Friday, February 27, 2009

Diari 34 - Program Tanyalah Ustaz Di TV 9

InsyaAllah, pada esok 28 Febuari dan 1 Mac 09, saya akan bersama para penonton di TV 9 di dalam program "Tanyalah Ustaz". Tajuk perbincangan kita ialah "zuriat".

Kita boleh menghubungi tv9 untuk bertanya soalan di talian 03-77268114 atau e-mailkan di

tanyalahustaz@tv9.com.my

Dengan telifon lebih baik, sebab e-mail kadang-kadang terlalu banyak, takut tak sempat.

Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.

24 comments:

Hunny said...

Salam ustaz,

Moga berjaya..Hidup bocah Jowo!

nuraini abd rahim said...

assalamualaikum ustaz,
saya nak tanya satu soalan.saya ada kawan yang sedang bercouple.dia dan b.f nya selalu study bersama.mereka kt da prancangan nk berkahwin.tp mereka baru berumur 19 tahun.tp rasanya perancangan mereka itu akan terlaksana selepas habis universiti.saya takut lebih bnyk maksiat berlaku sementara tujuan mereka tercapai.kawan saya ni dianugerahkan suara yang lembut dan saya risau ini ikan menaikkan nafsu b.f dia.adakah saya harus membiarkan mereka memandangkan mereka ada prancangan untuk berkahwin atau apakah cara terbaik untuk menasihatinya.satu lg cam na klau dikata kau x pe r bleh ckap x bercouple kau x pernah bercouple.lg pun majoriti remaja bercoupie hingga mereka mnganggap bercouple satu lumrah hidup remaja.sy pun kdg2 tkut untuk menasihati kwn2 yg bercouple sbb x tau ap akn tjadi d masa dpan(kt plak terjerumus ke lembah ksiat ni).

Azri said...

Salam Ustaz

Program ustaz tadi tergendala.

Ana ada cadangan. Shoubox tu tak sesuai untuk tanya soaalan. Ana cadangkan ustaz suruh lah IT expert ustaz buatkan satu database / forum base-yang a thread - ada topik, soalan nya, siapa tanya, jawapan etc. Misalan soalan nuraini ni rasa nya dah ramai sangat tanya. tak kan ustaz nak ulang. jadi topik nya Berdating, keyword boyfrend, couple etc . Pengunjung boleh search topic yang sama. Shoubox tu tak boleh tulis panjang . Ustaz mungkin silap hasrat si penaya. boleh lah ustaz tanya balik dlm thread yang sama.

Ana juga ada cadangan untuk Ijabah ni. Kalau ikut website nya Ijabah ni formally registered. Makna nya ada lah political connections disana . Kenapa tak buat satu trustee untuk collect dana. Macam MAKNA. Collection ni outsource. Ada company yang uruskan. Kita pangill amil. adalah upah mereka. Contribution banyak dari potongan automatik kad kredit, gaji, bank sebgainya. Potong 10, 20 ringgit sebulan tak terasa. Sumbangan pun boleh lepas income tax. Kerja trustee cari amil yang amanah.

Nak buat apa pun mesti ada fulus. Ana pandai cakap je. Sesiapa yang ada experience kontak lah ustaz untuk memeperkasa kan Ijabah. MAKNA belanja 9 juta tahun lepas untuk pesakit kanser. Ana rasa org malaysia ni ramai hati mulia. cuma tak yakin takut kena songlap. jadi buat lah secara open. ustaz pun selau kelaur Tv boleh kempen juga . Marketing tu penting.

Pada nuraini = ana bukan ustaz lah. tapi dah jelas kalau berduaan yang ke3 syaitan. haram. kawan tu bukan tanggung jawab nuraini tapi berpesan pesan lah dengan sabar . bukan nuraini yang bagi hidayah. Allah jua,
Allahuaklam

nananini said...

Salam Ustaz Amin,

Saya ada seorang adik ipar yang telah murtad dan memeluk agama kristian.

Beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama kristian disebabkan oleh alasan seperti berikut:
- teman wanitanya sekarang yg beragama kristian dan berbangsa cina
- masalah keluarga
- tiada sepahaman dalam banyak perkara
- masalah kewangan

Soalan saya sekeluarga:

1) Apakah kita masih lagi boleh berhubung dengan beliau atau patut memutuskan hubungan terus? Setakat ini, beliau masih mahu menghubungi kami, tetapi kami mengambil keputusan untuk tidak melayannya. Apakah hukumnya sekiranya kami masih berhubung dengannya, adakah kami dianggap bersubahat dan berdosa?

2) Ini adalah kali ketiga beliau memeluk agama kristian. Sebelum ini beliau telah memeluk Islam kembali. Oleh kerana ini adalah kali yg ketiga beliau memeluk Kristian, sekiranya dia bertaubat balik, adakan taubatnya akan diterima Allah s.w.t? Atau pun ada limit kepada taubat setelah murtad?

3) Berbagai usaha telah kami lakukan untuk memujuk beliau untuk tidak menukar agama, tetapi beliau masih berdegil juga. Apakah tanggungjawab kami sekarang sebagai ahli keluarganya, adakah kami turut menanggung dosa atas perbuatannya walaupun sudah banyak usaha kami lakukan untuk memujuknya.

Jasa baik ustaz adalah amat kami hargai untuk menjawab kemusykilan kami ini.

Wassalam,

Feiruz
Selangor

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz!
di sini saya ingin menanyakan satu hal yang selalu bermain di fikiran saya. islam melarang umatnya membenci sesama manusia tidak kira agama atau kaumnya, kan? bagaimana dengan kaum yahudi? sebab ramai di antara kita yg selalu mengaitkan yahudi dengan kejahatan. yang jahat sebenarnya adalah zionism. ideologinya. sebab bg saya, tidak semua yahudi itu jahat dan tidak semua yahudi itu baik. semacam juga tidak semua melayu itu islam dan ada juga bukan. adakah dalil-dalil atau ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh umat islam membunuh/prejudis terhadap kaum yahudi? apa pendapat ustaz? harap ustaz dapat menerangkan lebih lanjut akan hal ini dan saya boleh memperbetulkan diri saya sendiri dan mereka-mereka diluar sana.
kalau boleh, harap ustaz dapat membalas pertanyaan saya ini ke corerockmoon@yahoo.com

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,
Baru-baru ini bapa saya telah meninggal dunia dan kami sekeluarga ada menerima sejumlah wang dari kawan-kawan pejabat kakak saya yang beragama islam dan lain-lain. Soalan saya bagaimanakah cara terbaik untuk kami gunakan duit itu memandangkan duit itu telah bercampur aduk dari orang muslim dan bukan muslim. stk.

Mawar BBS said...

Salam Ustaz,
Anak jiran saya berminat dengan kuda. Ketika ini, sumber pendapatannya ialah membela/menjaga kuda bagi tuanpunya yang meletakkan kuda-kuda di turf club. Kuda-kuda ini akan digunakan untuk pertandingan esquestarian & ada juga untuk pertandingan lumba kuda (race horse) bagi tujuan judi. Mohon pandangan ustaz.

avicenna said...

assalamualikum uataz..
saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada ustaz,apakah hukumnya jika seorang isteri tidak menjalankan tanggungjawab terhadap suaminya dengan alasan suminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa serta beliau juga tidak menunaikan semua tuntutan islam seperti puasa,zakat fitrah dan sembahyang?? bagaimana pula segala amalan yang telah kita lakukan?adakah ianya diterima atau hanya sia-sia sahaja? anak beliau juga tidak menghiraukan bapa mereka kerana sakit hati dan marah terhadap perbuatan bapa mereka kepada ibu mereka.apakah langkah yang harus saya ambil?ibu saya tidak ada hati lagi terhadap ibu saya dan ingin bercerai denganya tetapi ayah saya tidak ingin melepaskanya.(saya wakil kepada ibu saya)

