Hari ini 16 November 09 jam 12.00 tengah hari, saya, Abang Azizi, dan rombongan dari al-Ijabah menziarahi Tun Tan Sri Dato’ Sri Zaki bin Tun Azmi, Ketua Hakim Negara di pejabatnya di Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya.
“Mmm, susah betul jumpa orang besar ni” bisik hati saya.
Memang jumpa orang besar lebih susah. Penuh dengan protokol dan berbagai peraturan. Tapi, semuanya ada alasan tersendiri.
“Mmm, jumpa Allah lagi senang” bisik hati saya lagi.
Jumpa Allah lebih mudah dan senang. Di mana-mana kita boleh melaksanakannya. Tetapi tidak ramai orang yang menyempurnakannya.
Ramai orang yang suka menangguh pertemuan dengan Allah, mencuaikannya, jika buat pun sambil lewa. Akhirnya, walaupun bertemu dengan Allah, tetapi termasuk di dalam golongan orang yang celaka. Di dalam al-Quran Allah menyatakan:-
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, yaitu orang-orang yang lalai dari shalatnya (surah al-Ma uun ayat 4-5)
Di dalam tafsir Jalalain, yang dikatakan Saa huun ialah orang yang melalaikannya dan melambatkannya.
Di dalam tafsir al-Qurtubi pula menyatakan, itulah ciri-ciri solat orang munafiq. Mereka mendirikan solat, mereka dirikan dengan keadaan malas-malas seperti yang tersebut di dalam surah an-Nisa’ ayat 142.
Untuk menjaga solat kita dengan sempurna, kita perlu menjaga tujuh perkara:-
1. menjaga syarat sah solat
2. menjaga sunat sebelum solat
3. menjaga rukun solat
4. menjaga sunat dalam solat
5. menjaga makruh di dalam solat
6. menjaga perkara yang membatalkan solat
7. menjaga khusyuk.
Jika kita menjaga ketujuh perkara ini, barulah solat kita akan mendinding kita dari perbuatan salah dan keji. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (surah al-Ankabut ayat 45)
Sesungguhnya, menemui orang besar semalam mengingatkan saya kepada mudahnya bertemu dengan Allah, tetapi, realitinya, tidak ramai orang yang menyempurnakannya.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putera Heights
17 November 09 jam 7.30 pagi
Istana Kehakiman, kali terakhir saya ke sini ialah ketika menyaksikan keputusan bantahan Hj. Kahar (orang yang mengaku Rasul Melayu) terhadap fatwa yang dikeluarkan padanya.
Sebelah kiri saya, Tun Tan Sri Dato’Sri Azmi Tun Zaki.
2 comments:
Salam ustaz,
saya noraini mengajar di kuala selangor...jika ustaz memerlukan sukarelawan,boleh hubungi sy di ain.musa@yahoo.com
(sy ingin sama2 menyumbang tenaga utk kerja agama ni)
Terima kasih ustaz kerana menyedarkan kami melalui topik ni..
Post a Comment