Saturday, February 28, 2009

Sekilas 11 - Pewartaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian - Adakah Sejarah Akan Berulang?

Masyarakat tersentak dengan isu pewartaan perkataan Allah dalam penerbitan Kristian. Saya dihujani dengan panggilan telifon sejurus sahaja selesai program di TV 9. Kesempatan kali ini, saya akan membicarakan topik ini.

Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini.

Saya cuma ingin mengajak untuk kita melihat dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia.

1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas. Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak.

“Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli” kata Emmanuel Carasso.

“Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”, tegas Sultan.

Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan,

“Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”.

40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara.

2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah dijinakkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen. Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British.

3. Kejatuhan Filipina terhadap Spanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakan negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila, pengaruh agama Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini.

Cuba lihat contoh di atas. Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Ia satu keputusan yang kecil bagi sesetengah pihak tapi satu permulaan yang baik bagi sesetengah pihak.

Semua orang ada sudut pandang yang tersendiri. Malahan ada sesetengah ahli agama yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah pada penerbitan Kristian ini. Saya tidak menulis dari sudut kepelbagaian pendapat. Saya hanya mengutarakan dari sudut sejarah yang pernah berlaku.

Saya percaya seperti yang diyakini oleh Sultan Abdul Hamid. “Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”.

19 comments:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Sila baca entri saya berkenaan isu ini dari sudut perudangan dan linguistik. Harap dapat membantu menyedarkan ummat Islam kewajipan mempertahankan agama, walau hanya Kalimah Allah!

Azri said...

Salam Ustaz,

Kuasa politik lah yang kita perlu untuk mendaulatkan ugama kita ni. Tapi semua nya takut. takut hilang kerusi, hilang pangkat etc. macam tulisan ustaz ni lah berselindung selindung. Takut untuk berterus terang.

Masaalah nya yang pegang kuasa takut hilang undi...nak jaga hati nonmuslim. Tidak yakin dengan peetolongan Allah. Jangan silap nya . ana bukan orang pas. tak kira lah pas ke umno ke pkr ke hatta kalu samy velu nak mendaulatkan hukum allah, ana pun sokong juga.

AllahhuAkbar!

ustaz kelate said...

salam,
izinkan sy memberi sedikit pandangan tentang wajarkah "orang lain" juga menggunakan kalimah allah?

sama2lah kita rujuk kalam allah yang maha mulia berbunyi "layaquulannalah"

allah menceritakan kepada kita bahawa orang2 kafir ini jika ditanya siapakah tuhan mereka, nescaya mereka menjawab ALLAH. tanyalah pada siapapun, pada apapun maka jawabnya ialah allah.

pengakuan ALLAH sebagai tuhan sebenarnya adalah milik semua. kerana Allah itukan tuhan untuk semua. ini bukan saya kata tapi Allah yg firmankan ("layaqulannallah")

pada sy, tidak salah jika mereka berkata ALLAH itu tuhan. sememangnya itulah yang bertepatan dengan firman dan kehendak ALLAH.

sy ingin mengajak semua untuk tidak tersalah haluan dan isu.

apa yang perlu sekarang ialah kita menjaga "orang kita" agar tidak tersalah dan terpengaruh dengan tulisan mereka. agak tidak tepat kita menghalang pihak luar, lebih2 lagi sesuatu yang mereka berhak.

jgn pula akibat tindakan kita, islam pula dituduh menyekat amalan ugama lain.
lakum diinukum wa li ya din.

Shahabudeen Jalil said...

Semakin hebat penulisan ustaz nie dan semakin best baca.. banyak ilmu dapat.

kalau tak dok tulis orang terhantuk hidung dan orang tangkap monyet jer.. hehehe.

Tahniah ustaz..

Cuma saya ada satu persoalan disini... kenapa kita selalu menganggap orang kristian yang menyerang dan kita yang bertahan, tetapi tidak kita yang menyerang dan mereka yang bertahan.

Maksudnya, dalam isu ini kita galakkan diorang guna perkataan "Allah" dengan tujuan untuk kita lebih mudah berdakwah.

Apalah yang kita takut sangat, kita lebih ramai dan lebih kuat dan kita memegang agama yang benar ?

Sekadar bertanya..

Kalau ikutkan contoh yang ustaz bagi tadi..

Katakan kita jemput orang putih datang untuk jadi residen, tapi kita gunakan diorang pula untuk kepentingan negara kita dan bukan sebaliknya.

Kita boleh guna dia untuk ajar anak2 kita bahasa inggeris dan kemahiran2 lain.

Jom bincang.

Azri said...

