31 Oktober 09 jam 9.30 pagi, saya baru sahaja memulakan pembentangan kursus “Sifat Solat Nabi, Menurut Mazhab Imam as-Shafie” di SIRIM apabila sebuah massage masuk ke telifon saya.
“ Dari Kak Liza, ini mesti pasal Rumah HIV Darul Ukhwah ni” bisik hati saya.
Sambil memberikan penerangan, saya menjeling ke telifon saya.
“Salam, penghuni kita Nasaruddin telah kembali ke Rahmatullah subuh tadi”
“Innalillah wa innailaihirajiun”, bisik hati saya.
Allahyarham meninggal di Hospital Sungai Buloh dan jenazahnya akan dimandikan oleh pihak hospital sendiri. Ini kerana, bagi jenazah HIV, ada cara pengurusan khas.
Pembentangan dapat disempurnakan dengan baik walaupan hati saya menerawang ke sana dan ke sini memikirkan mengenainya.
Berehat jam 10.30 pagi memberi kesempatan untuk saya menghubungi sahabat saya, Ustaz Azmi dan Ustaz Yazid untuk melihatkan dahulu keadaan.
Jam 11.04 pagi, ustaz Azmi memberi satu massage kepada saya
“Sheikh, anak akan pergi dengan kak Liza lepas Zohor”
Alhamdullillah, lega sikit hati saya.
Jam 1.30 tengah hari, kursus telah tamat. Saya bergegas keluar dan singgah sembahyang Zohor di pejabat saya di Seksyen 9 Shah Alam.
Agak laju juga saya bawa hari ketika ini, memasuki lebuh raya Utara – Selatan,
“Ustaz, kami semua tunggu ustaz untuk solat jenazah ye” kata Kak Liza.
Saya turun melalui susur Hospital Sungai Buloh dan terus ke unit Forensik.
Sesampai di unit Forensik, terdapat polis dan beberapa orang awam yang lain. Memang, di pacuan empat roda Polis ini terbaring sekujur mayat kerana kemalangan.
Saya menuju ke tempat jenzah saudara kita ini.
Di sana, keluarga Allahyarham sedang menunggu.
Bersalaman dengan saya dan kami terus ke surau di dalam bilik mayat.
Masuk ke surau kecil di sini, kelihatan, sekujur tubuh terbaring di atas papahan beroda hospital telah siap dimandiakn dan dikafankan oleh pihak JAKIM yang bertugas di Hospital ini.
Saya mengambil wudhuk, menusuk ke hidung bau Klorok. Memang salah satu, air yang digunakan untuk memandikan jenazah HIV ialah dengan menggunakan bahan ini.
Apa yang untung pada jenazah ini ialah, ahli keluarganya masih lagi mahu menerimanya. Ada sesetengah pesakit kadang kala, keluarga telah buang dan tidak menghiraukan.
Keluarga Allahyarham akan membawa jenazah pulang ke kampung untuk disemadikan di sana.
Kami bersama-sama menunaikan sembahyang jenazah untuk saudara kita ini. Kemudian, sama-sama membacakan tahlil ringkas dan mendoakan agar Allah memberikan kebaikan kepada saudara kita ini. Semoga ketika kita dijemput nanti, ada juga orang yang sudi mendoakan kita.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan kebaikan kepada saudara kita ini. Apa yang penting ialah, di Selangor sekarang, telah ada penempatan pesakit HIV lelaki Muslim. Jika dahulu, gereja yang menguruskan.
“Alhamdulillah ya Allah”, saya sangat bersyukur. Inilah khidmat agama yang paling memberi kesan di hati saya.
Terima kasih pada seluruh sahabat yang sama-sama mengusahakan demi Islam dan umatnya, semoga pengorbanan kalian semua, Allah sahaja yang membalasnya.
Terima kasih padaMu Allah, kerana memberi kekuatan hingga tertubuhnya Darul Ukhwah. Semoga Kau berikan juga keikhlasan kepada semua yang terlibat.
Bagi Allahyarham, biar apapun latar belakangmu, semoga Allah menempatkan rohmu ke dalam golongan orang yang soleh.
Saya meninggalkan Hospital Sungai Buloh dengan perasaan antara terharu, sedih dan syukur.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
1 November 09 jam 9.00 pagi
Polis yang sedang berkumpul menguruskan jenazah kemalangan
lalaun ke unit Forensik
Tempat mayat reput
masuk ke bilik ini, saya melihat saudara kita baru dijemput Allah
Kami sama-sama menunaikan solat Jenazah
Semoga Allah merahmatimu saudara, biar apapun latar belakangmu, semoga di hujung usiamu, keampunan dan kasih sayang Allah bersamamu, amin..
Jenazah dibawa oleh keluarganya pulang ke kampung asal
No comments:
Post a Comment