Tuesday, February 10, 2009

al-Ijabah 5 - Dari Ipoh ke Depoh

Sudah agak lama saya tidak bersama anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah. Pada Ahad 8 Febuari, saya bersama mereka mengendalikan majlis selawat dan bacaan sirah Nabi dengan menggunakan kitab ad-Dibaie.

Majlis dibuat dirumah Ibu saya di USJ 4 Subang Jaya. Setelah semua berkumpul, baru saya dapat rasakan bilangan mereka kini semakin ramai. Sejuk hati saya melihat mereka melaungkan bait-bait selawat bersama-sama.

Selesai majlis, saya didatangi tetamu dari Perak. Mereka ialah waris Allahyarham Ustaz Mohammad Khairuddin. Jika kita semua ingat, Allahyarham ialah seorang Ustaz dan pada waktu petang Allahyarham membuat kerja sampingan bekerja di sebuah stesen Petronas di Gunung Lang Ipoh Perak.

Pada 11 November 2008, datang beberapa perompak cuba merompak setesen Petronas ini. Allahyarham yang bekerja pada hari itu ditetak dan kembali ke rahmatullah pada pagi itu.

Melihat pada anak Allahyarham ini, hati saya terus berbisik, semoga Allah menjadikan anak ini seperti ayahnya, pemegang amanah agama hingga akhir hayatnya. Saya terus menghubungi Abang Saya Ustaz Jazlan untuk bertanyakan kekosongan di Pusat Pendidikan al-Amin Bandar Sunway.

"Mungkin tempat penuhlah, tapi tak apa, nanti aku tengokkan" kata Ustaz Jazlan yang juga Mudir Pusat Pendidikan al-Amin.

Seterusnya saya menghubungi bahagian pentadbiran Yayasan al-Ijabah, En Azizi.

"Bang, ada seorang anak dari Ipoh nak masuk, apa pandangan?. Saya bertanya.
"Ustaz, kalau ikut baget memang dah tak cukup, tapi insyaAllahlah, kita usahakan". Suara Azizi penuh Yakin.

Perkataannya sekarang dah macam ustaz. Kalau dulu, dialah yang selalu menyebut, "ustaz, cukup lah tu, baget kita mana ada".

Saya tersenyum sendirian. "Mmm..dah macam ustaz sekarang, alhamdulullah", bisik hati saya.

Perkara yang ketiga yang saya fikirkan ialah pengangkutan anak ini ke sekolah. Kalau ikutkan, bas memang dah tak muat.

Mmm, macam mana ye, bisik hati saya.

Tiba-tiba saya teringatkan seseorang. Saya teringatkan Abang Rosli dan Kak Pi sekeluarga. Sewaktu di Mekah baru-baru ini, dia ada bercerita pada saya mengenai abangnya, Hj Razali mempunyai banyak bas untuk dijual.

Pada petang itu juga saya menghubungi Abang Rosli, "Bang, ari tu kata Hj Razali ada bas nak jual. Ada lagi tak bang? Saya bertanya.

Ha..ada ustaz. Esok pagi ustaz datang rumah, kita bincang". Dia memberikan cadangan.

Pada Isnin 9 Febuari, jam 11 pagi, saya ke rumah Abang Rosli di seksyen 8. Beliau mengajak saya bertemu dengan abangnya Hj Razali.

Setelah berbincang, Hj Razali bersetuju untuk menjualkan basnya dengan harga kos.

"Ok ustaz, saya kira kos aje lah ye" kata Hj Razali.

Hati saya berdebar-debar, berapa le agaknya harga kos ni.

Ok ustaz, siap semua servis harga RM 30-35 ribu ustaz. Bas baru lagi insyaAllah. Terang Hj Razali.

"RM 30 ribu, boleh juga", bisik hati saya. Sekarang pun, saya membayarkan RM 4500 sebulan untuk bas anak-anak Yatim dan Tahfiz ni. Kalau 10 bulan pun dah RM 45 ribu. InsyaAllah kalau ada kemampuan, saya usahakan dua biji. Ini kerana anak-anak kita pun dah 70 orang dan semakin bertambah setiap hari.

