Sunday, February 15, 2009

Jom Kongsi Pengalaman 29 - China (Guang Zhou 1)

Pada kesempatan kali ini, kita akan berkongsi pengalaman mengenai bandar Guang Zhou, bandar ekonomi dan perdagangan di China. Sebenarnya, di sini, saya tidak boleh melihat blog saya, saya hanya boleh menambah artikel, tak tahu sebab apa. Jadi saya tidak boleh membaca dan menjawab segala komen.
Ke Guang Zhou paling jimat dengan menaiki Air Asia. Tapi cuba tengok air cond dia, berasap macam musim salji.
Perjalanan mengambil masa 3 jam 50 minit, tapi kami dimaklumkan sampai 20 minit lebih awal, agak-agak pilot tu merempet agaknya. Kami sampai di Bayun International Airport. Bersama saya ialah anak orang Yaman yang saya saya kenal di dalam kapal terbang. Orang Arab ni selamba aje, dia nak ke toilet dia tinggal aje anak dia kat saya. Kalau saya bawa lari pun dia tak tahu.
Ini pemandangan biasa di sini, datang dari jauh, dah malam, malas sewa hotel, tidur ajelah dekat tepi jalan
jarang terdapat kedai buku dan jual majalah di sini, orang di sini kuat kerja, tetapi kurang membaca.
Ini adalah masjid yang tertua di China, Islam mula-mula sampai di sini iaitu pada zaman Saidina Uthman lagi.
Masjid ini dibena dengan seni binaan China, kalau di Malaysia, negeri Melaka sahaja ada bentuk akan-akan macam ni.
tandasnya ada dua daun pintu, macam tingkap rumah kampung kita dahulu,
tempat mengambil wudhuk, di sini tandas tak ada paip air, hanya di tempat orang Islam sahaja yang ada, jadi kalau nak berjalan di sini kena bawa botol kosong, kalau tidak, susah nak beristinjak.
terdapat tuala wakaf dan juga selipar wakaf di sini. kalau musim sejuk, orang ambil wudhuk dan terpaksa lap anggota sebab sejuk sangat.
suasana di dalam perkarangan masjid.
di dalam kawasan masjid, terdapat pokok bongsai
dewans sembahyang masjid
tulisan khat dalam masjid
tiang dalam masjid yang dihiasi dengan tulisan khat

bangku orang tua membaca al-Quran
orang tua ini bersenam dengan senaman Tai Chi di dalam masjid.
InsyaAllah, nanti kita akan berkongsi lagi gambar-gambar di sini.

5 comments:

Azri said...

"Bersama saya ialah anak orang Yaman yang saya saya kenal di dalam kapal terbang. Orang Arab ni selamba aje, dia nak ke toilet dia tinggal aje anak dia kat saya. Kalau saya bawa lari pun dia tak tahu."

La ustaz. Nasib baik dia ambil anak nya. Kalau dia hilang tinggalkan anak tu dgn ustaz kan payah. pas tu ada shabu dlm pampers budak tu . naya la !

Azri said...

ustaz pergi cina cari apa?

Shahabudeen Jalil said...

Betul tu Azri.. setuju. hehehe.. orang bijak macam Azri ni yang banyak diperlukan dalam website ini. Berbanding orang yang ikut buta tuli seperti yang dok ada.

Ustaz, kalau dari China, nak masuk blog. Kena pergi kat site translate website google di

translate.google.com

then masukan alamat blog yang kita nak tengok. then tekan translate.

Ini cara untuk masuk ke mana2 blog dari China.

Selain tu, saya tengok cerita pasal China nie.. kalau ikutkan pandangan usahawan, tak ada nilai berita.

terima kasih

Shahabudeen Jalil said...

silap.. bukan pandangan usahawan, pandangan wartawan.

Azri said...

shahabudeen nih anta nih jangan lah jadi budak nakal dok kutuk ustaz tak tentu pasal apasai. bagi respect lah sikit. ustaz bukan nya wartawan. eh! anta ni dulu satu sekolah dgn ustaz ke..macam biasa gaduh je!

ana memeang jeles betui kat ustaz amin nih. dlm sibuk sebuk ni boleh dia jalan sini sana. ana yang tak sibuk ni tak sempat nak pi mana pung. nak pi bukit lanjan pun tak sempat no.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...