Thursday, February 12, 2009

Diari 29 - Dunia Untuk Akhirat

Hari ini, 11 Febuari, krew TV 3 yang telah membuat appointment dengan saya sejak minggu lepas menghubungi saya.

"Abg Mat, tolong bagi alamat rumah, kita orang terus ke rumah Abg Mat", kata Shadiya yang mengetuai rombongan krew.

Saya menghantar SMS alamat rumah saya. Saya yang baru habis majlis khatam dan anugerah sanad Kitab Sahih Muslim di Yayasan Restu bergegas balik ke rumah. Sebenarnya, konsep baru program al-Hidayah kali ini saya tak tahu. Akhir sekali bersama al-Hidayah ialah hujung 2008.

Krew sampai seperti yang dijanjikan. Kami menunaikan solat zohor berjemaah. "okey, kita buat cepat-cepat lepas tu kita pergi makan ye". Pelawa saya. Saya memang dah faham tugas mereka. Biasanya, kalau mereka buat program kadang-kala makan pun tidak menentu.

Tapi mereka semua suka, kerana di arahkan membuat program agama. "Barulah berbaloi ustaz, pahala pun dapat" kata salah seorang dari mereka. Krew yang membuat program agama ini beruntung sebenarnya. Mereka dapat bertemu dengan ramai ustaz dan ustazah serta orang-orang agama. Mereka boleh bertanya terus persoalan dan mereka dapat membina kenalan dengan ramai orang agama.

Rasullulah pernah bersabda, "barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, akan difahamkan mereka pada agama." Antara cara Allah ingin memberi kefahaman terhadap agama ialah dengan dijinakkan hatinya kepada majlis ilmu dan dirapatkan mereka dengan orang-orang agama. Semoga Allah terus memberi kebaikan dan bimbingan kepada saya dan mereka semua.

Tajuk perbincangan kita hari ini ringkas, tetapi ia penting. Ini kerana, dari pengamatan penerbit, ramai orang yang menonton program ini, dari kalangan orang awam yang baru hendak mengenal Islam. Jadi, program akan membahaskan perkara asas di dalam lingkungan rukun Islam seperti solat, puasa, haji dan zakat.

Hari ini, saya membahaskan mengenai perkara yang berkaitan dengan solat. Alhamdulillah, sekejap sahaja ia dapat disempurnakan. Cuma apa yang menarik di dalam perbincangan solat ini ialah mengenai cara mengetahui arah kiblat dengan berpandukan bintang.

Salah satu kasih sayang Allah ialah, Dia menjadikan salah satu bintang di langit ini arah kepada kiblat. Ketika saya belajar ilmu ini, saya selalu berfikir, adakah ia digunakan di Malaysia sahaja atau di seluruh dunia.

Ketika saya mula mengembara di negara-negara luar dari Malaysia, saya selalu memerhati langit dan melihat kedudukan bintang kiblat ini. Rupanya, di mana-mana pun ia boleh dijadikan panduan. InsyaAllah, kita boleh bincangkannya kemudian nanti atau tunggulah di dalam rancangan al-Hidayah TV 3.

Selain dari itu, banyak perkara di dalam lingkungan ilmu falaq syarie (kajian bintang Islam) yang berkaitan dengan solat jarang dibincangkan. Ia seperti pertembungan kaedah melihat langit dan penggunaan jam di dalam menentukan waktu sembahyang.

Saya berpendapat, antara ilmu yang perlu disusun dan dipermudahkan pembelajarannya ialah ilmu falaq syarie (ilmu kajian bintang Islam). Ia di antara ilmu teknikal dan praktikal yang berguna. Setelah kejatuhan empayar ilmuan Islam, banyak disiplin ilmu yang disambung oleh orang barat. Ini menyebabkan ramai orang mengagungkan barat sedangkan banyak ilmu terknikal dan praktikal ini berasal dari ilmuan Islam.

Kita selalu mendengar sistem pengajian pondok dan madrasah di Malaysia. Ia hebat di dalam mempertahankan ilmu-ilmu keagamaan. Cuma beza sistem pondok di zaman kegemilangan Islam, ia juga menjadi tempat kajian sains semasa. Akhirnya, sains tidak dipisahkan dengan agama. InsyaAllah, kita cuba fikirkan bersama.

Semoga, Universiti Wakaf yang cuba diusahakan dapat disusun dengan pendekatan ulama silam, ulama yang disepadukan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Sesungguhnya, ilmu dunia membina tamadun, dengan tamadun lebih banyak kebaikan dapat dibuat, ilmu akhirat untuk memastikan amalan tersebut selaras dengan syarak agar perpindahan pahala ke akhirat tidak tersangkut di dunia.

Rakaman al-Hidayah yang dibuat di rumah saya
Ia membahaskan mengenai perkara asas di dalam Islam
Antara yang menarik ialah perbincangan mengenai mengetahui arah kiblat melalui bintang
Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.

3 comments:

Shahabudeen Jalil said...

mana sanad ustaz blaja pasal bintang nie ? mesti ada guru, mesti ada sumber.

Takkan la tau benda nie dari mimpi. Jadi kena la bagitau, kami nak check kesahihan pun mudah.

Setakat yang saya cari, mmg belum jumpa hal berkaitan dgn hal ini.

Lagipun setahu saya, bintang berbeza di negara yg berbeza.

abi khan said...

apa masaalah ko sebenarnya, shahabudeen jalil?
"Lagipun setahu saya, bintang berbeza di negara yg berbeza."- Sah ko tak dengar cik gu ngajar sains kat sek rendah. Anak aku UPSR dulu pun tau kedudukan bintang2 sama. Pernah dengar North Star tak? Bukan jenama kasut la bodoh!

Shahabudeen Jalil said...

hahahha.. bodohnya ko abi khan

ko tak pernah ke luar negara ke ??

kalau ko pernah ke luar negara.. ko pasti tahu. bodoh.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...