Ketika Rasullullah berdakwah, perkara yang paling sukar bagi baginda ialah tentangan yang datang dari ahli kitab. Ini kerana merekalah yang mengatakan bahawa Rasullullah mencipta agama baru sedangkan pada pandangan mereka, merekalah yang membawa risalah agama yang benar yang diwarisi dari Nabi-Nabi terdahulu.
Hal ini berterusan hinggalah Rasullullah diisrak ke langit. Rasullullah ditemukan dengan Nabi-Nabi terdahulu. Akhir sekali bertemu Allah dan mengambil risalah langsung dari Allah.
Ketika sekembalinya Rasullullah, ahli kitab kelu apabila baginda dapat menceritakan dengan tepat ajaran yang dibawa oleh para Rasul terdahlu. Baginda juga dapat menjelaskan penyelewengan ahli kitab dan rekaan mereka terhadap agama.
Bagaimana Rasullullah dapat mengetahui semua ini. Baginda telah mendapat tunjuk ajar langsung dari Allah(salsilah ilmu itu langsung dari Allah)
Selepas itu, baginda menyampaikan agama ini kepada para sahabat. Para sahabat menyampaikan kepada Tabiin. Para Tabiin menyampaikan kepada para Tabi' Tabiin. Dan semua salsilah ini bersambung dan inilah yang dikatakan sanad.
Sistem sanad ini berterusan hingga para Ulama menyatakan "di antara kelebihan umat ini (umat Muhamad) ialah ilmunya bersanad (lihat Sobri Abdul Rauf. Athar al-Qiraat fi Feqh al-Islami. Adhwa' as-Salaf, Riyadh. halaman 70).
Fungsi sanad ini diambil alih oleh Institusi pada ketika wujudnya beberapa Universiti seperti Universiti al-Azhar di Mesir dan Universiti Qarawiyyin di Tunisia.
Pada zaman ini, walaupun sistem sanad talaqqi (salsilah guru) masih digunakan tetapi ada ulama-ulama yang menyandarkan tempat belajar sebagai sanadnya.
Sistem sanad mula kurang diendahkan apabila penjajahan Negara Barat terhadap negara Islam. Orang barat lebih menumpukan institusi dari salsilah guru. Akhirnya, ada guru-guru dari insititusi yang mengajarkan perkara salah mengenai Islam. Tetapi, kerana fungsi institusi lebih besar, maka orang tetap mengiktiraf mereka.
Sistem sanad tidak boleh ditinggalkan sekalipun fungsi institusi lebih menyerlah sekarang. Ada tujuh perkara yang penting mengenai sanad
1. Mengetehui kesahihan ilmu
Orang yang ada sanad bermakna dia ada salsilah guru. Maknanya, kita dapat tahu dari mana dia belajar dan siapa gurunya. Apabila sesuatu salsilah itu bersambung hinggalah ke Rasullullah, maka ia akan menjadikan kita yakin dengan kupasan ilmunya. Muqaddimah kitab Sahih Muslim ada menekankan mengenai kepentingan sanad ini.
Dari Ibnu Sirin " sesungguhnya ilmu itu adalah agama kamu, maka hendaklah kamu melihat dari siapa kamu ambil agama kamu.(perbahasan ke 26 mengenai sanad)
Dalam perbahasan ke 27, Dari Ibnu sirin "Apabila berlaku fitnah (perselisihan) kamu tanyakan, siapa guru kamu?
2. Keberkatan
Dengan belajar secara berguru dan bertalaqqi dan kita tahu salsilah guru kita, ia akan menambahkan lagi keberkatan di dalam belajar.
3. Persaudaraan
Dengan mengambil sanad, kita akan dipersaudarakan dengan murid-murid lain yang mempunyai sanad. Katakan seorang yang belajar secara bersanad di Shah Alam, dia berjumpa dengan seorang murid dari Mesir. Melihat sanadnya, maka ada persamaan guru, maka ia membuatkan seseorang lebih rapat lagi. Ia seperti kita bertemu dengan seseorang yang sama universiti dengan kita. Ia akan menjadikan kita lebih mesra.
4. Tanggungjawab
Orang yang memegang sanad, dia bertanggungjawab menyampaikan pula ilmu yang dia ada pada orang lain. Katakanlah ada 100 orang murid yang belajar secara bersanad, maka setiap seorang mengajar lagi seratus, maka ilmu itu akan terus berkembang. Apabila semakin ramai orang yang faham agama, maka semakin baik masyarakat.
