Friday, February 27, 2009

Sekilas 10 - Lembu Rasuah Dan Rasuah Lembu

Pada kesempatan kali ini kita akan membicarakan mengenai rasuah.

Rasuah ialah satu perkara yang perlu kita hindarkan. Ini kerana ia perbuatan keji dan pertaruahannya adalah syurga atau neraka. Di dalam hadith Nabi saw telah bersabda:-

"Orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah kedua-duanya di dalam neraka."

Apabila kita membicarakan mengenai rasuah, ada empat unsur penting di dalamnya yang perlu kita tahu:-

1. pemberi
Seorang yang memberi sesuatu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu. Niatnya itu sama ada dinyatakan secara zahir atau kiasan atau umum memang mengetahui akan niat perbuatannya itu.

2. barang yang diberi
Barang yang diberi mestilah barang yang bermanfaat, berguna kepada penerima.

3. penerima
Penerima menerimanya untuk dirinya atau untuk orang lain.

4. balasan
Ada balasan yang memberi manfaat atau berguna sama ada ia dijanjikan secara jelas, atau kiasan atau umum memang mengetahui ia akan membalasnya.

Kita lihat beberapa contoh:-

Seorang penguatkuasa menangkap seorang yang bersalah, lalu yang bersalah memberi dia duit dan dengan jelas atau kiasan meminta agar dia dilepaskan, penguatkuasa menerimanya dan dia memberi perlepasan kepada pesalah itu.

Seorang perniaga memberikan sesuatu kepada pemegang projek dan dengan jelas atau kiasan meminta projek itu diberikan kepadanya, pemegang projek menerimanya dan dengan sebab itu dia memberikan projek itu kepada peniaga.

Contoh di atas adalah satu contoh rasuah yang jelas berlaku empat unsur. Jika berlaku di atas, di dalam Islam, kumpulan Hisbah (penguatkuasa) boleh mengambil tindakkan di atas perbuatan mereka untuk menjaga kebaikan masyarakat dan negara.

Jika empat elemen di atas berlaku tetapi, unsurnya tidak jelas, maka jika seseorang ingin disabitkan kesalahan rasuah, penguatkuasa perlu menyiasat dan membuktikan unsur ini, contohnya seperti.

Seorang yang memberikan sesuatu kepada seseorang. Tidak ada janji atau lafaz dia meminta sesuatu. Berlaku penerimaan. Tidak ada janji akandibalas secara zahir atau kiasan atau pemahaman umum (adat), maka, ia belum dikatakan rasuah hinggalah terbukti wujudnya elemen niat pemberi dan balasan penerima.

Sebab itu, akhirnya di dalam membahaskan perkara ini sekalipun, Nabi membawakan unsur keimanan iaitu peringatan kepada neraka. Sebagai Hisbah (penguatkuasa) ia perlu di siasat dan buktikan dengan adil dan saksama.

Di dalam kes pemberian lembu yang hebat diperkatakan baru-baru ini, maka kita lihat berlaku tak empat unsur di atas.

Adakah pemberi ada memberikan sesuatu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu dari penerima. Niatnya itu adakah dijelaskan dengan langsung, atau secara kiasan atau umum mengetahui bahawa pemberian itu perlu dibalas.

Lembu yang diberi adakah mempunyai kepentingan kepada diri penerima.

Adakah penerima telah menerima dengan satu lafaz untuk memberikan sesuatu kepada pemberi, atau balasan itu disebutkan secara kiasan, atau umum mengetahui ia perlu dan akan dibalas.

Telah berlaku balasan itu.

Jika empat unsur ini berlaku, maka ia dikatakan rasuah dan jika empat unsur ini tidak berlaku maka ia bukan rasuah.

Cuma, hisbah (penguatkuasa), jika ada laporan maka mereka perlu menyiasat dan mengkaji.

Jika memang benar berlaku secara jelas, maka ia perlu diambil tindakan. Tetapi, jika unsur ini hanya diandaikan berlaku, berhati-hati ketika membuktikan. Jangan sampai menzalimi.

Walauapa pun keadaannya, kita perlu balik pada iman. Yang melakukan sahaja yang tahu adakah ia mempunyai niat. Jika ada, maka bertaubatlah, kerana pertaruhan perbuatan itu sangat berat.

Bagi yang menyiasat, siasatlah dengan adil kerana pertaruhannya juga amat berat.

Bagi kita yang melihat, tunggu hingga ia diadili, seorang tidak dikatakan bersalah hinggalah dia dibuktikan bersalah.

Rasuah lembu berkaitan adakah perbuatan itu dilakukan oleh pemberi kepada penerima. Lembu rasuah berkaitan adakah barang itu memberi manfaat kepada penerima.

Jika rasuah lembu dan lembu rasuah ini berlaku, maka bertaubatlah untuk selamat di akhirat dan berhukumlah untuk menyelamatkan kita didunia.

11 comments:

Azri said...

Salam Ustaz,

Yang ana faham , MB selangor dituduh SALAH GUNA KUASA , bukan rasuah.

MB tu pakai kereta sendiri, jimat lah tak yah beli kereta baru. Lembu tu pulak utk korban, bukan dia balon sendiri. Si datuk MACC tu tak ada budi bicara ke . Ini masaalah busuk hati lah ustaz. Gila kuasa gila dunia.

Hunny said...

Salam,

Rasanya ustaz bentangkan dari sudut Hukum Syarak,manakala SPRM menilai dari sudut kuasa atau salah guna kuasa. Lain orang, lain perspektifnya. Ustaz hanya membuat komen dari perspektif beliau..

ibnu_maulub said...

salam, yup saya sokong kak hani salwa.. post ni ditulis oleh ustaz berdasarkan pandangan peribadi seiring dengan ilmu yang ustaz ade.. kiter tidak boleh menilai rasuah dari sudut politik sahaja.. bahkan rasuah ini wujud pada semua tempat.. tahniah ustaz... salam...

