Sunday, November 1, 2009

Diari 122 – Kursus Sifat Solat Nabi Menurut Mazhab Imam as-Syafie

Sudah hampir setahun saya tidak menganjurkan mana-mana kursus di bawah ALC Arabic Language & Consultancy. Ini kerana, pada tahun ini, sejak Januari lagi, saya banyak terlibat dengan program ke luar Negara.

Hari ini, 31 Oktober 09 jam 9.30 pagi, saya memenuhi undangan kursus “Sifat Solat Nabi, Menurut Mazhab Imam as-Syafie” di SIRIM Shah Alam.

Kursus ini lahir sejak tahun 2004. Ketika itu, ramai ustaz-ustaz kita yang membuat kursus “Sifat Solat Nabi”. Apabila kursus sebegini dijalankan, rupanya, banyak perkara yang lagi mengelirukan kerana perbahasan yang dihadapi oleh orang awam merupakan perbahasan yang kecil sedangkan yang dibawa oleh penceramah adalah perbezaan pendapat dari perbagai Mazhab.

Maka, pada ketika itu, ramai yang meminta saya menyusun kursus ini. Maka lahirlah kursus “Sifat Solat Nabi menurut Mazhab Imam as-Syafie” ini.

Kursus Sifat Solat Nabi menurut Mazhab Imam as-Syafie ini telah mendapat laluan dan sokongan oleh Mufti Johor untuk dianjurkan di seluruh negeri Johor. Di Selangor, dan Kuala Lumpur, kita telah banyak menganjurkannya hingga menjadi salah satu program tahunan bagi Pusat Asasi Universiti Malaya.

“Hari ini, umur kita telah meningkat, tapi kadang-kala, ilmu sembahyang kita adalah ilmu zaman kita sekolah rendah dulu” Pengerusi Majlis memulakan program.

Di SIRIM hari, ini ramai juga yang hadir sama ada dari warga SIRIM mahupun orang luar.

Saya tidak keseorangan hari ini di dalam pembentangan. Oleh kerana di SIRIM ini ramai wanita, maka program ini disempurakan dengan pembentangan permasalahan Solat bagi Wanita menurut Mazhab Imam as-Syafie bermula dengan haid, kepada persoalan dalaman yang memang sepatutnya seorang ustazah yang membentangkan.

Alhamdulillah, sebelum zohor, semua persoalan dapat jawab.

Semoga kursus ini memberi kebaikan untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki solatnya, amin..

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 November 09 jam 8.00 pagi

IMG_0019

Pengerusi Majlis membuka Majlis

IMG_9960

IMG_9973

Kurus ini membincangkan secara praktikal solat

IMG_9974

IMG_9975

Antara yang menghadiri

IMG_9999

Ia disempurakan oleh Ustaz Asmak Husin yang membicarakan persoalan solat wanita menurut Mazhab Imam as-Syafie

2 comments:

Ruslan Mamat said...

Salam....,
Saya keliru, apakah kita wajib solat ikut mazhab Shafi'e atau solat berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. Bukankah Imam Shfi'e ada mengatakan, jika kamu menemui hadis yg lebih shahih (bagus) dari apa yg aku ada, maka ambillah hadis tersebut dan tinggalkan pandangan aku!

Klau dulu, kita tiada kemudahan utk mendapatkan kitab-kitab hadis. Maka kita dikehendaki bertaqlik dgn mazhab. Akan tetapi di zaman yg serba canggih ini, kita boleh mendapatkan kitab2 hadis dgn mudah dan langsug boleh merujuk kepada kitab2 hadis.

Bukankah ada sebuah hadis Rasulullah SAW yg antara lain bermaksud: jika kamu berselisih pendapat, maka hendaklah kamu merujuk kepada Qur'an dan sunnahku agar kamu tidak tersesat. Bukankah panduan kita yg besar ialah Qur'an. Selepas Qur'an kita mencari hadis. Kalau tak jumpa dalam kitab hadis, barulah kita merujuk kpd Imam yg muktabar spt Imam Shafi'e, Maliki, Hanafi atau Hanbali atau disebut ijma' ulama'.

Saya jadi benar-benar keliru dengan pandangan yg mengatakan, kita wajib ikut mazhab. Seolah-olah berdosa kalau kita tak merujuk kepada mazhab.

Wallah.....harap dapat penjelasan yg baik dan wajar berlandaskan ilmu yg dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Wassalam.....

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

Assalamualaikum...

Memang benar kata saudara Ruslan mamat bahawa nak cari sesuatu perkara berkaitan agama perlu cari dahulu dari Quran & Hadis...

Tapi secara praktikal untuk memahami al-quran dan hadis tu tidak semudah memahami dan membaca novel atau surat khabar..

Ini persoalan kemampuan.. Memahami solat melalui pendekatan mazhab syafie bukan bermaksud kita menolak al-quran dan as-sunnah.. Ini kerana Apa yang di bawa oleh iamm syafie dalam bab solat di dasari oleh kefahaman beliau terhadap al-quran dan sunnah nabi SAW..

Kalau En Ruslan mamat boleh faham al-quran dan hadis macam mana ulamak faham.. sila lah rujuk terus kepada al-quran dan sunnah..

Tapi kalau sebaliknya eloklah ikut sahaja ulamak yang sudah siap berijtihad dan ijtihad mereka itu bukan ijtihad ikut akal mereka semata2 bahkan ia bersumberkan al-quran dan hadis ...

wallahuaalam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...