Thursday, November 12, 2009

Persoalan Pada Jawapan 80

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Guest ustaz, apa itu maksud nazar? Adakah bila seseorang itu berniat :jika aku dapat kerja ni aku nak beli barang ni dkt dia sbg tima kasih. adakah ia nazar 2009-10-30 2:17 PM


Nazar ialah satu janji untuk menunaikan sesuatu dengan di lafazkan di lisan


Guest ustaz, adakah perempuan haid bleh mengambil wuduk? kenapa yea? 2009-10-30 2:13 PM

boleh

Guest kalu ibu menjadi imam sembahyang anak perempuan sebelah mana kah anak itu akan ikut sebelah kiri atau kanan 2009-10-30 1:50 PM

Kiri

Guest Assalamualaikum.Saya bermimpi mendirikan solat berjemaah dgn ustaz dlm satu saf yg panjang,dlm gelap dan ada cahaya2 dari jauh.pandangan ustaz? bukan sy dan ustaz sj.sy disebelah kiri ustaz.disebelah kanan ade ramai lg jemaah laen.pjg saf yg tidak berpenghujung. 2009-10-30 9:28 PM

Jaga solat, jangan cuaikan

zaidatul Salam Ustaz.. Apakah hukumnya jika solat duduk diatas kerusi dgn alasan bdn besar dan sakit kaki ketika tahiyat, ddk antara 2 sjd dan tkt tdk kusyuk. 2009-10-30 7:21 PM

Jika sakit boleh, Cuma ketika berdiri, kena berdiri

abdullah ustaz ada tak ayat2 qoran utk bungkam mulut org yg suka cacimaki..cakap kotor 2009-10-30 5:06 PM

Dia maki kita untuk membuatkan kita lebih mulia, sabarlah…

azmin hati sya slalu bedebar2.malas ngaji dan slalu ponteng solat.apakah penawarnya ustaz. 2009-10-30 5:04 PM

Cari guru yang tegas dan garang

jali boleh tak d gunakan surau utk pengundian pilih ketua cawangan umno? 2009-10-30 5:02 PM

Surau dijadikan tempat untuk beribadah

guest73 ustaz.berapakah nilai wang simpanan yg kita ada bru kena zakat skg? 2009-10-30 5:00 PM

5000

atho ustaz.klau kita jumpa tlur itek kat bendang yg x tau sapa punya itek.boleh tak kita amik krn tkut mbazir 2009-10-30 4:58 PM

boleh tapi kena isytiharkan dahulu

lan drebar ambulan. ustaz sya ni lemah semangat ckit.ada tak ayat utk penguat semangat dan jd berani ckit.t/kasih 2009-10-30 4:57 PM

baca ayat 21-24 Surah al-Hasr

mie kkrp assalamualaikum ustaz.ana nk tnya psal kambing utk nazar.boleh tak yg blum ckup umur dismbelih utk tunai nazar.shukran. 2009-10-30 4:54 PM

nazar tak kisah, ikut niat nazar

Guest adakah mmberi mudarat sekiranya kita memasak sirap yg gulanya direnangi oleh semut? perlukah dibuang satu jag air itu..?? 2009-10-31 6:15 AM

Tak perlu, buang semut sahaja

Guest ayam yg km beli kat tesco kb terasa lain macam berminyak dan berlengas adakah atu tanda tak halal 2009-10-31 3:30 AM

Wallahualam

Guest manakah lbh utama kami blm kemekah duit dah ada tp nk buat rmh sbb msh dok rumah sewa lg2009-10-31 3:06 AM

Jika rumah itu keperluan, dulukan rumah kerana ia sebahagian dari nafkah.

Guest masa nak tido dah baca 3 qul ayat kursi subhanallah dll tp mengigau diganggu sytan cba lwn dgn ayat suci tp tk berjaya komen ustaz 2009-10-31 3:01 AM

Tingkatkan tauhid, ayat itu perlu dibaca dengan rasa membesarkan Allah

Guest saya dah amati makna surah alinsaan sangat terkesan dihati betapa agungnya mu ya alllah Guest komen ustaz pasal surah al insaan 2009-10-31 2:53 AM

Bagus..

