Wednesday, February 4, 2009

Universiti Kehidupan 28 – Perjuangan Yang Digadaikan

Umrah saya kali ini ibarat perjalanan saya ke kebanyakkan negara yang saya ziarah. Ia satu perjalanan pembelajaran.

Setelah beberapa ketika berada di Madinah, saya meneruskan perjalanan ke al-Ula, satu bandar lama yang wujud sejak ribuan tahun dahulu.

Al-Ula adalah satu bandar persinggahan para pedagang yang berdagang dari Mekah ke Syria. Jarak di antara Madinah dan al-Ula ialah 399 KM sedangkan jaraknya dengan Jordan dalam 500 KM.

Apa yang ingin saya kongsi pada saat ini ialah sebuah kubu dan makam seorang panglima Islam, Musa bin Nusair.

Ketika Islam telah sampai ke Afrika Utara iaitu Tunisa, Libya dan Magribi, maka operasi dakwah ingin diteruskan ke benua Eropah.

Operasi dakwah ke Afrika Utara ini diketuai oleh seorang panglima Islam bernama Musa bin Nusair. Panglima Islam ini kemudiannya merekrut seorang lagi panglima hebat bernama Tariq bin Ziyad.

Tariq ibn Ziyad merupakan seorang pemuda yang berbangsa Barbar yang berasal dari tanah Afrika. Tubuhnya tinggi lagi tegap.Di negara Spanyol namanya menjadi lagenda sehingga beliau digelar 'Tariq el Tuerto' yang bermaksud Tariq Bermata Satu. Tariq membantu Musa bin Nusair membina benteng pertahanan Afrika Utara.

Atas perintah Musa ibn Nusair, pada tahun 91 hijrah Tariq berjaya menyebarkan Islam di negara Sepanyol seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di Eropah.

Ketika pertama kali mendarat di pantai semenanjung Iberia, Tariq mengarahkan para tenteranya membakar semua kapal laut dan membuatkan tenteranya bingung. Namun perintah ketua wajib diikuti dan kesemua kapal pengangkutan tentera Islam habis dibakar. Tariq berucap dengan ucapannya yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu:

"Wahai tentera Islam. Di belakang kamu laut dan di hadapan kamu musuh. Maka pilihlah mana yang kamu kehendaki untuk mati. Kamu di sini hanyalah yatim piatu dan tiada saudara-mara. Tiada yang menolong kamu di sini melainkan Allah Ta'ala"

Ucapan ini merupakan pembakar semangat bagi tentera Islam

Dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Eropah, Tariq berhadapan dengan tentera Kristian Visigoth pimpinan Raja Roderic dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. Dalam petempuran yang berlaku di Sungai Guadalete, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah.

Tempat di mana tariq mendarat dan membakar kapalnya diabadikan di atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau negara barat memanggilnya sebagai Gibraltar.

Setelah membuka Spanyol, Musa dan Tariq merancang untuk terus membuka Eropah keseluruhannya. Kedua-dua panglima Islam ini merancang untuk mengIslamkan dunia Eropah.
Tentera salib dari Eropah tidak dapat menandingi kemaraan kedua-dua panglima Islam ini. Lantas, mereka menghantar hadiah yang mewah beserta wanita-wanita yang cantk dari Eropah kepada Khalifah di Damsyiq.

Ketika hadiah itu sampai di hadapan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah bertanya kepada utusan salib ini, adakah hadiah ini diberikan sebagai tanda persahabatan atau kalian mempunyai hajat. Maka utusan ini menyatakan, mereka tidaklah mempunyai apa-apa hajat melainkan meminta Khalifah memanggil balik Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair.

Khalifah yang pada ketika itu lebih mementingkan kemewahan telah memanggil balik angkatan tentera Tariq ke Damsyiq. Sesampainya di Damsyiq dia telah dikenakan tuduhan menderhaka, dihina dan dihukum. Tidak ada seorang pun yang tahu dimanakah makam panglima yang berjaya menundukkan kota Andalusia ini.

Bagi Musa bin Nusair, beliau menerima nasib hampir yang sama. Ia dilucutkan jawatan dan dihinakah. Cuma ia tidaklah dihukum. Setelah kematian sahabatnya Panglima Islam Tariq ini, beliau membawa diri ke al-Ula. Darah panglima yang mengalir di dalan tubuhnya membuatkan beliau membina benteng pertahanan di al-Ula ini. Benteng ini digunakan untuk mempertahankan kota al-Ula dari serangan penyamun-penyamun padang pasir.

