis melumpuhkan ekonomi pada masa itu. pada masa itu kerajaan apa? kerajaan British betul tak? idealogi komunis antaranya anti kepada imperialis Barat (British) yang memerah keringat dan mengaut untung hasil rakyat serta memerintah corak kapitalis.

komunis membunuh penjajah British dan talibarutnya terdiri dari bangsawan dan bangsa Tanah Malaya itu sendiri.

Jadi peperangan komunis Malaya pada zaman itu adalah peperangan melawan penjajah. Selepas merdeka tahun 1957 mereka menggelarkan itu adalah peperangan yg dipaksakan oleh Penjajah British kepada kerajaan Malaysia.

Isu yang di timbulkan oleh segelintir pihak iaitu kominisme menolak kepercayaan beragama itu adalah salah. memang cetusan pemikiran Karl Mark dan Lenisme pada mulanya menolak sebarang agama. tapi dalam satu perjumpaan Tan Malaka (tokoh kominis Indonesia) bersama Comintern (Communist International) pernah membahaskan tentang kebebasan memilih agama. quote yg saya ingat dari Tan Malaka ialah "Saya komunis dan saya Islam. Agama itu adalah pilihan individu". perkara ini bersesuaian dengan dalil quran dalam surah Al-Kafirun ayat 6: "Agamaku adalah agamaku, agamamu adalah agamamu."

Abu Samah Mohd Kassim adalah salah seorang cicit Dato' Bahaman dan mempunyai talian persaudaraan dengan Sultan Pahang dan Tun Razak bapa kepada PM kita. Abu Samah atau nama lainnya Bong Sibar menyambung perjuangan Dato' Bahaman di mana Dato' Bahaman juga melakukan perang bersenjata kepada British tapi dengan senjata tajam. di zaman Abu Samah pula dia jugak melakukan perkara yang sama memerangi penjajah dengan senjata cuma bezanya Abu Samah menggunakan senapang. Dato' Bahaman adalah salah seorang murid Tok Kenali dan ilmu agamanya diperturunkan kepada anaknya Mat Lela dan Pendekar Hussin (Cikgu Jantan). Abu Samah pula berguru dengan datuknya Mat Lela. jadi saya berasa hairan kalau segelintir pihak mengatakan Kominis Melayu pada zaman itu adalah aetheist. tulisan saya bukanlah utk mengecam mana mana pihak cuma sekadar utk berkongsi cerita dan pengetahuan.

- Anok Semantan -

Anonymous said...

Perjuangan Komunis ada Tiga dimensi
1.Orang Cina hendak memperluaskan Pengaruh Negara Cina Komunis di mana mereka memperolehi bantuan senjata dan moral
2.Orang Cina buruh tidak puasa hati dengan majikan Cinanya
3.Tidak puas hati kerana menjadi kuli di estate
4.Tidak puas hati menjadi kuli di lombong
5.Tiada puas hati menyewa tanah orang Melayu untuk bercucuk tanam,mereka mahu tanah!!
6.Sumber Pekerjaan kepada orang yang hendak kerja
7.Pada 1945 lepas tamat Perang Dunia Kedua Komunis Kaum Cina Cuba merampas kuasa di Negeri Melayu tapi gagal
8. Pada 1957 sudah meredeka dari British mereka masih tak percaya
9. Pada 1968 mereka cuba lagi...peritiwa tunjuk perasaan orang Cina pada tahun 1969 di Penagruhi Komunis
10. PERJUANGAN untuk MENGUSIR BRITISH sudah basi sejak 1957,1963 Malaysia Sudah Meredeka
11. PEMBERONTAKAN HANYA SATU KERJAYA ORANG CINA & Vetran Komunis Melayu selepas Meredeka.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN & TENTERA RAKYAT MALAYA hanya siasah propanganda.
PERJUANGAN KOMUNIS MELAYU ADALAH SIA SIA......

Anonymous said...

1974- 1986 Aktiviti Komunis Melayu Cuba mempengaruhi Orang Melayu dan Orang Asli Kelantan

1980-1983 saya memang ada dalam hutan membuat siasatan tanah untuk pembangunan. Jumpa komunis yang cuba sabotaj pembangunan Lebuh Raya Timur Barat yang akan memajukan Kelantan: Mereka tidak mahu Kelantan maju!!!
Kemudaran dan kemiskinan adalah senjata Mereka
1980an Malaysia mengorak langkah kepada perindusterian di mana orang kampung boleh dapat kerja dengan mudah.......Malaysia sudah jadi negara Maju ,Negara Industeri.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...