Wednesday, February 25, 2009

Universiti Kehidupan 33 - Roda Kuasa

Sejarah Malaysia menyaksikan Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU lepas. Sejarah juga menyaksikan Perak beralih pula ke tangan BN baru-baru ini.

Memetik kata Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin di Malaysiakini semasa beliau menyampaikan ucapan di Felcra Serigala, Slim River;"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik"

Kesempatan ini, saya ingin membahaskan perkara ini. Kita lihat dahulu berberapa contoh sejarah.

1. Baitul Maqdis pernah jatuh ke tangan Islam pada zaman Saidina Umar. Ia pernah jatuh ke tangan Kristian hampir dua ratusa tahun, kemudian jatuh ke tangan Islam kembali di tangan Sultan Salahuddin al-Ayubi. Kemudian jatuh pula ke tangan yahudi. Akhir zaman nanti, isyarat Nabi, ia akan kembali ke tangan orang Islam semula

2. Andalusia telah dibuka oleh Tariq bin Ziyad. Beliau mengalahkan orang kristian di sana, setelah beberapa ratus tahun kemudian, ia pernah jatuh ke tangan kristian sebentar. Kemudian di bawah pimpinan panglima Islam, Yusuf bin Tasyfin ia kembali ke tangan Islam. Pada zaman Ratu Isabela, ia kembali jatuh ke tangan kristian dan sejak dari itu tidak pernah lagi terdengar azan dilaungkan hinggalah pada tahun 1981 apabila komuniti Islam berjaya diwujudkan.

3. Kota Konstantinople merupakan pusat bagi kerajaan Rom Timur, dibuka oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Orang kristian pernah mengepung kota ini untuk mengambilnya dan cuba menghidupkan kembali paluan loceng gereja di Aya Sofea. Tetapi ia dapat dipertahankan hingga kini.

4. Brunei merupakan waris amanah gerakan Islam di Nusantara ketika tumbangnya Melaka. Pada 14 April 1578 tentara Spanyol di bawah pimpinan Dr. Francisco De Sande telah melanggar Brunei dan mengisytiharkan Brunei adalah tanah jajahan Spanyol.

Sultan berundur ke Jerudong dan di satu tempat dinamakan Pulau Raja. Bendara Sakam kembali ke Brunei dan menghimpunkan pahlawan-pahlawan Melayu Islam. Pada 1578, Pengeran Bendaraha Sakam memimpin serangan kembali ke Brunei. De Sande kalah dan meninggalkan Brunei. Pasukannya dikejar sehingga ke Nausung (Sabah).


Apa yang kita lihat dari sejarah-sejarah di atas? Ia membenarkan firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 26

26: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Allah memuliakan siapa yang dikehendaki dan menghina sesiapa yang dikehendaki, tidak semua orang berkuasa mulia sama seperti tidak semua orang jatuh itu hina. Begitu juga, Tidak semua orang berkuasa itu hina sama seperti tidak semua orang yang jatuh itu mulia.Walaubagaimana pun, berjuang tetapi kena berjuang. Kita bukan berjuang kerana kemenangan. Kita berjuang kerana Allah perintahkan untuk berjuang.

Sebab itu orang Islam tidak risau di dalam perjuangan. Apa keadaannya dia tetap mulia, sama ada syahid atau menang.

Dia tidak risau sama ada Allah beri dia kemenangan atau tidak. Yang dia disuruh ada berusaha dan memaksimakan usaha.

Jika dia menang, dia tidak menang dengan kebetulan, dan jika dia kalah, dia tidak kalah tanpa menentang habis-habisan.

Sementara kita hidup sekarang ini, kita dapat saksikan berlakunya ayat ini. Masing-masing dengan perjuangannya.

Sesungguhnya, Dialah yang menaikkan dan menurunkan. Walau sehabis mana usaha kita, jangan lupa ayat ini.

Jika kita ingat ayat ini, kita tidak letih jika kalah dan tidak bongkak jika menang. Ini kerana, hari ini kalah tidak selama kalah, dan hari ini menang tidak selamanya menang. Kejarlah kemenangan dan kemuliaan dari Allah dengan jalan yang betul, insyaAllah, kemulian akan sentiasa bersama kita walau apa keadaan kita.

"universiti kehidupan, universiti sepanjang hayat"

10 comments:

Hunny said...

Salam ustaz,

Entri ini, walaupun ringkas, sangat sesuai dengan situasi pemerintahan semasa negara. Semangat saya baca. Mudah2an pemimpin2 kita, dan kita semua menyedari bahawa kuasa dan kehidupan seumpama roda yang berpusing.Mudah2an kita teruskan perjuangan menyemarak Islam,tidak letih jika kalah dan tidak bongkak jika menang. Allah bersama kita..