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,
saya minta nasihat dari ustaz tentang kehidupan saya seorang balu bersama 5 orang anak. seorang daripadanya cacat. saya bekerja mencari nafkah untuk 3 orang anak saya yang masih belajar. kehidupan saya bersama anak-anak semenjak suami saya meninggal 10 tahun lalu, sentiasa mendapat ujian silih berganti. selepas arwah meninggal, anak sakit-sembuh. anak lain pula sakit-sembuh. adakah perlu saya perlu mencari pengganti. arwah pernah berpesan sebelum meninggal tetapi hati saya belum terbuka lagi kerana saya teringat perkataan arwah yang pertama, "siapa jaga anak saya", masa itu arwah bertanya di hadapan bapanya adik beradiknya kawan-kawan arwah dan saya. semua orang terdiam kecuali saya menjawab sambil memangku anak kecil saya dan memegang tangan arwah saya berkata "saya akan jaga anak kita, abang". sepanjang perjalanan hidup ada juga lelaki yang cuba mendekati saya tetapi saya rasa mual/tidak suka. sehingga saya dilabelkan seorang perempuan yg sombong. selama ini saya berdikari dan menangis sambil itu redha dengan ketentuan Allah. ustaz, tolonglah nasihat saya. jiran-jiran saya pernah berkata cuba kakak boleh menerima lelaki lain sebagai pengganti. bila saya mendengar perkataan itu saya rasa meloya. ingatan saya tidak pernah lupa wasiat arwah, saya sedih bila mengingati "siapa jaga anak aku" sebanyak 3 kali sebelum menghembus nafas yang terakhir. hanya saya sahaja menjawab sedangkan bapa dan adik-beradiknya diam di waktu itu.

Anonymous said...

ASSALAMULAIKUM USTAZ.saya nak tanya ustaz beberapa prkara.suami sy telah mndapat duit EPF yg mana beliau melengah2 kan untuk membayar zakat.apakah hukum nya ustaz?
soalan seterusnya,anak saya berumur 25 thun,dah hmpr 10 tahun dia tadak mahu sembahyang.puas saya bedoa agar lembutkan hati dia untuk ber solat tetapi tak ada ape2 perubahan.apa yg harus saya lakukan selain drpd berdoa?

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t
Ustaz, di sini ingin saya kemukakan beberapa soalan:
1) Mengapa pembacaan al-mathurat dijadikan amalan setiap hari selepas solat subuh & asar?saya lebih suka mbaca al-qur’an tp sy lihat ramai rakan yg selalu mbaca al-mathurat.mungkin ustaz boleh jelaskan fadhilatnya supaya saya juga rajin mngamalkannya.juga, mngapa ditulis agar setiap bacaan dalam al-mathurat diulang shingga 3kali?
2) Benarkah prmpuan yg sedang uzur boleh mbaca surah-surah yg biasa dia amalkan seperti al-mulk, al-waqiah, dan al-kahfi? Atau adakah lebih baik mengelak kerana kita berada dalam keadaan tidak suci?
3) Setelah seorang musafir tiba ke destinasi & berada di sana tidak melebihi 3hari,yg manakah afdhal- solat fardhu sprti biasa krn merasakan itu bukanlah suatu bebanan ATAU jama’& qasar? Ada yg mengatakn seolah-olah kita tidak mghargai kemudahan yg Allah berikan jika tidak mnggunakan rukhsah jama’& qasar.
Mohon penerangan drpd ustaz. Syukran wassalam.

arshad said...

Salam ustaz,
Saya ingin tanya satu soalan.ada seorang ibu ini dia seorang yang baik dan juga anak-anknya.tetapi pada suatu hari,ayahnya ingin berkahwin lagi tanpa pengatahuan malah menghasut anak-anaknya ke arah kemungkaran.sekarang ini saya ingin tanya adakah sikap ini berdosa atau tidak?