Sebahgaian ahi sejarah menyatakan Panglima Musa meniggal di sini dan dimakamkan di sekitar benteng ini. (lihat Mu’jam Wa Tarikh al-Qura fi Wadi al-Qura halaman 271)

Banyak sudut kita boleh bahas melalui sejarah ini. Walaubagaimana pun, saya ingin membahasakannya dari satu sudut, iaitu pejuangan Islam mestilah di dukung oleh orang yang benar-benar Ikhlas. Orang yang ada kepentingan akan mengorbankan perjuangan demi kepentingan peribadinya. Untuk gelombang perjuangan Islam akhir zaman, kita memerlukan orang yang benar-benar Ikhlas untuk berjuang. Semoga kebangkitan Islam akan lebih pantas dan hebat.

Di dalam sejarah memang terdapat kisah orang yang mengorbanan perjuangan. Oleh itu, pilihlah orang yang benar-benar ikhlas di dalam perjuangan.

Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Hayat.
Perjalanan saya merentasi dari Maghribi ke Spain, satu perjalanan yang pernah ditempuhi oleh Panglima Tariq bin Ziyad
Inilah Jabal at-Tariq di mana tempat pertama Tariq mendaratkan angkatan laut Islam di bumi Eropah. Ia juga dikenali dengan nama Gibraltar
Di atas kubu Musa bin Nusair di al-Ula Saudi Arabia
Benteng Musa dari Jauh
Darah panglima yang mengalir menyebabkan Musa sentiasa melindungi orang di sekelilingnya
tangga naik ke kubu Musa bin Nusair
Masjid yang ada disekitar kubu Musa bin Nusair

6 comments:

Shahabudeen Jalil said...

tak habis2 melawat makam jer ustaz.. hehe.. takde agenda lain yang lebih menyumbang untuk masa depan ke.. yang dah mati tu.. biarkan la.. dia pun nak rehat gak.. dah la kat dunia sibuk bukan main.. perang sana perang sini, dakwah kesana ke mari. Waktu dok dalam kubur plak orang dok mai melawat tak abis2. asyik2 orang mai ziarah. penat gak dia nak layan.

Ustaz Amin said...

sebenarnya, setiap kisah yang saya sampaikan ada kaitannya dengan sekeliling kita di Malaysia. Cuma kita perasan atau tidak sahaja. Mengenai perkara yang saya buat di peringkat masyarakat insyaAllah ada, cuma kadang kala tak tercerita. InsyaAllah, nanti kita tahu, kita sama-sama laksanakan tanggungjawab kita untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Shahabudeen Jalil said...

saya akui banyak yang ustaz buat di peringkat masyarakat. Tak ramai yang mampu buat seperti mana ustaz buat dalam umur ustaz yang muda ini.

Cumanya jika ustaz kurangkan pi kacau orang-orang dalam kubur tu.. ustaz boleh buat lagi 10 kali ganda lebih hebat dalam masyarakat.

Tidakkah ini lebih penting ?

Tidakkah ini lebih memberi kesan ?

Tidakkah ini yang Nabi nak kita buat ?

MOHAMED said...

MOHAMED

Mmmm...Agak pelik kenyataan Shahabudeen tu yek...seperti berbaur WAHABI...mmm pendapat saya takda masalah ustaz nak ziarah kubur atau makam orang2 soleh kerana ianya untuk kebaikan peribadi ustaz. Patut tak perlu nak persoalkan. Orang pergi tempat firaun kat mesir tu takda pulak orang nak bising? mmm apa pun ustaz dah buat yang terbaik untuk dirinya dan Ustaz pun turut menyumbang yang terbaik untuk masyarakat. tapi Shahabudeen buat apa yek?

silya_aquarius said...

Salam. Bagus jugak ustaz tulis pengalaman ustaz. Sebab, setiap yang ustaz lawat, mesti ustaz berikan info.Jadi secara tidak langsung kami dapat tambahkan pengetahuan yang mungkin kadangkala tidak tepat sekiranya mencarinya sendiri tanpa panduan.Teruskan ustaz.

Shahabudeen Jalil said...
This comment has been removed by the author.