Salam semua

Hak untuk guna Allah dah di tarik balik . Alhamdullilah. "Tersilap" kata si ALBAR. ape le menteri ni . kita tak boleh hina orang tapi dlm hal ni kalu ana jadi PM ana kata bende sensitive pun boleh silap!you go! tak tau buat keje !

ustaz kelate kata "apa yang perlu sekarang ialah kita menjaga "orang kita" agar tidak tersalah dan terpengaruh dengan tulisan mereka."
Sekarang ni kita dah boleh jaga "orang kita" ke ? Mungkin orang ustaz boleh lah ustaz jaga. ape ke hal yang tak pergi sekolah agama . Ustaz ni tau ke apa masaalah ni sekarang. Tujuan nya ialah untuk kata SEMUA AGAM SAMA. islam kata Allah, kristian pun kata Allah. kan sama .Silap hari bulan sami hindu pun kata Allah sebab dlm kitab lama lama mereka ada sebut Allah. Macam ni lah. selama ni kita tak pernah sekat ugama mereka ,so jangan lah dah diberi betis nak peha pulak. Ini betul ustaz ke spy Sisters in Islam ?

shahbudeen kata "Katakan kita jemput orang putih datang untuk jadi residen, tapi kita gunakan diorang pula untuk kepentingan negara kita dan bukan sebaliknya. Kita boleh guna dia untuk ajar anak2 kita bahasa inggeris dan kemahiran2 lain. "
Ana bulan racist sheikh. tapi maaf lah kita melayu bukan mamak. Jangan marah. Ini cuma perbincangan. Melayu memang tak pandai perguna orang lain. kita pandai perguna orang sendiri. Banyak bukti tak yah lah ana tulis.Orang putih yang tak educated pun bila datang sini rasa jadi tuan/mem besar sebab org bukan melayu treat mereka macam tu.

Ustaz Amin said...

Sebab itulah saya kata saya tidak akan membahaskan tajuk ini dari sudut agama. Ini kerana akan banyak pandangan, ayat quran yang boleh digunakan sama ada pro atau kontra.

Tapi, kita lihat dari segi sejarah. Kita fikirkan bersama kepentingannya jika telah mula langkah pertama dari pihak Kristian.

Cuba baca sejarah perang Kastila antara spanyol dan kerajaan Islam Brunie pada kurun ke 15.

Ia berasal dari Sultan menolak cadangan mubaligh Kristian ke Brunie.

Pejuang Islam rela berperang dari membenarkan langkah pertama.

Hasilnya, Brunie bebas dari pengaruh ini walaupun banyak yang gugur Syahid di dalam perang Kastila.

al-Fatihah untuk pejuang Islam di seluruh dunia terutamanya pada pahlawan Melayu Islam yang gugur di dalam perang Kastila

Hamba Allah said...

Assalamualaikum..
saya sarankan kepada yang membenarkan/bersetuju nama allah itu digunakan dalam agama kristian supaya bertaubat dan beristighfar banyak2 sebab tuhan yang dimaksudkan oleh agama kristian adalah tuhan yg beranak (nabi isa) sedangkan islam hanya mengiktiraf bahawa tuhan itu esa (1) iaitu Allah swt. wallahua'lam

norisyq67 said...

Salam Ustaz,

Pd saya Allah utk Islam dan God/Jesus adalah apa yg digunakan tuhan Kristian. Wlau apapun alasan ia tidak wajar diharuskan. Ini akan mengelirukan generasi baru dan salah satu dakyah mereka cara mudah utk mempengaruhi serta memesongkan akidah anak2 muda islam yg lemah akidah dan cetek ilmu keislamannya. KEKEBALAN institusi raja mesti dikembalikan bukan hanya utk menyelamatkan org Melayu malahan lebih penting lagi utk menyelamatkan ISLAM. Pd pengamatan sy org bkn islam semakin ramai yg kurang ajar dan berani mencerca Islam. Fikir2kanlah wahai saudaraku.

Kalela_07 said...