Mat Moto Slm ustz..ustz tau tak mana2 kedai moto yg jual moto secara utang,tapi ikut cara islam la..sy nk bli moto baru ni,nk bli cash tak mampu.. 2009-10-31 12:58 AM

tak

nurul aisyah ustaz boleh ke saya berbuat baik kepada kawan saya . 2009-10-31 8:27 AM

boleh

asma ustaz kalau lah sya lulus periksa itu saya sungguh gembira dan syukur kepada ALLAH. 2009-10-31 8:20 AM

alhamdulillah

hati hati saya suka marah, hati saya suka sedih ,hati saya suka makan , hati saya suka senyum 2009-10-31 8:10 AM

hati-hati dengan hati macam ni

izah ustaz..saya mintak izin untuk copy ustaz nye isi penting program "anda bijak jauhi zian"2009-10-31 8:53 AM

silakan

Rx17 boleh kah kit bsolat sunat seblum sedangkan qada masih belum bbyar 2009-11-01 5:54 AM

boleh

alamfana ustaz bag panduan bt muslimah cara bepakian mengikut syariat Islam 2009-11-01 5:49 AM

menutup aurat dan tidak ketat, tanpa wangian yang memberangsangkan

grentiz ustaz kenapa adat besanding subur semula..dulu ramai wanita yg bedudung enggan besanding. ttp kini anak mereka disandingkan pula... . 2009-11-01 5:47 AM

dakwah kena kuat macam dulu…

hr USTAZ BOLEH KAH B'COULE? I MEAN CARA YANG BUKAN ZINA 2009-10-31 12:01 PM

hindarkan

student ukm salam ustaz, sy nak tanya kenapa yer surah Al-Taubah tidak dimulakan dengn Basmallah? Syukran Ustaz.. 2009-10-31 11:50 AM

untuk penegasan

Guest Perlu ke qada/fidyah puasa atau qada sbyg yg sengaja ditinggalkan, bukan atas sebab2 keuzuran.2009-11-02 4:11 AM

Perlu

Guest apa maksud mimpi tiap2 kita bermimpi kita kena marah? apa patut kita buat? 2009-11-01 2:18 PM

Ada perkara salah yang kita buat

anita adakah perlu kita qada sembahyang selepas kita bertayammum 2009-11-01 1:24 PM

tak perlu

Citratus Ingin kepastian...aurat antara wanita islam dan wanita bukan islam. Sbb pusat rawatan wanita banyak dimiliki oleh orang bukan islam. 2009-11-02 2:50 PM

Orang kafir aurat macam orang bukan mahram, Cuma kalau tak ada pilihan, diringankan

Citratus Adakah saya musafir bila balik ke rumah sendiri pada hujung minggu. Hari lain duduk rumah sewa sbb tempat kerja jauh. lebih 2 marhalah. 2009-11-02 2:49 PM

Tidak

Guest salam ustaz mana lebih baik , mengikut suami berjamaah dimesjid atau surau atau seorang isteri tu solat dirumah untuk memastikan anak2 semua bersolat 2009-11-02 12:43 PM

Di rumah dan pastikan anak solat

zura slm..benarkah kena gandakan puasa kita jika kita puasa qada tapi kita telah berbuka tanpa alasan yg munasabah. 2009-11-02 11:37 AM

tidak

Hasya Nida' Diyanah salam ustaz, niat hati nak kawin tp dari segi kewangan masih x mampu..tekut terjerat dgn kancah maksiat wat loan kt bank untuk kawin.. dari segi mcm 2 boleh ke ustaz? lafaz akadnye "tunai" atau " hutang"? sbb de kawan2 yg berkata x mengapa de jugak kata was2..mcm ner ye ustaz 2009-11-02 7:42 AM

Lafaz nikah adalah tunai, yang hutang itu lafaz dengan bank

Guest salam ustaz..saya bercadang nak menyimpan wang dalam akaun 'fixed deposit' CIMB Islamic..apa hukumnya??..ada org kata haram.... 2009-11-03 6:47 AM


Yang Islamic, boleh

muslimah Djemput Ke Penjelsn Tergempr KES DR. ASRI di Masjid Al-Huda Seksyen 19 Shah Alam,Slgr. jam 3 ptg ini 3HB Nov 09.semua dijemput hdir jika brminat2009-11-03 4:40 AM

alwie sala ustaz, boleh tak saya memegang dan membaca al quran terjemahan tanpa wudhuk? t.kasih 2009-11-03 2:23 AM

boleh

nor saya masih samar2 tentang brg rampasan..bagaimana jika brg rampasan itu ialah mercun dan rokok? bolah diambil atau diniagakan.. 2009-11-03 1:27 AM

