Friday, February 13, 2009

Diari 30 - Walau Ke Negeri China..

Alhamdulillah, pada hari ini 13 Febuari 2009, saya selamat berada di Guang Zhou China. Saya ke sini kerana beberapa urusan yang ada. Saya bertolak pada petang semalam jam 4.00 petang dengan menaiki Air Asia. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Guang Zhou memakan masa selama 3 jam 50 minit. Ia seakan-akan kita pergi ke Pakistan.

Jam di sini tidak ada beza dengan di Malaysia. Waktu sembahyangnya juga tidak jauh berbeza. Dari segi budaya, kita juga tidak terkejut. Ini kerana perwatakan mereka hampir sama dengan masyarakat China di Malaysia.

Saya duduk tidak jauh dari Masjid Hua Shing, masjid tertua di China. Perhubungan Arab dengan China telah wujud ribuan tahun dahulu. Rombongan dakwah pertama yang sampai ke sini adalah pada zaman Saidina Uthman lagi.

Terdapat makam rombongan seorang sahabat dan tabiin di Guang Zhou ini. Mereka dipimpin oleh Abi Waqqas. Ramai orang berpendapat Abi Waqqas ini adalah Saad bin Abi Waqqas. Walaubagaimana pun, di dalam kitab Muwatta, Imam Malik mengatakan bahawa Saad bin Abi Waqqas meninggal di Madinah dan di makamkan di sana.

Walau siapapun Abi Waqqas ini, beliau seorang yang sangat berjasa di dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiyyah di bumi China ini.

Semoga kita mencontoi sifat sahabat. Ke mana mereka pergi, apa juga tujuannya, sama ada berniaga atau merantau, Islam tetap mereka kembangkan.

InsyaAllah, kita akan kongsikan lagi pengalaman di sini.

6 comments:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Mana gambar di China? Jangan lupa bawak balik mamat China Muslim satu untuk saya:)

Anis Hartini Haron said...

yer la... Inai pun nak sorang mamat Cina muslim yg tak sepet sgt yer...

Unknown said...

ayoyo.. ini macom sapa mo kawin sama saya.

Ibnu Hasyim said...

Ya ustaz!

Ingat tak, kita pernah berbincang fasal 'Jom Kahwin Ramai-ramai Di China'. Bukan Muslimin saja, Muslimat pun boleh juga..

Sambutlah harapan kawan-kawan kita ni!!!

Sila lihat blog saya, Jom Kahwin Ramai-ramai Di China..

Hunny said...

Salam semua,

Kelakar la plak baca komen orang lain. Saya sajer jer melawak dengan ustaz amin pasal bawak mamat cina muslim tu.. tak sangka ramai plak yang respond, baik punyerrr... hehehe.. Tapi kalau dah jodoh, apa nak buek, sepet pun sepetlah! hahaha..

To Ibn Hasyim, baca komen saya dalam entri "jom ramai2 kawin di China"..

Ibnu Hasyim said...

Saya dah jawab balik dalam entri tersebut. Sila lihat.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...