dalih dan alasan selalu memerangkap
al-fakir ila Rabbihi Muhamad Abdullah-
Hari ini merupakan hari akhir saya di bumi Mekah ini. Tiga hari lepas saya berada di Madinah. InsyaAllah, nanti kita akan berkongsi pengalaman di sana. Esok saya akan kembali ke tanah air. Di sini, banyak inspirasi yang lahir untuk dilaksanakan. Ada yang bersifat peribadi, ada yang bersifat masyarakat.
Dari kejauhan, saya mendengar berita yang berbagai di tanah air. Dari kisah ekonomi yang dibimbangkan kepada ahli politik yang dikatakan ingin melompat parti. Walau apa yang berlaku, setiap manusia membuat sesuatu dengan alasan. Cuma, adakah alasan itu jujur atau tidak, hanya Allah dan yang empunya diri sahaja yang tahu.
Manusia selalu mencipta alasan untuk membenarkan perbuatannya. Hingga di hadapan Allah esok pun ia akan cuba memberikan alasan. Ada lima yang akan menjadi saksi apa yang kita buat di dunia ini.
1. Allah sendiri memerhatikan apa yang kita buat.
2. Dua Malaikat yang ada di kanan dan kiri kita
3. Manusia yang ada di sekeliling kita
4. Anggota badan kita sendiri
5. Makhluk yang lain.
Pada ketika itu, kita tidak dapat lari ke mana-mana. Semuanya disaksikan dengan teliti. Semua alasan akan memerangkap diri dan akan menjadikan kita dipandang lebih hina.
Atas kefahaman ini, para sahabat tidak perlu ditangkap kerana berbuat salah. Semuanya menyerah diri untuk dihukum oleh Rasullullah. Hal ini mungkin hampir mustahil berlaku pada zaman kita. Ini kerana, tidak ramai orang yang sedar dia sedang menuju Allah. Apabila dia disentap ke kubur, barulah dia meminta sesaat kembali ke dunia untuk bertaubat.
Di ketika semua manusia melupakan hakikat ini, saya seru diri ini, dan saya panjangkan pada semua, mari tingkatkan diri. Kita bukan sahaja memegang tanggungjawab diri, tapi keluarga, masyarakat, Negara dan Ummah sekeliannya.

Kita boleh berikan alasan untuk membenarkan perbuatan kita. Cuma jangan sampai alasan itu memerangkap diri sendiri.
InsyaAllah, berjumpa kita di Malaysia nanti.
No comments:
Post a Comment