Zat itu pun dah makruh, perniagakan barang makruh adalah makruh dan perniagakan barang haram adalah haram.

naktau apakah kelebihan ziarah kubur bagi wanita 2009-11-03 12:49 AM

dapat pahala sebab ingat mati

Guest salam ustaz, bagaimana hendak cepatkan jodoh...sudah penat berdoa...kdg2 terasa mcm saya dilahirkan tanpa jodoh 2009-11-03 7:14 PM

Teruskan doa dan bersabar..

Saya.Ingin.Tahu salam. ustaz..kalo kita terpijak najis cicak or tikus yg dh kering, batal x wuduk kita? najis cicak ni kecil..kadang2 xperasan bila terpijak.. 2009-11-03 3:47 PM


Wudhuk tak batal

zai salam ust.suami sy bru mnjadi ahli sbuah kelab dikenali friends club tanpa pengetahuan saya dan sy sendiri tidak setuju penyertaannya itu krn sy bimba ianya haram krn ianya serupa MLM sy sgt kecewa suami sy turut trlibat sdgkan dia tahu sy tidak menyetujuinya.tlg ust bgmana nak menegurnya 2009-11-03 3:12 PM

tegurlah dengan hati yang ikhlas, perkara yang datang dari hati akan jatuh ke hati

Guest salam ustaz. Betul ke perempuan yg mengandung anak luar nikah tidak boleh berkahwin sehingga dia bersalin?:) 2009-11-03 12:41 PM

Jika dia masih belum berkahwin, maka boleh

PAS Bkt Sentosa 2 Salam ziarah 2009-11-03 11:09 AM

Salam

Guest Apakah hukumnya orang yang suka menontot video lucah. Adakah sebab perbuatan ini doanya tidak dimakbulkan oleh allah swt.2009-11-04 8:59 AM

Mungkin..

faisal dlm 1 surau,ada jemaah makmum sorg shj, then msk 1 kump buat 1 lg jemaah,tak join yg sorg tu,means 1 surau 2 jemaah,apa status solat grup yg kedua tu? 2009-11-04 7:47 AM

sah tapi melanggar adab

Kak Ju terima kasih Ustaz kerana mewujudkan blog ini. Byk ilmu yang saya dapat. Semoga usaha Ustaz dan orang2 dilimpahi rahmat Allah. 2009-11-04 7:19 AM

Terima kasih

Guest salam ustaz,bole cerita sikit psl darah istihadah?apa hukumnya sengaja melambat-lambatkan mandi wajib slps haid? 2009-11-04 5:30 AM

Kalau sampai langgar waktu solat, maka haram

kay salam ustaz, saya biasanya slps mandi sya trs ambil air smbhyng. kkdng sya berwuduk dlm keadan bogel sblm lap dgn towel. sah ke wuduk? 2009-11-04 4:05 AM

sah

BARD ust,ada tokoh agama mengatakan perbuatan mengadakan kenduri sempena kematian adalah bid’ah, menyanggahi sunnah Nabi s.a.w. Saya perlukan penjelasan. 2009-11-04 3:23 AM

Itu pandangan dia

bard Slm ustaz,maaf btanya.Boleh saya tahu sedikit pndidikan ustaz degree apa,ma apa,phd apa dll? dari universiti mana?banyak ilmu saya dapat web ustaz.TQ2009-11-04 12:26 AM

saya al-Fakir Ila Rabbihi (yang fakir dengan tuhannya)

Guest salam ustaz,sy nk tanya boleh ke kite percaya ttg tajul muluk mengenai diri kita dan pasangan kita.adakah ia di bolehkan dalam islam.. 2009-11-03 11:51 PM

Tak boleh

jamal salam, kalau kita berniat cth; bila dpt gaji nk beri pd mak ..adakh ia dikira sbg "niat nazar".katakan x jd beri sbb ada musabab lain adakh dkira dosa 2009-11-05 6:44 AM

nazar jika telah dilafaz dengan lisan, wajib tunaikan

Guest Ust, pasal non-muslim bagi lembu utk korban, jika beri pd surau, adakah bermakna boleh seorg ajk surau terima bagi pihak surau & then niat utk korban? 2009-11-05 4:29 AM

Ada dua akad, akad pertama, ajk tu kena terima pemberian itu tanpa taklik mesti dibuat korban.

