Sunday, November 1, 2009

Diari 124 – Dua Juta Amy Search?

31 Oktober 09, Jam 4.00 petang, setelah menguruskan jenazah Allahyarham Nasharuddin, pesakit HIV kita di Hospital Sungai Buloh, saya terus ke Low Yat Plaza untuk membelikan computer bagi kegunaan rumah HIV Darul Ukhwah.

Dalam urusan computer ini, biasanya saya akan mengajak Abang Wan, kerana memang bidangnya.

“Lama tak jumpa Ustaz, sejak balik dari Iran hari tu” kata Abang Wan.

“Mmm, memang sibuk sikitlah Abang Wan” kata saya.

Kami melangkah dari satu kedai ke satu kedai untuk memilih computer yang agak sesuai.

“Ok, lagi sejam siap” kata pekerja kedai computer di tingkat dua Low Yat Plaza.

Saya mengajak yang bersama saya petang ini makan kerana saya belum makan tengah hari lagi.

Ketika makan, Abang Wan bertanya saya:-

“Ustaz betul ke Ijabah dapat dua juta” Tanya Abang Wan pada saya.

“Haaa, sapa cakap ni? setakat ni dah berapa orang dah tanya saya pasal ni” saya menerangkan

“Minggu lepas beberapa kakak-kakak dari Shah Alam bertanya perkara yang sama, dia orang kata Amy Search bagi” saya menambah.

“A ah, saya pun dengar macam tu, ada orang tanya betul ke? saya tak tahu nak jawab macam mana” kata Abang Wan.

“Kalau dah ramai orang tanya, saya kena tulis juga di blog ni” kata saya.

“A ah, ustaz, kena tulis tu, sebab ramai yang tanya" kata Abang Wan lagi.

Saya tak tahu dari mana asal cerita ini, tapi saya ingin mengesahkan bahawa Abang Amy Search tak ada pun berjumpa dengan saya dan mana-mana pemegang amanah yang lain berbicara mengenai Ijabah.

Barangkali dia ada bagi pada orang lain, tapi mungkin dia tak beritahu pertubuhan mana satu, menyebabkan ada desas desus, mengatakan bahawa dia memberinya pada Ijabah.

Dan memang pendekatan yang kita buat selama ini, kita tidak akan bercerita mudah-mudah mengenai al-Ijabah melainkan jika orang yang kita temui, terlebih dahulu yang bertanya.

Saya tak mahu membawa stigma “asal ustaz aje derma, asal derma aje ustaz”

Kita tak membawa pendekatan “rayuan derma” tapi kita membawa pendekatan “mari bersama-sama”.

Mari bersama memberi maksud, kita telah mulakan semampu yang dapat, jika, mari sambung sama-sama, percaya, mari sama-sama, kalau ragu, berikan pada tempat lain, yang penting, amalan itu dibuat.

Semoga, Allah memberi saya dan pembaca sekelian kemampuan membuat amal jariah, dan jika Allah rezkikan demikian, kita pohon agar Allah juga merezkikan kita keikhlasan di dalam amalan kita. Semoga, sedikit usaha yang dibuat mendatangkan keredhaan Allah, amin….

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 November 09 jam 9.20 pagi

1 comment:

Hunny said...

kalau ijabah dapat dua juta, mestilah tak ada masalah bas rosak... bas paling canggih pun ijabah boleh beli...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...