29 Mei 09, jam 8.00 malam. Saya dan ahli rombongan ke China, diajak untuk makan malam di sebuah kedai Pakistan di Guangzhou ini. Sesampainya di restoran, saya bertemu dengan rombongan dari Pantai Timur, rombongan rangkaian kedai cermin mata dari sana. Sejuk hati saya melihat, ramai orang Islam di Malaysia telah pandai mengimport barang langsung dari China. Kalau dahulu, walau sebesar mana kedai sekalipun, tetapi pembekal tetap dari orang bukan Islam.
Saya menempah makanan dari menu yang ada pada di situ. Oleh kerana, kedai itu kedai Pakistan, maka saya menempah makanan dengan menggunakan bahasa Urdu. Beberapa orang Pakistan yang berada di situ tergelak kecil bercampur hairan melihat saya berbahasa Urdu.
Kemudian, rombongan dari Pantai Timur ini pula menempah makanan,
“Gik Me Wang Plet Rice, eng cikkeng” (give me one plate rice and chicken).
“Hah.. what do you want?” Tanya pelayan kedai cuba memahamkan tempahan yang dibuat.
“I saye, I wang cikkeng” (I say, I want chicken).
“Ooo, chicken”, jawab pelayan sambil menulis kerana sudah dapat memahami apa kehendak pelanggan.
Beberapa orang di dalam kedai tergelak kecil. Saya terus menyapa,
“Barang kali, geng Pakistan tadi gelakkan kita sebab kita cakap Urdu dengan pelat macam kita cakapa Inggeris kalau orang tak berapa faham”.
Kami semua tertawa.
Ya, begitulah manusia. Mereka tidak lari dari kelemahan. Tetapi, orang yang berkebolehan suka mentertawakan kesilapan orang lain. Tidak ramai orang yang nampak kesilapan orang lain ada rasa kasihan dan ingin memperbetulkan.
Di dalam menilai hal ini, ada dua perkara yang perlu kita renungkan.
Pertama, bagi diri seseorang, perlu selalu tingkatkan diri. Kita tidak boleh membiarkan orang mentertawakan kita. Kita dilarang membiarkan diri kita berada di dalam keadaan rendah dan akan diperkecilkan oleh orang lain. Ada orang yang suka dirinya ditertawakan. Ini kerana, dengan cara ini dia akan mendapat perhatian.
Cara ini salah. Mendapatkan perhatian dari orang lain dengan cara yang rendah hanya akan merendahkan lagi maruah kita.
Kedua, orang yang melihat kelemahan orang lain. Apabila kita melihat kelemahan orang lain, hendaklah kita sama-sama membantu untuk mereka meningkatkan diri. Jika seseorang itu membantu orang membuat kebaikan, dia akan mendapat pahala selagi mana orang itu berbuat kebaikan yang dianjurkannya.(maksud hadith)
Mentertawakan orang lain hanya membuatkan kita seolah-olah gembira tetapi tidak memberi kebaikan pada kita dan orang itu. Orang yang hebat ialah orang yang dapat menjadikan orang lain hebat sepertinya.
Nabi saw hebat, kerana baginda menghebatkan orang lain. Salahuddin hebat kerana dia berusaha menghebatkan orang yang ada di sekelilingnya. Muhamad al-Fateh hebat kerana dapat membimbing pengikutnya menjadi hebat. Jika sunnatullah ini yang kita ikut, insyaAllah, Allah akan turut menganugerahkan kehebatan pada kita. Hebat di dunia dan hebat di akhirat.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa meningkatkan diri kita dan meningkatkan orang lain. Agar, semua yang ada di sekeliling kita menjadi orang yang dianugerahkan kehebatan di dunia dan di akhirat, amin..
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Guangzhou China
30 Mei 09 jam 8.00 pagi
Posting From Kul Mal
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
1 comment:
Assalamualaikum Ustaz,
sy minta izin link ustaz ye. Tertarik dengan perjalanan kehidupan Ustaz. Buat saya berfikir, dan mengkaji. Terima Kasih atas perkongsian. Teruskan menulis.
Post a Comment