Saturday, February 14, 2009

Universiti Kehidupan 30 - Antara Rajin Bekerja Dan Rajin Membaca

Pagi di China menyaksikan rakyatnya sudah mulai membanjiri jalan-jalan dan keluar untuk bekerja.

Pagi di Mesir dan kebanyakkan Negara-negara Arab, Bandar masih kosong dan hanya pukul 10 pagi atau 11 pagi baru mereka bangun untuk berniaga.

Pagi di China, tidak banyak kedai buku dan surat khabar yang ada.

Pagi di Mesir, orang membaca di mana-mana, kedai buku banyak, kedai surat khabar banyak dan kedai kitab banyak.
Dari China banyak barang-barang dilahirkan, mana-mana "made in China" hingga serban di Mekah juga dari sini.
Dari Mesir lahir para pemikir yang hebat-hebat, satu-satunya Universiti yang mempunyai ahli fatwanya sendiri, di dalam kitab menyebut "wa qaala Azhariyyun" (ahli Azhar berkata) di samping fatwa dari mazhab-mazhab yang lain. Dari sini lahir tokoh seperti Yusuf Qardawi dan lain-lain.

Antara kedua-dua tabiat ini, mana yang lebih baik?

Pada saya kedua-duanya baik dan melahirkan masyarakat yang berbeza. Yang pertama masyarakat yang bekerja membangunakan lahiriyyah, dan yang kedua masyarakat yang berteori yang membangunkan teori-teori dan akhirnya diterima di peringkat dunia

Bagaimana pula bangsa Eropah? mereka rajin membaca dan juga rajin bekerja. Universiti yang terdapat di Eropah sahaja (tidak termasuk US dan lain-lain) lebih banyak dari bilangan Universiti yang berada di seluruh Negara Islam. Syarikat-syarikat perniagaan mereka ada di mana-mana termasuk di pusat agama kita iaitu Mekah. Padahal mereka paling memusuhi Islam.

Rajin bekerja dan rajin membaca bukan sifat orang barat sahaja. Dia sifat orang yang berjaya membangunakan dunia. Orang Parsi pernah ada sifat ini dan dia pernah membangun dunia, Orang India pernah ada sifat ini dan dia berjaya membangun dunia, Orang Turki pernah, orang Uzbek pernah dan orang Melayu juga pernah mempunyai sifat ini dan mereka pernah memimpin empayar Nusantara.

Terbuktilah kata-kata Nabi, "siapa yang ingin dunia hendaklah dicari dengan ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dia mencari dengan ilmu, dan siapa yang ingin kedua-duanya maka hendaklah dia mencari dengan ilmu".

Hadith juga mengatakan bahawa, "bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya".

Sedangkan al-Quran pula mengatakan :

Maka katakanlah, "Bekerjalah, maka Allah akan melihat pekerjanmu, dan Rasulnya dan Orang yang mukin".

Oleh itu, binalah bangsa yang rajin bekerja, dan rajin membaca. Gabungan ini akan melahirkan satu bangsa yang hebat dan kuat, kemudian gabungan bangsa yang hebat dan kuat ini digabungkan pula dengan iman dan Islam, maka kita akan lihat satu bangsa baru iaitu bangsa Muslim yang hebat dan akan menerajui Dunia, amin..

Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Hayat.

2 comments:

Shahabudeen Jalil said...

fuhhh.. pening skit baca artikel nie.

Kamal said...

Assalamualaikum Ustaz..apa komen Ustaz kalau ana kata "SEMUA 'ILMU" datang dan hanya "kepunyaan Allah swt" berdasarkan ayat 31-33 Surah al-Baqarah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٣١) قَالُواْ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ (٣٢) قَالَ يَـٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ‌ۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ (٣٣)

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31) Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (32) Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?. (33)

Dan dari Surah Al-'Alaq A 5

عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥

Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(5)

Jadi Allah swt menurunkan 'ilmu kepada Nabi2 dan Rasul bermula dengan Nabi Adam as.

Jadi tak pelik lah sekarang IT dan "Knowledge Economy"...tapi di war-war kan macm benda baru.

Betul lah seruan Ustaz.."Oleh itu, binalah bangsa yang rajin bekerja, dan rajin membaca. Gabungan ini akan melahirkan satu bangsa yang hebat dan kuat, kemudian gabungan bangsa yang hebat dan kuat ini digabungkan pula dengan iman dan Islam, maka kita akan lihat satu bangsa baru iaitu bangsa Muslim yang hebat dan akan menerajui Dunia"

Tapi memang 'ilmu Allah itu ada manusia ingat kerana "cerdik pandai" manusia...maka dikatakanlah Einstein, Newton, hatta Ibn Sina, Al Khawrizmi etc etc itu "bijak"....dan "the consumers of these knowledge" ada yang "action" ingat dia pandai...

Benarlah A 6-7 Surah Al-'Alaq

كَلَّآ إِنَّ

ٱلۡإِنسَـٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ (٦) أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ (٧

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. (6) Dengan sebab dia melihat dirinya serba cukup sempurna. (7)

Ustaz, ana memang rasa "bersalah" kerana ana ingat ana "pandai"...cikgu, lecturer, professor bagi markah tinggi...

Rupa2nya semua itu datang dan kepunyaan Allah swt..

Astagfirullah al adzim...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...