Salam! Pada pengetahuan saya pemakaian nama ALLAH di Indonesia oleh penganut2 agama Kristian adalah suatu amalan biasa tetapi adakah kita semua sedar bahawa dengan pemakaian nama ALLAH inilah akan memudahkan dakyah mereka meresap kedalam sistem negara kita sekarang yakni agama Islam. Sedarkah kita berapa mudahnya diIndonesia untuk menukar agama dan berapa ramai yang telah bertukar agama.
Dinegara kita macam mana pulak. Bagaimana pulak bila upacara keagamaan mereka memakai perkataan ALLAH, bukankah ini akan lebeh memudahkan mereka memesongkan umat islam yang cetek ilmu yang lemah iman, mudah terpesong kepada ajaran mereka. Pernahkan anda ke Danau Toba atapun Medan dan melihat upacara keagamaan Kristian yang megunakan pakai nama ALLAH, saya pasti ramai anak muda akan mudah terpesong. Dalam seharian hidup umat Islam itu tidak lari dari pengunaan nama ALLAH, adakah mereka sama seperti kita. Nama ALLAH itu salah satu dari nama tuhan kita, adakah tuhan mereka mempunyai nama.Jika semua umat Islam mempunyai keimanan yang tebal tidak seperti buih, bolehlah kita fikirkan. Kita masih didalam pengaruh kolonial yakni sekular.

twistal said...

Salam kepada semua pembaca...

1) Sememangnya betul apa yang dikatakan oleh ustaz

2) Orang kafir akan sentiasa mencari helah dan jalan untuk menjatuhkan islam

3)jika ada langkah pertama, maka ada langkah setrusnya

4) mereka akan bermula daripada bawah dan akan terus mencari usaha untuk menjatuhkan islam

5) seperti pengaruh barat yang datang ke malaysia

6) mereka memperkenalkan cara mereka melalui persekolahan

7) pelajar2 dididik dengan budaya mereka

8) dan apabila dewasa, budaya ini menjadi ikutan dan akan menjadi "adat"

9) kekeliruaan yang cuba dibuat adalah satu cara orang kafir menjatuhkan umat islam

10) sekiranya kita ingin mengwal orang kita, adakah kita mampu?

11) sekiranya kita mampu, adakah ia melibatkan semua terutama anak2 muda?

12) sekiranya kita tidak mampu, adakah kita mahu biarkan sahaja?

13) dan sebelum memikirkan soal kemampuan, adakah kita sudah berjaya menyedarkan anak2 muda zaman sekarang apa itu islam?

14) saya hanya beri pandangan :)

15) ALLAH menyuruh kita agar berfikir

16) jadikanlah sejarah sebagai pengalaman dan pengajaran

17) manusia menentukan nasib mereka, tetapi ALLAH akan permudahkannya

18) Assalamualaikum

Shahabudeen Jalil said...

bodoh si Azri.. apa kaitan mamak dgn isu ini ??? hehe.

Orang pekak macam Azri nie tak layak bercakap apa2 isu.

Fatimah AbMalik said...

jadilah seorg pentafsir yg bestari, mentafsir dgn penu teliti .

Azri said...

Wahai Shahbudeen

Terima kasih.

Gidong said...

Rapuhkah ‘IMAN’ itu hanya kerana frasa? Bahasa bukan penentu keimanan. ALLAH melihat jauh ke dalam hati lebih dari sekadar satu FRASA yang kita katakan HAK kita, dan jauh lebih dalam dari sekadar UCAPAN mulut kita, … Sembah lah ALLAH dengan penuh rasa cinta kasih dan bukannya dengan penuh rasa egois, prejudis dan ekstremis…

Sebagai pribumi sabah, saya berbangga dgn pendekatan Muslim di Sabah, mereka menghormati AGAMA lain, mereka tidak mengklaim BAHASA arab milik golongan tertentu yang didasarkan ATAS nama agama ...

Unknown said...

Cuma ada dua perkara sahaja yang akan saya ketengahkan di sini.

1) Adakah perkataan ALLAH ini terdapat di dalam kitab suci agama lain di mana kitab suci mereka ini menggunakan bahasa asal kitab itu diturunkan, contohnya adakah perkataan ALLAH ini ada terdapat di dalam kitab suci agama Yahudi atau Kristian yang menggunakan bahasa ‘Hebrew’, iaitu bahasa asal kitab ini. Kalau tiada mengapa perlu menggunakan ALLLAH.
2) Mengapa perkataan ALLAH ini yang merujuk kepada tuhan digunakan di Indonesia atau Malaysia tetapi tidak digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia seperti di Eropah, USA, Russia? Perkataan ALLAH adalah bahasa Arab, dan ia digunakan oleh orang Melayu Islam, ia tidak digunaka oleh orang Melayu bukan Islam. Orang Melayu bukan Islam sebelum kedatangan Islam, hanya mengenal Tuhan sahaja.

Bukankah ini maksudnya ada udang disebalik batu?

Sila rujuk laporan berikut:

One of America’s pre-eminent evangelicals is challenging the advice of a retiring Roman Catholic Bishop in the Netherlands who has raised eyebrows worldwide by suggesting Dutch Christians pray to “Allah.”

Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary, argues that it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.

