Wednesday, November 25, 2009

Universiti Kehidupan 122 – Falsafah Sujud Di Hadapan Kaabah

Hari ini, 20 November 09, jam 4.30 petang. Saya melangkah masuk ke dalam masjid al-Haram. Lagi sejam akan masuk waktu Maghrib.

Masjid telah dipenuhi dengan manusia yang datang untuk bersembahyang. Untung kerana, badan saya masih masih boleh menyelit, melalui celah-celah ribuan manusia.

Akhirnya, saya dapat duduk betul-betul di hadapan kaabah. Tetapi, ruang yang ada begitu sempit.

Dalam setengah jam di sini, saya melihat gelagat kawasan masjid al-Haram. Saya melihat gelagat petugas masjid yang menjaga jemaah dan ada sesetengah yang dihalau ke belakang. Ketika ini, beberapa jenazah sedang dibawa masuk ke dalam masjid untuk disolatkan.

Tidak lama selepas itu, azan berkumandang.

Dengan kesesakan jemaah, saya menunaikan solat sunat. Ketika sujud, baru saya perasan, tidak sampai beberapa inci dari dahi saya terdapat setompok tahi burung.

Dihadapan saya pula, seorang yang memakai stokin yang berbau di samping kasutnya yang lusuh, betul-betul menyentuh hujung kepala saya.

Inilah falsafah sujud. Kita disuruh menundukkan diri dan kita tidak akan pernah merasa terhina merendahkan kepala kita kepada Allah.

Hari ini, ramai orang yang merasa hina dihadapan manusia. Akhirnya, merasa hina di hadapan manusia menambahkan lagi kehinaan di sisi Allah dan manusia.

Kita hanya disuruh merasa hina di hadapan Allah.

Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa, kemuliaan adalah apa yang ada pada Allah :-

Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuli-aan itu semuanya. Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya. Dan orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras. Dan rencana ja- hat mereka akan hancur

Surah al-Fatir ayat 10

Kita tidak terhina dengan keadaan sekeliling. Yang menjadikan kita hina adalah apabila Allah menghina kita dan yang menjadikan kita mulia adalah ketika Allah memuliakan kita.

Sujud di celah-celah kaki orang ramai, dicelah-celah tahi merpati Mekah, merendahkan hati kita bahawa, tanpa Iman, manusia itu akan sentiasa hina.

Dan sesungguhnya, dengan iman, seorang itu pasti akan mulia sekalipun keadaan sekeliling mahu menghinakannya.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sa’ib Ali, Mekah al-Mukarramah

Tahi Merpati Masjid al-Haram

Bersama stokin yang berbau dan kasut yang lusuh

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...