Apabila akad pertama selesai, bermakna telah berpindah pemilikan itu.

Maka barulah kita niatkan untuk korban

Guest Ust, apa hukumnya melakukan perkara lagha sesama bukan mahram & hukum melakukan sesama mahram? 2009-11-05 4:22 AM

Lagha paling rendah hukumnya makruh, boleh jatuh sampai haram

nana assalamualaikum ustaz, mohon pertolongan ustaz untuk mendoakan kwn saya jasni yg sedang sakit. di dahulukan dgn ucapan terima kasih. salam. 2009-11-05 2:30 AM

Semoga Allah berikan kesembuhan padanya, amin..

Kak Yong salam ustaz, sekiranya sebelah pergelangan tangan ada jahitan dan berbalut, bgmanakah dgn wudhunya? 2009-11-05 12:15 AM

Pandangan paling ringan. Basuh yang tak berbalut dan sapukan air di atas yang berbalut.

adeq adakah saya perlu zakat wang gaji saya? adakah itu dipanggil zakat pendapatan atau sedekah? 2009-11-04 1:14 PM

zakat pendapatan

adeq apakah jika saya jual rumah, saya perlu zakat wang dari hasil jualan tu? adakah itu dipanggil zakat harta? 2009-11-04 1:11 PM

zakat perniagaan

abdullah said ustaz.betulkah ajaran wahabi tu tersasar drp ahlulsunnah?2009-11-04 11:40 AM

Kalau berkaitan dengan menjisimkan Allah, maka tersasar, wallahualam

sya salam ustaz.sy nk tnyer klu bc ayat2 Quran through handphone yg boleh support islamic feature boleh ke?pahalanye pula bagaimana? 2009-11-05 1:56 PM

boleh dan pahala milik Allah, wallahualam

kak cik Apakah menjadi kesalahan apabila kami menjual barang2 yg diinfakkan spt kerusi yg tdk dperlukan bg pbelanjaan program2009-11-05 8:18 AM

tidak

kak cik Salam,ustaz saya dan sahabat menubuhkan rumah kebajikan ibu tunggal ,namun program hanya dapat dijalankan apabila ada sumbangan dari orang tertentu sp spt fidyah atau zakat.boleh tak ustaz bantu beri pandangan bagi kami kerana untuk menggerakkan rumah ini mmerlukan dana spt bayar sewa rmh air/ api 2009-11-05 7:59 AM

wujudkan perniagaan yang sah di sisi Islam dan undang-undang Malaysia

Guest Assalammualaikum ustaz,ibu saya selalu memaki dan melemparkan fitnah kpda saya dan suami sedangkan kami tidak pernah mengabaikannya,saya juga amat kecil hati dengan perbuatan ibu,duit yg saya berikan padanya pada setiap bulan dikatakan duit haram padahal dia tahu pekerjaan kami dri sektor yg baik ibu juga tidak suka saya dan adik beradik berkumpul pada hari raya,dia pasti akan memaki saya,kakak dan abg yg sudah berkeluarga kalau kami pulang saya sudah tawar hati untuk pulang ke rumah ibu kerana rasa kecil hati sgt dengan perbuatannya,adakah saya dianggap derharka ustaz, 2009-11-05 6:49 AM

Apa pun yang ibu buat, tetap amat sedikit dibandingkan dengan pertaruhan nyawa melahirkan kita. Sabarlah. Ibu mungkin kurang ilmu. Kita yang dah tahu kewajipan menghormati ibu ayah, kena hormat.

Ibu kita taklah seteruk ibu bapa Nabi Ibrahim yang turut membakar baginda, tetapi tetapi Nabi Ibrahim menghormati mereka

syafikah salam ustaz,sye ad mslah.kwn laki klas sye ny ske main poker(daun terup)&kdang2 mreka maen gne duit.sye xtaw nk tgur cmne.bley ustaz tlong sye?2009-11-06 2:50 AM

tegur dengan lisan, jika mampu tegur dengan kuasa

Ibu Ustaz, Pagi tadi saya pergi pasar beli ikan dan sayur2an.Bila nak bayar saya hairan kenapa murah sangat, bila balik saya tengok resit, taukeh tu tak taukeh tu tak charge harga bagi 3 ekor ketam. Saya serba salah ni, macam mana ustaz? Boleh mintak halal tak, taukeh tu bukan Islam. 2009-11-06 2:28 AM

Kalau pergi balik, bayar..

