Alhamdulillah, kapal terbang mendarat pada jam 1.30 petang. Saya dan semua penumpang selesai menguruskan bagasi dalam pukul 2.30 petang. Salam kepulangan saya pada hari ini dimulakan dengan program Forum di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) di Tanjung Malim Perak. Program bermula pada pukul 9.00 malam. Saya bergegas balik rumah dan siap-siap untuk ke program. Pukul 4.00 petang saya sudah mula bergerak dari rumah.
Majlis forum berakhir hampir pukul 12 malam. Semoga para hadirin mendapat manfaat dari apa yang diperbincangkan. Dan ingin saya ucapkan, salam kepulangan…Gelagat penonton forum
Ia dipengerusikan oleh Ustaz Anhar Opir, disertai oleh Ustaz Hasrizal dan saya.
Antara yang hadir.
Tajuk yang mungkin di anggap remeh tetapi ada golongan yang sangat perlu pada perbahasan tajuk cinta ini. Semoga ia bermanfaat.
6 comments:
Salam Ustaz,
Tahniah dan sangat Kagum dengan semangat dakwah ustaz. baru je jejak kaki ke malaysia, tak sempat lepaskan rindu pada anak isteri, dah berlepas ke UPSI.Moga semangat dakwah ini diteruskan dan ada pelapis2 yang ramai macam ustaz.Cuma nak bagi pandangan sikit, rasanya penjodoh bilangan bagi pisang adalah setandan, bukan setandang.. adapun setandang adalah seorang yang datang bertandang ke rumah untuk dapatkan ole-ole dari makkah.. hehehehe
Lupa nak tanya,
Boleh dapatkan pengisian program ni? i mean, apa solution kepada percintaan remaja. Boleh juga saya kongsikan dengan saudara mara yang asyik masyuk bercinta..
tak habis2 puji orang.. ini tak bagus. Sekadar ucap tahniah dah memadai.
Salam encik shahabudeen,
Saya bukan memuji, cuma bagi perangsang dan sokongan pada orang2 macam ustaz. Salah ker? lagipun, bukankah ucapkan kata-kata yang baik itu satu sedekah? Bukan kena bayar pun..
pujian yang kerap akan menyebabkan syaitan menyelinap masuk dan memudahkannya untuk menguatkan bisikan. Ustaz2 di Malaysia sekarang tak perlukan pujian lagi sebenarnya. Mereka perlukan pandangan dan pendapat kita untuk meningkatkan usaha dengan lebih berkesan...
Kalau nak kira pujian nie. .dah ramai sngat orang dok puji. So nak puji buat apa lagi. Nanti ustaz pun naik lemak macam ustaz2 kita kat mesia nie.
Semua dibuai mimpi indah.. dibayar gaji tinggi.. diberi makan sampai sengkak.. di berikan katil yang empuk.. di berikan bilik yang dingin.
Jadi.. takdak ustaz yang berani dan takdak ustaz yang kreatif.
Sebab semua ini terjadi adalah kerana, mana2 dia pi.. orang dok puji macam cik Salwa dok puji.
Cuma kita tegur.. kita tahu ustaz nie insya-Allah takkan jadi rockers atau mat rempit.. jadi kita bagi cadangan untuk dia jadi ustaz yang lebih baik.
Kalau kat rockers dan mat rempit.. baru la kita puji kalau dia buat baik. Itu adalah perangsang.
terima kasih
Salam ustaz.. tak sangka jumpe blog ustaz.. saye salah seorang peserta forum di UPSI tu.. Ustaz dan ustaz hasrizal memang best.. cara penyampaian yang membuatkan remaja membuka mata hati berfikir akan jalan hidupnya pada masa kini..
Dan apa yang saya terhibur, ustaz hasrizal tak menggalakkan dan tak menyokong perkahwinan dalam kampus sebab ustaz hasrizal sendri kahwin lepas belajar, tapi berlainan dngan ustaz.. ustaz kahwin mase blaja kan walaupun U berbeza..
Situasi kite same, blaja di u berbeza..saya UPSI dan dia UIA kuantan.. doakan saya dipermudahkan membina masjid Allah.. insya ALLAH walimah pada 6/6/09 ni..
Thanks ustaz sebb sudi jadi penceramah hari tu..
Post a Comment