Friday, February 6, 2009

Diari 28 - Setandan Pisang Yang Berbagai

Pagi ini saya ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menguruskan Sijil Amalan Guaman saya yang mati pada Disember 2008. Di dalam pejabat, saya bertemu dengan orang-orang yang saya kenali.

"Hai Ustaz, lama tak datang?, sapa Pegawai bertugas. saya hanya tersenyum. "Inilah, datang ni, nak barukan sijil" jawab saya.

"Okey Ustaz, Cuma Ketua Hakim kita baru bertukar, mungkin sijil lambat sikit dapat". Jelas Pegawai yang bertugas.

Habis, boleh beramal tak?, saya mencelah. "Boleh". Pegawai bertugas itu menjawab.

Sewaktu saya turun ke bawah, saya bertemu dengan sahabat-sahabat peguam yang lain. Masing-masing baru habis bersidang pagi ini.

Sedang saya berbual, lalu seorang wanita di sebelah saya. Dia memakai kot, memegang fail. Meluru pantas. Dia terus memasuki keretanya.

Dia menurunkan cermin keretanya lantas terus menelifon seseorang. Apabila perbualan dimulakan, dia merentap tudungnya, membalingnya ke kerusi sebelah, menggeleng-gelengkan kepala sambil mengebas rambutnya.

Saya yang berdiri berhadapan keretanya lantas bertanya pada sahabat saya, "Nazib, sapa tu, peguam baru ke?.

"Mmm", jawab Nazib ringkas. "Macam tu le, apabila peguam sivil beramal di Mahkamah Syariah, etika di luar bukannya di jaga sangat".

Peguam sivil memang boleh beramal di Mahkamah Syariah apabila mereka mengambil satu Kursus Amalan Guaman Syariah selama setahun sama ada di UIA atau di UKM. Tetapi, masalah yang timbul ialah etika sebagai pengamal undang-undang Syariah tidak dijaga dengan baik.

Jangan terkejut jika saya katakan ada di kalangan mereka yang beramal di Mahkamah Syariah ini menjadi sebab utama perceraian sesebuah rumah tangga. Ia boleh berlaku apabila seseorang yang bertemu dengan peguam yang mempromosikan cerai sebagai jalan penyelesaian utama.

Bagi peguam yang kurang etika ini, mereka menganggap cerai ini adalah business mereka. Jadi apabila datang client kepada mereka, mereka akan terus mencadangkan untuk bercerai. Jika cerai, banyaklah yang boleh diuruskan, proses cerai, harta sepencarian, hadhanah (penjagaan anak) dan sebagainya. Semakin banyak yang boleh dibawa ke mahkamah semakin banyaklah yuran yang boleh dicaj kepada client.

Inilah dunia. Di dalam apa jua bidang, ada yang berkepentingan. Jadi berhati-hatilah jika kita mahu berurusan di dalam apa juga bidang. Dari bidang dunia ke bidang agama. Dari masyarakat biasa hingga pada pemimpin.

Selain dari usaha kita yang perlu betul, mintalah perlindungan dari Allah. Ini kerana , Allah sahaja yang boleh menyelamatkan kita dari tipu daya dunia. Semoga kita tergolong dari orang selamat di dunia dan selamat di akhirat, amin..

2 comments:

Hunny said...

Ustaz,

Sila lihat komen saya dalam entri sebelum ini. TQ

Shahabudeen Jalil said...

Cerita dah best dah.. tapi kesimpulan "Inilah dunia" merosakan terus artikel ini.

Takkan nak dok dlm masjid dan berdoa ja.. sekurang-kurangnya bagi la langkah2 memilih peguam yang sesuai.

Memanglah Allah saja yang dapat selamatkan kita dari tipu daya dunia.. tapi adakah ini bermaksud bila kita ditipu, kita salahkan Allah juga ?

kita kena ada usaha dan ilmu. Jadi...curahkan ilmu yang ustaz tahu dari segi cara pemilihan peguam yang sesuai.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...