5. Pahala.
Apabila ilmu yang disampaikan itu diamalkan, maka Allah akan memberi pahala kepada kita sekalipun kita telah mati. Ia berdasarkan hadith bahawa antara amalan yang kekal pahalanya ialah seseorang itu menyampaikan ilmu yang berguna kepada orang lain.
6. Bimbingan
Orang yang banyak berguru, dia akan terus mempunyai hubungan dengan gurunya. Jadi, gurunya itu akan terus dapat membimbingnya. Ini kerana ramai orang berilmu rosak apabila tidak ada orang yang dapat menegurnya. Dia rasa dia telah alim dan dia boleh keluarkan fatwa apa yang dia suka. Sedangkan manusia perlu sentiasa diingatkan mengenai kebenaran dan kesabaran. (maksud surah al-Asr)
7. Hubungan di akhirat.
Ketika di akhirat, kita akan dibariskan dengan beberapa barisan. (Surah Naba'). Sudah tentu kita hendak mengikut saf yang dipimpin oleh Rasullullah. Tetapi kita tidak kenal nabi. Yang kenal Sahabat, kita tidak kenal sahabat, yang kenal sahabat tabiin. Kita juga tidak kenal tabiin, yang kenal mereka ialah pendakwah-pendakwah Islam yang mengembangkan Islam. Kita juga tidak kenal mereka. Yang kenal mereka ialah tuan-tuan guru kita. Maka kita akan mengikut tuan-tuan guru kita, tuan-tuan guru akan mengikut para pendakwah, para pendakawah mengikut tabiian, tabiin mengikut sahabat dan sahabat sudah tentu mengenali dan akan mengikut saf Rasullullah. Akhirnya kita akan disafkan bersama Rasullullah.
Dengan sanad mudah-mudahan kita kenal guru-guru kita hinggalah ke Rasullullah saw.
Inilah kepentingan sanad. Belajarlah dan mengembaralah mencari ilmu. Yang terbaik apabila kita belajar secara besanad.
Sesungguhnya, sistem ini telah mula ditinggalkan, tetapi ia tidak akan putus. Ini kerana salsilah ilmu ini akan sentiasa ada yang menyambungnya. Oleh yang demikian, jadilah kita sebahagian dari orang yang mempunyai sanad di dalam ilmu-ilmu Islam ini.
Pada 15 Safar 1430 bersamaan dengan 11 Febuari 2009 majlis khatam Kitab Sahih Muslim dan penganugerahan sanad disempurnakan di Yayasan Restu Shah AlamHari ini seramai hampir seratus orang dianugerahkan sanad kitab sahih Muslim. Semoga mereka pula akan menyampai dan mengajarkan kepada orang lain.Hal ini berterusan hinggalah Rasullullah diisrak ke langit. Rasullullah ditemukan dengan Nabi-Nabi terdahulu. Akhir sekali bertemu Allah dan mengambil risalah langsung dari Allah.

Di antara kelebihan umat Muhamad ini ialah ilmunya bersanad (bersalsilah) hinggalah ke Rasullullah.
4 comments:
Salam ustaz,
Selamat berhoneymoon di China. Salam saya pada isteri tercinta. jangan lupa ole2nyer.. :)
huraian berterabur dari apa yang asal.
Sanad ni ada dalil dari nabi ke?
Kalau berani cuba jawab, sanad nie wajib ke tidak ?
Jangan jawab berpusing2..just jawab, wajib atau tidak ?
Betul ke org yg dapat sanad tu boleh mengajarkan pada org lain.
Saya rasa macam proses memudahkan macam ini akan membuatkan orang menyalahgunakan.
wahh...dasyat gak soklan en shahabudeen jalil ni..hehe..takpe ustaz,sabar2...dugaan..
hehe. orang tanya soalan suruh ustaz jawab.. bukan suruh ustaz bersabar.. hehe..
ini sudah macam cerita P. Ramlee.. apa2 jadi pun.. "Dugaannnn".. pehtu jadi lagi "Dugaannnn".
Ustaz, takpe.. tak jawab pun takpe.."Dugaannnn jer nie."
Post a Comment