Rabu 18 Febuari, jam 3.00 petang, saya bersama beberapa orang, bermesyuarat mengenai program Palestin di pejabat Gerbang Perdana Petaling Jaya. Jika diikutkan jadual asal, saya akan ke Palestin pada 25 Febuari 09 ini hingga 7 Mac 09, walaubagaimana pun, oleh kerana beberapa hal dari seorang ahli rombongan, program ini ditangguh hingga ke 20 April 09.
Pukul 4.30 petang, saya bermesyuarat dengan Prof Dr Ahmad Hidayat Buang di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Dengan sokongan beberapa orang sahabat, saya telah ditawarkan menjadi pensyarah jemputan di Moscow State University di Moscow Rusia. Tempoh saya berada di sana ialah satu semester. InsyaAllah, saya akan bertolak ke sana pada 20 Mac 09.
Jika saya jadi ke ke Moscow, saya mungkin tidak dapat bersama di dalam program Palestin kecuali jika saya mendapat pelepasan dari Universiti untuk keluar.
Keberadaan saya di Moscow membuatkan Prof Dr Ahmad Hidayat mencadangkan saya untuk menyambung pengajian saya di peringkat Phd di sana. Beliau mencadangkan untuk saya mengambil International Law (undang-undang Antarabangsa) dari segi perbandingan dengan undang-undang Islam.
Beliau meminta saya menyambung di sana untuk membuka ruang baru bagi dunia akademi. Ini kerana, jika Doktor atau Professor dari Malaysia, kebanyakkannya berlatar belakangkan UK atau US.
"nanti pemikiran semua sama, tak ada kelainan", tegas beliau.
Saya belum membuat apa-apa keputusan mengenai pengajian ini. Setakat ini, yang saya terima ialah tawaran mengajar di Moscow. Jika sesuai, insyaAllah, saya akan sambung pengajian di sana, tetapi jika tidak, maka saya akan sambung di Malaysia sahaja.
Belajar satu proses yang tidak habis, ia berterusan hingga ke akhir hayat. Seorang akan menjadi jahil kerana dua sebab.
1. apabila malas ingin menuntut ilmu, maka dia akan menjadi jahil di dalam lingkungannya
2.Apabila seseorang telah merasa alim dengan ilmu, maka bermulalah kejahilan di dalam dirinya.
Ini kerana ilmu sentiasa berkembang dari sehari ke sehari. Oleh itu, proses pengajian juga mesti terus aktif walau di mana kita berada.
Kemudian, setelah mendapatkan ilmu, maka hendaklah seseorang itu tawadhuk dengan ilmu. Orang yang sombong dengan ilmu, hilanglah keberkatan pada ilmu itu.
Sesungguhnya, hebatnya manusia kerana ilmu dan hebatnya ilmu kerana berkat. Ini kerana, dengan keberkatan ilmu, akan lahir iman dan amal. Gabungan antara ilmu iman dan amal akan melahirkan kesyumulan (menyeluruh) di dalam usaha.
Masing-masing sibuk dengan penagguhan. Banyak yang perlu diurus kembali dari segi penempahan hotel, penempahan tiket yang telah dibuat dan visa.Pukul 4.30 petang, saya bermesyuarat dengan Prof Dr Ahmad Hidayat Buang di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Dengan sokongan beberapa orang sahabat, saya telah ditawarkan menjadi pensyarah jemputan di Moscow State University di Moscow Rusia. Tempoh saya berada di sana ialah satu semester. InsyaAllah, saya akan bertolak ke sana pada 20 Mac 09.
Jika saya jadi ke ke Moscow, saya mungkin tidak dapat bersama di dalam program Palestin kecuali jika saya mendapat pelepasan dari Universiti untuk keluar.
Keberadaan saya di Moscow membuatkan Prof Dr Ahmad Hidayat mencadangkan saya untuk menyambung pengajian saya di peringkat Phd di sana. Beliau mencadangkan untuk saya mengambil International Law (undang-undang Antarabangsa) dari segi perbandingan dengan undang-undang Islam.
Beliau meminta saya menyambung di sana untuk membuka ruang baru bagi dunia akademi. Ini kerana, jika Doktor atau Professor dari Malaysia, kebanyakkannya berlatar belakangkan UK atau US.
"nanti pemikiran semua sama, tak ada kelainan", tegas beliau.
Saya belum membuat apa-apa keputusan mengenai pengajian ini. Setakat ini, yang saya terima ialah tawaran mengajar di Moscow. Jika sesuai, insyaAllah, saya akan sambung pengajian di sana, tetapi jika tidak, maka saya akan sambung di Malaysia sahaja.
Belajar satu proses yang tidak habis, ia berterusan hingga ke akhir hayat. Seorang akan menjadi jahil kerana dua sebab.
