Saturday, February 7, 2009

Jawapan Pada Persoalan 12

? sabri salam....apa khabr ustaz? saya ada sedikit musykil, begini ustaz, ada orang bertanya pada saya soalanya, boleh tak perempuan rogol lelaki? 2009-01-18 6:12 AM

+ di sisi undang-undang tidak dicaj di dalam rogol tetapi dalam kesalahan lain.

? muaz ssalam, ustaz apa yg dimaksudkan dengan air musta'mal? tolong jelaskan dgn terperinci. 2009-01-18 6:14 AM

+ Air mustakmal ialah air yang telah digunakan untuk bersuci dan tidak cukup dua kolah.

? Guest adakah haram sy claim duit minyak kete tapi sy naik moto pegi keje.kete sy guna ms ujan saja.tq 2009-01-18 8:40 AM

+ Jika mendapatkan duit itu dengan tujuan menipu maka haram.

? silya salam.ustaz, saya nak minta pendapat ustaz sebelum membahagikan harta pusaka arwah saya yang telah tertangguh selama 1 tahun selepas diberi srat kuas swtyatie@gmailcom Salam, ustaz...nak tanya adakah ustaz percaya 'saka'..haruskah kita percaya dn bagaimana mengatasinya.2009-01-19 3:36 AM

+ saka termasuk di dalam angkara jin

? Hambali Salam Ustaz, mengenai Isu "kepala babi" di UM, apa pendapat uztaz secara peribadi...boleh uztaz komen lanjut??? 2009-01-21 2:18 AM

+ Saya rasa yang buat adalah budak melayu yang ingin memanaskan keadaan. Wallahu alam.

? nazri SAH ATAU TIDAK MANDI WAJIB JIKA SESEORANG ITU MENUJU KE BILIK MANDI DENGAN NIAT NAK MENGANGKAT HADAS BESAR TETAPI BILA SAMPAI DALAM BILIK MANDI DIA TE 2009-01-21 2:55 AM

+ Niat ialah lintasan hati hendak menunaikan sesuatu. Jika tempoh dia terlintas itu dengan mandi tidak diselangi dengan perbuatan lain, dan tempohnya tidak lama maka sah mandinya.

? Guest_nurse salam ustaz boleh bantu kami j.rawat dalam bahagiam feqah yang kami perlu ikuti?kebanyakkam hanyalah tertumpu pd golongan doktor sahaja... 2009-01-24 7:12 AM

+ InsyaAllah boleh, anjurkan dan saya akan isi.

? Shahabudeen Jalil Adakah penyiksa tahanan dibenarkan dalam islam ? sila lihat blog saya untuk lihat video. Tidak ada ustaz yang berani bersuara. Semua pengecut. 2009-01-24 5:34 PM
+ Penyeksaan tidak dibenarkan di dalam Islam. Jika ada pun perbahasannya hanya di dalam bab tertentu di dalam siyasah syariah. Tetapi tidaklah sampai boleh membawa mati. Hukuman mati hanya setelah diputuskan di Mahkamah dan diadili dengan seadil-adilnya.

Sekian, semoga menepati kehendak soalan. Jika kurang memusakan bolehlah ditanya kembali InsyaAllah. Wallahuallah bis sawab

2 comments:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Saya tertarik dengan soalan Sabri mengenai rogol. Ini pandangan menurut pengalaman dan hasil kajian saya. Undang-Undang di Malaysia berkenaan jenayah rogol terkandung dalam seksyen 375 Kanun Kesiksaan iaitu jika berlaku persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan seseorang perempuan, jika persetubuhan itu terkandung dalam salah satu daripada keadaan2 ini:

1) bertentangan dgn kemahuan perempuan itu;

2) dengan tiada kerelaan perempuan itu;

3) dengan kerelaan perempuan itu tapi kerelaan didapati dengan cara menakutkan perempuan itu dengan fakta adanya kecederaan atau kematian terhadap perempuan itu yg mana lelaki itu tahu berkenaan salah tanggapan fakta itu;

4) dengan kerelaan perempuan itu kerana salah tanggapan perempuan itu menyangka lelaki itu ialah suaminya yang sah tetapi lelaki itu tahu dia bukan suaminya yang sah;

5) dengan kerelaan perempuan itu tetapi semasa beri kerelaan perempuan itu tak memahami jenis dan akibat mengapa kerelaan itu diberikan; dan

6) sama ada dengan kerelaan atau tanpa kerelaan perempuan yang di bawah umur 16 tahun. (dipanggil statutory rape ataupun rogol statutori)

Kesimpulannya, jenayah rogol di bawah undang-undang Malaysia hanya memperuntukkan untuk jenayah rogol yang dibuat oleh seorang lelaki terhadap perempuan, tetapi bukan sebaliknya.

Bagaimanapun, seseorang perempuan yang memaksa seseorang lelaki untuk melakukan persetubuhan, boleh didakwa di bawah kesalahan jenayah lain seperti kesalahan jenayah seksual/ serangan seksual/paksaan melakukan seks.

Bagaimanapun, di luar negara, ada juga terdapat kes perempuan disabitkan atas kesalahan rogol lelaki mengikut undang-undang negara itu. Contohnya di Rwanda, menurut akhbar The Edmonton Sun bertarikh 13 August 1999 melaporkan
seorang wanita Rwanda didakwa untuk kesalahan jenayah rogol untuk kali pertama dalam sejarah dunia, sebagai jenayah bertentangan dengan kemanusiaan.Bagaimanapun, kebanyakan negara masih mendakwa perempuan yang merogol lelaki di bawah kesalahan jenayah serangan seksual, bukan rogol.Wallahua'lam.

semi said...

Assalamualaikum ustaz,

Minta ustaz rujuk gmail ustaz. Saya ada hantar reply berkenaan memohon khidmat guaman syarie.

Terima kasih.
Ikhwan

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...