Kak Nor Alhamdulillah, rcgn Panggilan Agung di Astro Oasis byk mmbntu anak rmja sy yg suka solat xpress. Ditunjkkn secara prtikal & keslhn pd bcaan surah.TK2009-11-06 2:07 AM

Alhamdulillah

syuruk haram utk solat? in case kta trlmbt bngun subuh n dh melepasi wktu syuruk scra x sngaja[smbung] 2009-11-05 11:54 PM

haram jika kita dah solat subuh sbb tak ada solat selepas solat subuh hingga terbit matahari

Klik Assalamualaiku ustaz,kenapa Masjidil Haram x de Solat Tahiyyatul Masjid? 2009-11-05 7:16 PM

Sebab ganti dengan tawaf

mohd sazli wong bin abdullah a'kum ustaz maaf menganggu saya ada masalah tentang rumah yang saya diami ada benda halus yang tumpang cara macam mana nak buat menurut bomah siam saya berharap ustaz dapat atasi masalah saya ini 2009-11-05 3:27 PM

bacakan surah al-Baqarah pada rumah, kalau tak mampu baca sendiri, minta orang lain bacakan

sya baru2 nie ada orang bg tau saya,masa kt pkai kasut tak boleh bc Bismillah, betul ke? 2009-11-05 1:57 PM

tak betul

Anuar Wang pampasan insuran kena keluar zakat @ tak? Thanks 2009-11-07 1:27 AM

Tak sebab bukan usaha kita, ia anugerah

Ust.Roslan Salam, sila ziarah ke laman blog e-Ustaz, link terima kasih. 2009-11-06 7:09 PM

Tk ustaz

izah ustaz..saya mintak izin untuk copy ustaz nye isi penting program "anda bijak jauhi zian" untuk bacaan di blog saya 2009-11-06 6:22 PM

ok

raihan Boleh ke saya guna duit biasiswa jpa untuk melaksanakan haji dan umrah? 2009-11-06 3:37 PM

SJ biasiswa tu untuk ko belajar la sheikh.. itu penyalahgunaan. 2009-11-06 5:54 PM

amin salam ustaz, sahkah sujud seseorang kalau dia meletakkan tapak tgn tapi tak rapat pada sejadah? mintak pandangan ustaz. 2009-11-06 2:46 PM

sah

kar salam ustaz,batalkah solat kalau tersebut bismillah lepas baca alfatihah dalam rakaat ke 3.lepas sebut bismillah tu baru tersedar dah masuk rakaat ke3 2009-11-06 11:23 AM

tak

Guest slps solat istikharah sama ada Si Z ni jodoh sy, mlmnya sy bermimpi ular tapi sy menjerut ular itu dgn tali..apa mksdnya ustaz? 2009-11-06 10:41 AM

Si Z bagus tapi cabaran banyak

sakinah salam ustaz, sy malu nk mintak doa dgn Allah sbb bnyk kelalaian yg sy lakukan dlm hidup sy..tp kite mmg sntiasa memerlukan pertolongan Allah kan? tp sy nk berjaya dlm hidup ni sbgai org islam yg betol2 beriman. macamane ni ust? malu nk mintak dgn Allah? (hish.tp tanye ust x malu pulak) huhu 2009-11-06 9:34 AM

malu sebahagian dari Iman, alhamdulillah, tapi doa juga perintah Allah

kofiuses slm.. mgkin soalan agak kelakar. hakikatnya saya konfius.. sy pernah menyebut "Demi Allah, sy akan berkahwin dgn kamu" kpd makwe sy. Tiba2 dapat tahu dia ada hubungan dgn lelaki lain.. apakah status sumpah sy? dan wajibkan sy berkahwin dgn dia? sy binggung.. apakah yg patut sy lakukan.. terima kasih ustz. 2009-11-07 11:40 AM