1. apabila malas ingin menuntut ilmu, maka dia akan menjadi jahil di dalam lingkungannya
2.Apabila seseorang telah merasa alim dengan ilmu, maka bermulalah kejahilan di dalam dirinya.
Ini kerana ilmu sentiasa berkembang dari sehari ke sehari. Oleh itu, proses pengajian juga mesti terus aktif walau di mana kita berada.
Kemudian, setelah mendapatkan ilmu, maka hendaklah seseorang itu tawadhuk dengan ilmu. Orang yang sombong dengan ilmu, hilanglah keberkatan pada ilmu itu.
Sesungguhnya, hebatnya manusia kerana ilmu dan hebatnya ilmu kerana berkat. Ini kerana, dengan keberkatan ilmu, akan lahir iman dan amal. Gabungan antara ilmu iman dan amal akan melahirkan kesyumulan (menyeluruh) di dalam usaha.
antara ahli rombongan yang akan pergi
Merancang tarikh baru untuk pergi.
7 comments:
kesian sungguh gambar orang2 tu.. pening tak dpt pergi ke palestine ke ?
orang2 tu mesyuarat nak ke palestine ke rusia ? kenapa bawah gambar diorang 'pening kepala' tu ada pula cerita surat tawaran ke Rusia..
Nak ikut.... huhuu..
assalamualaikum wa warahmatullah..
ustaz pernah mengajar kuliah di masjid hidayah seksyen 18 shah alam ke ??..
ustaz akan sambung ke moscow?..
kami mengalu-alukan kedatangan ustaz..
saya , pelajar tahun 3 perubatan di moscow.
dulu pernah mengikuti pengajian ustaz di masjid hidayah seksyen 18, shah alam.. (hehe, kalau tak silap, ustaz yang ajar,mungkin silap mungkin tak..dan jika ingatan saya ni masih tak luput)..jika ustaz betul-betul akan ke sini, nanti boleh kami buat program untuk pelajar2 sini bersama ustaz.. :D (permintaan dari pelajar-pelajar yang ketandusan pengisian jiwa)...
ustaz, maaf, tetiba masuk terus buat jemputan untuk ikut program..
moga diberikan yang terbaik buat ustaz, dan dilancarkan segala urusan.
InsyaAllah, nanti kita boleh susun program peningkatan ilmu seketika saya di sana. Salam untuk semua kawan-kawan..
Salam ustaz
Buat ape lah nak pergi russia tu . Banyak ulamak kat situ ke. Tak yah lah ustaz kejo duniawi ni. Memang le dengo nya glame. kan banyak anak murid ustaz di sini.
ustaz tulis "jika Doktor atau Professor dari Malaysia, kebanyakkannya berlatar belakangkan UK atau US.
"nanti pemikiran semua sama, tak ada kelainan", tegas beliau."
Apalah best nya pemikiran orang rusia tentang agama islam.
Ana pun pelik. Dr Maza pun belajo agama kat UK. Banyak ulama' kat sana ke atau dia orang nak jalan jalan je ? Pakai duit skolarship gomen ke ?
Ana ade juga dengar dari sorang ni isteri dia sambung belajar jurusan agama di glasgow. pelik. ana tanya kenapa tak ke alazhar dijawab pak rab pemalas. betul ke ?
tak yah ustaz. apa hal lak project universiti wakaf, kemboja etc semua tu . sekali sekali nak jalan tu boleh lah .umaralfateh boleh sponsor tempat tidur.
tapi kalau ustaz pi juga , ana doakan slamat pergi dan pulang. jangan lak pulang nanti bawak botol vodka lak!
Salam Ustaz,
Pergilah. Kalau tidak, kau akan menyesal.. Reasons:-
1) First ever Malay mix Javanese man go to Moscow for lecturing..
2)Belum pergi pun, adik2 di sana dah minta program2 dakwah dengan ustaz. Alhamdulillah. Bukankah itu satu petunjuk yang baik dari Allah?
3) Tidak ada sekatan disebabkan tempat atau bangsa untuk kita belajar dan mengembangkan agama. Tidak ada dalil untuk itu. Yang ada, tuntutlah ilmu (walau hingga ke China), so mana2 pergi pun tak kisah..
4) Ustaz ke sana untuk berkhidmat dan nak mencurahkan ilmu.Dalam masa yang sama, menambah ilmu dan berjalan2 meluaskan pengalaman, mempelajari sosiobudaya masyarakat Russia, its a credit for you, Allah nak bagi. Grab it man!! Lebih banyak berjalan, lebih banyak kita mengingati Allah, kerana ciptaanNya.
5) 3 bulan jer beb!
6) Senang saya nak ke sana, jalan2.. hehehe..
7) Sebab saja jer saya malas nak layan si Azri tu.. Pebenda ntah..
Post a Comment