"Boleh lah Bang", jawab saya. Saya bersalaman dan pada tengah hari itu juga saya, Abang Rosli dan beberapa orang sahabat lain melihat bas yang bakal dibeli di depoh simpanannya di Seri Muda Shah Alam.

"Mmm, RM 30 Ribu sebiji. Kalau dua biji, Mana nak cari duit ni." Bisik hati saya. Tapi tak apa. Kalau betul ada rezki anak-anak ini, pasti Allah berikan kemampuan nanti. Sebenarnya, bukan kita yang menjaga anak Yatim dan Tahfiz ini, Allah yang menjaga dan sudah tentu Allah yang akan mencukupkan.

Saya beri tempoh dua minggu untuk membuat bayaran. Dan saya yakin ia akan dapat dibuat. Cara bagaimana, saya tak tahu, Cuma saya akan usahakan dengan semaksima mungkin.

Petang ini, saya bermesyuarat dengan semua kakitngan saya dari ALC. Kita ada misi besar. Tolong susunkan untuk saya kursus yang saya akan buat di beberapa tempat. Mereka semua bersemangat. Jika Kursus yang kita buat berjaya, kita akan dapat sedikit sumber kewangan. Ia akan dibuat bayaran permulaan bagi bas ini.

Semua kakitangan ALC, bersemangat. Dan saya yakin akan kemampuan mereka semua. Keajaiban pertama muncul apabila hari ini saya dihubungi oleh Universiti Malaya dan meminta saya membuat Kursus solat untuk pelajar-pelajar. Hari ini, 10 Febuari, Jabatan Mufti Johor memberi laluan untuk saya dan ALC membuat kursus Solat Nabi Menurut Mazhab Imam as-Syafie Dan Kursus bacaan fatihah secara bersanad.

Bermula dengan kedatangan seorang anak yatim dari Ipoh, ia membawa kepada pembelian dua buah bas. Jika ini berlaku, maka kita akan saksikan janji Allah bahawa, bukan kita yang membela mereka, tetapi Allahlah yang menjadi pembela mereka. Kita cuma jalan penyebab sahaja.

Semoga usaha ini mendapat bantuan Allah dan sokongan semua. Amin..
Bacaan selawat dan sirah Nabi melalui kitab ad-Dibaie

Selawat ini disyorkan oleh Habib Umar bin Hafiz untuk saya ajarkan kepada anak yatim dan tahfiz bagi melembutkan hati. Ia cadangan yang diberi oleh Habib Umar ketika saya bertamu di rumahnya di Hadramaut Yaman pada 2004
Waris Allahyarham Ustaz Mohammad Khairuddin dari ipoh.
Sebelah saya Abag Rosli ketika melawat Depoh Bas di Seri Muda.
Sahabat seperjuangan dalam ALC, Ustaz Esamuddin

Semoga niat yang baik diperbaiki oleh Allah.

3 comments:

Hunny said...

Salam ustaz,

There can be miracle
When u believe in Allah..

Alhamdulillah.Syukur kerana anak2 Ijabah dapat penjaga macam Ustaz, yang sedaya upaya beri keselesaan pada mereka. Mudah2an hasil bimbingan dan inspirasi Ustaz, anak2 ini akan jadi anak2 yang soleh untuk terus membangunkan Islam. Rasa malu kerana tak dapat nak bantu beli bas untuk anak2 ini.. Apapun, insyaallah, saya dan sahabat2 akan membantu setakat termampu.. Allah bersama kita..

Mohamed said...

Salam Ustaz,

Tahniah buat ustaz dan semua, semoga beroleh kejayaan.

Azri said...

Salam Ustaz. Jangan lupa ustaz bila dah ada bas kena fikir maintenance cost pulak. Mesti ada pemandunya ber lesen. Bas yang banyak ni tersadai sebab rosak ke ustaz? Hati hati lah.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...