Kalau dia ada lelaki lain dan tak nak kat Konfiuses, tak apa

mariam Saya Nak tanya bagaimana cara pembahagian daging qurban, sama ada diasingkan daging dengan tulangnya atau dibahagi sama.... dan lain bhg yang ada 2009-11-07 9:46 AM

bagi semua sekali

Lin apakah zikir yg baik utk halang perasaan dendam n dengki kpd org lain? 2009-11-07 2:58 AM

Selalu baca, la haw la wala quwwata illa billah

Lin Salam,utk elak riak n dituiduh nk menunjuk2, sy katakn sdg rehat wlpn sdg ibadah bila dtya. Bolehke? 2009-11-07 2:54 AM

Untuk menjaga hati dari riya, boleh

Surat Sebarkann!!, PGSM tak maaf pun pada DR Asri: link2009-11-07 1:55 AM

puan rokiah sy ingin b'tnye tntang dividen yg diperolehi drpd plaburan dlm ASB.apakah hukumnye mmperolehi dividen itu dan bolehkah blanjakan wang itu utk mmbli br2009-11-08 3:20 PM

ASB dah ada fatwa, boleh

antoi Adakah isteri tlibat dlm riba (interst kad kredit x byr) sdgkan yg guna adl suami 2009-11-08 11:13 AM

tak, kecuali beli barang isteri

Guest penjajahan kuasa barat berdasar konsep 3G(glory,gospel,gold), boleh jelaskan? 2009-11-08 11:13 AM

Baca buku sejarah..

antoi Bolehkan wanita dlm edah kematian suami pergi kenduri kawin dgn mahramnya? 2009-11-08 11:11 AM

tak digalakkan

antoi Ust, bolehkh suami pulang ke rmh isteri 1 disbbkan isteri 2 pulang ke kg? Isteri 2 minta ditukar giliran @ tidur saja di rmh isteri 2, tp suami x nak 2009-11-08 11:10 AM

boleh. Untuk tukar giliran, kena bincang dengan isteri 1

antoi Apakah hukum bkawan baik dgn org kafir & sbg remiser? Adakah bttgan dgn an nisaa:139-144? Bgmn pula dgn maksud All Mumtahanah:8? 2009-11-08 11:07 AM

boleh dan niat islamkan dia

Hjh Raziah bT Abd. Jabar Assalamualaikum ustaz, untuk pengetahuan ustaz pendapatan saya dalam bulan RM2500 dari Jan-Jun.Dari Jun-Dis RM4000Saya guna rm2500 smpai abis. Adakah Adakah saya akan bayar zakt yg sy guna itu @ rm4000 2009-11-08 8:37 AM

Sebelum kira zakat, tolak dulu keperluan.

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah

Putra Height

12 November 09, 11.11pm

3 comments:

Anonymous said...

salam ustaz,
saya mempunyai adik beradik serta ipar yang buruk akhlak dan kurang mengamalkan perintah agama. contoh, tidak solat, suka berbahasa kesat, tidak mempedulikan ibu bapa. apabila dinasihati, saya ditengking dan dihina dengan bahasa yang kesat. saya berasa sedih kerana selalu difitnah oleh mereka & pernah saya berkata bahawa alangkah baiknya jika mereka bukan adik beradik saya, tetapi saya takut jika dimurkai Allah. adakah ini dikatakan memutuskan silatrurahim? sebenarnya saya benci perbuatan mereka, tapi saya sentiasa mendoakan mereka, menghantarkan hadiah2 dalam bentuk makanan, wang ringgit dsb tetapi hati saya masih membenci akhlak mereka yang tidak berubah. berdosakah saya?

zalehahanan said...

salam ustaz..
saya nak tanya saya selalu bermain terup di dalam komputer seorang diri. adakah saya berdosa...?bagi saya untuk menghilangkan boring dan menajam pikiran dengan menyusun atur kad2 tersebut.

Anonymous said...

salam ustaz....
sy ade pertanyaan...
sy pernah bernazar didlm hati
"klau sy selamat melahirkan dan anak sy selamat sy akan memakai tudung"
masalah sy skrg adalah...
1.sy sudah tidak lg memakai tudung.
2.selepas sy bernazar didlm hati sy ade bercerita kepada suami dan kwn2..adakah nazar sy itu sah dan ape yg perlu sy buat jika sy tidak mampu untuk menderma dan bersedekah?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...