The key condition behind calling the Christian God Allah is that Allah must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.

The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that Allah has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy.

“Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday.

“If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion …and worse?”

Last Monday, during an interview with a Dutch TV program, 71-year-old Bishop Tiny Muskens promoted the idea of Dutch Christians calling God Allah, believing that it would ease much of the conflict between the Christian and Muslim faiths. Muskens contended that God doesn’t mind what He is called and the arguments over what to call Him is an invention of man.

“Allah is a very beautiful word for God. Shouldn’t we all say that from now on we will name God Allah? …What does God care what we call Him? It is our problem,” said Muskens, according to The Associated Press.

The retiring bishop was a former missionary to Indonesia – the most populous Muslim country in the world – for eight years, where he said priests used the name “Allah” while celebrating Mass.

In response, Mohler pointed out that it would be difficult to support the argument that “Allah” can be used as a generic term for God. The theologian said separation of Allah from the language, theology, and worship closely associated with it is difficult. Moreover, even non-Arabic speaking Muslims use Allah when referring to their god.

Another irreconcilable difference is that Jesus commanded his followers to baptize “in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit.”

“When this command is taken seriously and obeyed, the whole issue is greatly clarified – a Christian cannot baptize in the name of Allah,” stated Mohler.

“So Bishop Muskens is disingenuous at best when he suggests that God does not care about His name. This is not a matter of mere ‘discussion and bickering,’” said Mohler.

“If Allah has no son, Allah is not the father of our Lord Jesus Christ…This is no mere ‘discussion and bickering.’ This is where the Gospel stands or falls,” the theologian concluded.

Bishop Muskens in the past endorsed other controversial ideas which went against the Vatican leadership – such as those who are hungry can steal bread and that condoms should be permissible in the fight against HIV/AIDS.

Anonymous said...

Salam Ustaz...
rumah saya berhampiran masjid. tetapi suami saya tidak berjemaah di masjid tersebut kerana kurang yakin dengan imam tersebut. Sebaliknya suami saya berjemaah di masjid yang lebih jauh dari rumah. Apa pendapat ustaz.

Anonymous said...

salam,

saya cuma nk tanya 1 soalan jer.. dari kite sume gadoh x tentu pasal, tak boleh ke kite tanye sesiape yg lebih mengetahui hal2 ni.. atau kite tanye org2 or ulama2 agama islam kat negara lain?? contoh nye kite cube tanye pndangan org2 islam kat arab ker.. atau kite kumpulkan ulama2 islam dari semua negara.. mungkin dari situ, kite dapat putuskan sama ade wajar atau tak penggunaan kalimah Allah ini di luluskan.. walaupun berlainan negara, bangsa dan pemahaman.. tetapi, kite sume mempunyai persamaan iaitu kite adalah islam..

tolong beri pandangan terhadap pandangan saye ni..

hamba allah yg keliru...

Anonymous said...

Salamun-'alaikum!

Saya tabik Zainol... Allah has no son! Allah tidak beranak; Laaila-ha'ilAllah! tiada Tuhan selain Allah; ianya termaktub di dalam al-Qur'an.

1. Bermakna perkataan Allah itu khusus untuk agama Tauhid (monotheis), agama Islam. Ini - sangat bercanggah dengan Kristian yang mengakui 3 Tuhan.

2. "Allah without Son" is NOT a Christian's God! Dengan percanggahan ini, penganut agama Kristian (multitheis) hanya layak menggunakan perkataan "God(s)" sebagai Tuhan(-tuhan) mereka.

3. Mengelirukan! Perkataan "Allah" dalam agama Islam TIDAK SAMA dengan "Allah" dalam agama Kristian.

4. Kesimpulannya, penggunaan perkataan "Allah" oleh mana-mana agama selain agama Islam tidak dibenarkan sama sekali.

5. Apa yang boleh kita buat?
i) Wajib kepada kita semua umat Islam mendakwahkan kebenaran: Laaila-ha'ilAllah, Muhammadur-rasulullah kepada semua umat Islam;
ii) Bersatu orang Islam, berbaik-baik sesama Islam, tidak berpecah-belah;
iii) memerangi kebatilan & kemungkaran. batalkan mana-mana percetakan yang bercanggah dengan Islam, agama resmi Malaysia.

"IntanSurullah..." Sesiapa yg membantu Allah, niscaya Dia akan membantu kamu dan akan menguatkan kaki-kaki kamu!

Oh Allah, bantulah kami umat Islam.

hj

HOT FUCK said...

RUMUSANNYA,YESUS DI DALAM SATU DENGAN BAPA....

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...