Azri said...

Salam semua.

Ana rasa ustaz tak baca pun komen komen ni semua.
Anyhow ana ulang lagi ustaz silap faham issue lembu nih dan ramai orang lain pun silap faham. tak ada masaalah issue rasuah sebab tak ada rasuah. jadi bila ustaz tulis macam ni ana tolong perbetul saja. kalau tak semua pembaca ingat datuk khalid tu rasuah lak macam ibnu maulub. apa lak kena mengena tafsir rasuah tari segi politik. Tafsir sesuatu dari segi kebenaran saja. Bila lak ada rasuah ..anta mengundang fitnah pada datuk tu... kan dah shubahat nama nya.

nauzibillah.

Azri said...

Sambungan...

Sepatutnya topik pasal lembu kalau nak dibahaskan adalah adakah salah guna kuasa mengarah kan lembu lembu tu di beri untuk korban.

Ini subject yang interesting. Misalnya ana jaga kontrak. ana cakap kat kontraktor, kalu nak dapat project ni, dia mesti buatkan satu dewan atau perpustakaan untuk anak yatim ijabah di pucong. kontrakor pun setuju. adakan ini rasuah ? ana tak daapat apa pun. adakah ini salah guna kuasa ? sila komen.

Ustaz Amin said...

Salah guna kuasa ialah apabila ada pengaruh tidak wajar di atas sesuatu.

Tapi, kita bincang mengenai rasuah untuk meningkatkan pemahaman kita terhadap jenayah ini menurut Islam.

Kita bahas sikit mengenai contoh yang Azri berikan.

Misalnya Azri jaga kontrak.Azri cakap kat kontraktor, kalu nak dapat project ni, dia mesti buatkan satu dewan atau perpustakaan untuk anak yatim ijabah di pucong. kontrakor pun setuju.

Ia jadi rasuah jika ada 4 unsur yang kita bahaskan di dalam artikel ini.

Jika Azri tidak mendapat apa-apa secara zahir, tetapi mendapat sesuatu secara maknawi seperti pujian, sanjungan yang melegakan hati, maka ia tetap dikira rasuah.

Nanti dengan keadaan tersebut, Azri mungkin dikenalkan dengan orang lain yang akhirnya ada manfaat yang dapat diambil.

Jika tidak ada 4 unsur yang kita bahaskan, ia termasuk di dalam bab lain.

Ia penyalah gunaan kuasa kerana wujudnya pengaruh tidak wajar ke atas pihak-pihak.

InsyaAllah, kita akan bincangkan nanti.

Azri said...

Salam Ustaz,

OK. Katakan begini. Amalan tu dasarkan niat. Niatnya utk kebajikan lillAhitaala. AZRI kata kat kontraktor kamu berurusan sendiri dengan Ijabah , jangan disebut nama ku. Pada Ijabah kontaktor tu yang bersedekah. Tak kenal pun Azri. Azri tak dapat pujian.
kata orang "value added". Semua kontraktor tak nak kecuali si A. Technically dia boleh buat kerja dan layak tapi bukan lowest price misalnya. Kita pilih dia. Atau semua kata boleh dan semua capable, kita pilih sahaja yang commercially lowest. Macam ni kira salah guna kuasa tapi kalau dengar sirah ada juga berbau unsur unsur salah guna kuasa untuk kebaikan agama kan ustaz?.

Unknown said...

salam ustaz
bagamaina dengan pemberian baqsis(tips) untuk dapatkan sesuatu barang dengan segera, kalau kita tak hulur kat mamat ni memang lah lama segala urusan kita macam dilengah lengahkan

Azri said...

Salam Ustaz,

hadis yang ustaz beri tu mengenagi siapa beri dan terima rasuah. Tapi 4 kriteria tu , definisi ikut islam atau undang kat malaysia ni....boleh tak kalau ustaz tak keberatan beri dalil/hadis juga dari mana datang 4 krteria ini.

Ana pernah dengar definisi rasuah lain. Jadi keliru juga lah.

Azri said...

salam ustaz. Ana rasa ustaz dah tak baca post lama ni. Tapi..

Satu senario. Ana nak pinang Ustazah Hani. Ana jumpa mak dia. Ana bawak hadiah mahal untuk mak nya. 4 ciri ustaz cakap ada di sini

1. pemberi
Seorang yang memberi sesuatu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu. Niatnya itu sama ada dinyatakan secara zahir atau kiasan atau umum memang mengetahui akan niat perbuatannya itu.

2. barang yang diberi
Barang yang diberi mestilah barang yang bermanfaat, berguna kepada penerima.

3. penerima
Penerima menerimanya untuk dirinya atau untuk orang lain.

4. balasan
Ada balasan yang memberi manfaat atau berguna sama ada ia dijanjikan secara jelas, atau kiasan atau umum memang mengetahui ia akan membalasnya.

Macam ni kira rasuah juge ke ustaz? Tak da can lah namapknya. ana ni tak hensem dah tu pekak and dangkal tapi fulus adalah macamna nak dapat kalau tak menghulur maknya. Komen sikit.

Anonymous said...

Salam semua,

saya rasa Ustaz sudah memberikan jawapan yang lengkap, dan cukup buat kita memahami bagaimana gejala rasuah itu berlaku dan syarat-syaratnya. Samada walau apa pun yang berlaku, yang penting ialah niat, dan yang lain ditentukan oleh Allah SWT.undang-undang SPRM tidaklah penting sangat, sebab yang penting ialah definisi dalam hukum syarak. Kita semua diperhatikan oleh -NYA.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...