Shahabudeen Jalil said...

Wow... ini boleh dikatakan satu-satunya entry yang paling berkualiti dan berguna dalam blog ustaz ni... yang lain ada yang bagus tapi banyak yang merapu..

Tahniah2... Ustaz dah improve. Sila baca entry saya berkenaan tajuk yang lebih kurang sama di sini..

www.shahabudeenjalil.com

Kamal said...

Alhamdulillah....dan tahniah Ustaz..

Saya harap contoh "Kuasa Pemerintahan" itu untuk tarik minat orang baca sahaja...

Yang penting kita menjadi yang terbaik dan perlukan perjuangan dalam apa bidang sekali pun..akademik, prefession, perniagaan, hatta sukan sekali pun.

Perjuangan - Menang atau Kalah bukan soal?

Allah swt Penentu segala2nya..

Shahabudeen Jalil said...

Mana bleh kata menang kalah bukan soal ???

Berjuang kena untuk menang la.. Nabi pun pergi perang nak menang.. mana ada Nabi pergi nak kalah..

Bila kalah perang, nabi pun bertanya.. ini pula kita nak kata 'bukan soal'....

Apa daa pening kamal ni.. ??

teringat aku kat "Mee Kamal" kat Anak Bukit, Kedah.. sedap nyum nyum nyum.. hehe. Ni Kamal yang sama ke?

Kamal said...

heee..heee....haaaa..haaaa...

Sebab dah kenal Shahabudeen ni, saya ketawa besar ..heee...heee...haaa...haaa.

Sebenarnya perkataan PERJUANGAN tu yang kita perlu hurai dulu...apa itu perjuangan? Kata dasar JUANG..'per' dan 'an' kat depan dan belakang tu tambah nak jadikan PERJUANGAN....

Nanti boleh sambung lagi bab itu...jadi saya 'rasa' perjuangan melibatkan "tanggung jawab" kita diBeri Allah swt...ciri-ciri perjuangan:

1. Tahu apa yang diperjuangkan sejelas-jelasnya
2. Ada 'ilmu untuk berjuang itu
3. Tahu banyak mana yang kita tahu setakat ini..tidak banyak, belajar dulu
4. Cari orang yang berilmu dan pakar dalam bidang itu
5. Amalkan sikit2 dulu..cuba, kata orang...kalau gaya belum boleh belajar lagi
6. Istighfar banyak2
7. Mohon do'a pada Allah swt
8. Kalau dah yakin, teruskan.
9. Tawakkal pada Allah swt
10. Syukur
11. 'Derma' sebahagian hasil

Saudara Shahabudeen, kita kena "bersungguh2 dalam mengerjaka 1 - 11 di atas.

"Berjaya" atau tidak itu persepsi masing2..Allah swt Penentu segalanya...

OK Bro?..nak makan mee, mana2 ada...tak tunggu Mee Kamal..

Kot ada Mee Mamak lagi sedap?

Heeee....heeee....haaaa....haaaa
4.

ibnu_maulub said...

Salam ustaz, ni macam la... Sebagai seorang ustaz blogger yang mengikut perkembangan zaman mutakhir ni.
huwahuwa.... wassalam...

Shahabudeen Jalil said...

Kamal racist. Menampakan kebodohan diri sendiri.

Shahabudeen Jalil said...

tak sempat mee kamal nie terangkan apa2 tentang perkataan perjuangan tu... dia kata nak sambung lain kali.. tak tahu ckp jer tak tahu. tak perlu tunjuk pandai.

Azri said...

Salam Ustaz,

Ana setuju tulisan ustaz. Allah jua yang maha berkuasa memilih.

Ia mengajar kita juga betapa seorang yang bukan berlatarbelakang kan agama tetapi berjuang untuk agama dengan sungguh sungguh. Manakala yang sorang lagi ni yang belajar tentang islam di universiti ada nama islam tapi sanggup bershubahat merampas kuasa dengan menghalalkan apa saja cara untuk mendapat kuasa.

Azri said...

Salam KAMAL SHahbudeen

Betul tu shah budeen. Berjuang mesti lah ada matlamat untuk menang . !

memang lah semua Allah tetapkan. Kalau kita dah berjuang tapi masih kalah kita reda dgn kehendak Allah.

bersungguh sungguh dan sabar berjuang , reda dengan hasil nya.

Allahuaklam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...