Anonymous said...

salam...
saya pernah m`dgr ustaz m`bacakn satu doa tntg anak yg degil boleh m`dgr kata2 ibunya(sebahagian drpdnya SAMI`AN sbnyk 7 kali yg terdapat dalam surah yg dikenali Surah AL-Ihsan).Boleh x ustaz berikan maklumat mengenai Surah tersebut kerana sy tdk sempat untk menyalinnya.

Anonymous said...

MANE SATU YG BETUL??

keliru terhadap adab salam terdapat byk pendapat mengenai salam di blog/facebook



artikel mengenai salam FACEBOOK studio.muslim:
http://www.facebook.com/studio.mukmin



artikel mengenai salam di blog:pendapat yg berbeza

http://edcharmd-iatic.blogspot.com/2009/02/perkataan-salam.html



perselisihan pndpt yg hangat mengenai salam di blog:

http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/cara-betul-memberi-salam.html#more-1476

Mek nono said...

assalamualaikum ustaz, saya nak tanya satu soalan berkaitan dengan hukum.. apakah hukum bercakap melalui telefon antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim ? terima kasih.

Cik Fie said...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..USTAZ..SAYA NAK TANYA BUAT DUIT DI IKLAN CHURPCHURP HARAM KE HALAL ??
HARAP USTAZ JAWAB . TERIMA KASIH .

Unknown said...

assalamualaikum...ustaz...saya nak tahu apa hukum kalau seorang isteri asyik layan facebook hinggakan kerja rumah terabai dan tak terurus....walaupun dah ditegur oleh suaminya...

Anonymous said...

salam ustad, sy ada 2 soalan:
soalan 1, apakah hukum orang islam mengambil upah membersihkan di sekitar jerat cina? adakah upah ysng diterima itu haram atau halal?

soalan 2, adakah bulu kucing yang melekat pada pakaian sembahyang/ sejadah adalah haram dan perlu dicuci sehingga tiada sehelai pun bulu kucing tersebut?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz..

Saya ada 2 soalan berkaitan dengan najis mughollazoh iaitu anjing.

Soalan 1, mula2 saya yakin yang seluar saya tidak kena dengan kulit anjing kerana tiada rasa sentuhan walaupun anjing itu berada rapat dengan saya. Jadi saya tidak melakukan samak. Tiba2 saya rasa was2. Jadi wajib ke saya melakukan samak???

Soalan 2, kalau saya wajib untuk samak, saya wajib samak seluar yang saya guna masa itu sahaja atau semua baju & peralatan yang pernah bersentuh dengan seluar itu ketika dicuci di dalam mesin basuh??

Harap ustaz dapat tolong kerana saya betul2 takut kesemua amalan saya selepas kejadian itu tidak sah lagi2 x lama lagi bermulanya bulan Ramadhan.

dil said...

Salam ustaz,
saya ingin bertanya. apakah hukum dan adakah pihak bewajib mengawal bahan recycle iaitu mengenai tin aluminium ( yang haram ) dicampurkan sekali semasa process melebur?

Unknown said...

Assalamu'alaikum ustaz ,sy ad persoalan tentang hukum antara sy dan ayah saudara sy.situasinya ayah sy berkahwin dengan ibu saudara sy iaitu adik kepada ayah sy, jd adakah ayah saudara merupakan mahram kepada sy?

Leman said...
This comment has been removed by the author.
Leman said...

Assalamualaikum, ustaz.
saya ada satu kemusykilan. saya nak tanya, jika saya mendapat duit epf sebanyak 100 ribu sekali gus, apakah saya perlu membayar zakat daripada duit itu? jika perlu, berapa peratuskah?
terima kasih ustaz.

PERSATUAN KEBAJIKAN INSANIAH NEGERI JOHOR said...

wujud lagi ker laman ni cm x de rspond je..... tolong jawab?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...