Tuesday, November 3, 2009

Sekilas 27 - “Doktor Asri tu tipu ke?”

“Doktor Asri tu tipu ke?” tanya anak murid saya ketika membaca artikel di Utusan Malaysia hari ini, 3 November 09

Saya tak tahu nak jawab macam mana. Jika menurut Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Berbagai skop orang membahaskan penangkapan Dr. Mohd Asri.

Saya tak mahu masuk di dalam kancah perbalahan ini. Saya cuma ingin membahaskan bidang pengajian agama yang terdapat di dunia mutakhir ini.

Ia sebagai jawapan bagi sesiapa yang bertanya seperti anak murid saya di atas tadi.

Di dalam bidang agama di Universiti sekarang, ada tiga bidang besar.

1. Syariah (hukum hakam)

2. Usuluddin (berkaitan dengan hadith, tafsir)

3. Bahasa Arab

Kadangkala, ada sesetengah Universiti yang mencampurkan bidang ini seperti Major Bahasa Arab dan Minor Syariah. Ia tetap dari Fakulti Sastera bukannya Syariah.

Dalam bidang Syariah sendiri pun, ia banyak pecahan. Kalau orang yang berlatar belakang Syariah dan Pengurusan, maka dia tidak akan mahir di dalam bab Undang-Undang Syariah, ini kerana, undang-undang Syariah di dalam jabatan Syariah dan Undang-Undang.

Maha suci Allah, sangat luas, lautan ilmuMU ya Allah.

Inilah tiga bidang yang besar di dalam Universiti. Ketiga-tiga bidang ini, jika keluar orang akan panggil dia sebagai ustaz. Dan orang akan sangka, dia akan tahu semua benda.

Jika kita hendak berbicara mengenai hukum hakam, bidang yang paling baik ialah bidang Major Syariah. Ini kerana, seorang agamawan di dalam bidang syariah akan mempelajari kaedah mengeluarkan hukum di dalam sesuatu perkara.

Bidang lain, mungkin ada, tetapi hanya elektif sahaja dan sudah tentu penumpuan dan penekanannya tidaklah sedalam orang yang memang di dalam bidang syariah.

Saya pernah mengajar kuliah Zohor di Maybank di Petaling Jaya. Satu ketika, heboh warga Maybank ini apabila seorang Doktor dari sebuah Universiti mengajar bahawa sembahyang tidak perlu membaca surah al-fatihah.

Ketika saya mengajar hari itu, warga Maybank ini bertanya kepada saya mengenainya. Saya memberikan jawapan saya.

“Tapi dia seorang Doktor, ustaz. Mana satu saya nak percaya ni” kata salah seorang warga Maybank ini.

Saya diam sejenak. Kemudian, saya memandang wajah-wajah sahabat-sahabat yang keliru ini.

“Tuan-tuan, nanti, kalau Doktor tu datang mengajar lagi, cuba tanya Phd nya dalam bidang apa, saya boleh jamin, dia bukan dari bidang syariah” kata saya.

Bulan hadapannya, saya datang mengajar di Maybank ini lagi. Kali ini, warga Maybank ini memberitahu saya:-

“Ustaz, betul cakap ustaz, Doktor tu, bidangnya, Usuluddin pengkhususan Sejarah dan Tamaddun”

Cuba bayangkan, seorang yang bukan bidangnya, hanya menukilkan pandangan-pandangan dari kitab itu dan ini, memilihnya yang sesuai dan senang, tetapi penghayatan dan kaedah mengistinbatkan sesuatu hukum, tidak dikhadamkan dengan sebaiknya.

Semua orang boleh bercakap mengenai kesihatan, tetapi, untuk membahaskan mengenai kesihatan, maka, ia mestilah seorang yang di dalam bidang perubatan.

Orang boleh bercakap mengenai sesuatu hukum, tetapi di dalam memberi fatwa hukum, biarlah orang yang di dalam bidangnya.

Balik pada persoalan yang pertama. Kalau betul Doktor Asri telah memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan. Semoga Allah ampunkan dia dan kita semua.

Saya tak boleh jawab bagi pihak beliau. Sama-sama kita lihat blog beliau www.drmaza.com. Sama-samalah kita tunggu dan lihat jawapan pada siasatan yang dijalankan.

Atau mungkin apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Zamihan dari JAKIM ini ialah, memalsukan bidang sebenar, iaitu bidang Bahasa Arab tetapi diutarakan bahawa bidangnya adalah bidang Syariah.

Sudah tentu pandangan hukum dari Bidang Sastera Bahasa Arab tidak sekuat orang yang betul-betul dari bidang Syariah.

Wallahualam,

Cuma, saya tidak nafikan, ada sesetengah pandanganya sangat bagus dan ada juga sesetengah pandangannya mengenai hukum, memerlukan perbahasan. Secara peribadi, usaha Dr. Asri di dalam pemikiran Islam ditanah air, boleh dipuji. Cuma, dalam setandan pisang, tidak semuanya molek.

Yang baik tetap baik, dan yang salah tetap salah. Yang penting,biarlah umat Islam semakin faham pada Islam dan semakin memperbaiki diri untuk terus menghampiri Allah.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 November 09 jam 11.30 malam

37 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Jais oh Jais.. apsal la ko jadi macam ni wahai Jais... ?

Ketenangan Dr. Asri menghadapi cabaran ini patut dipuji..

Insya-Allah, Allah bersama beliau.

Anonymous said...

maksud mendalam artikel ni...fahami lah pembaca sekalian.

Anonymous said...

persoalan yg paling saya tak faham ialah kenapa ustza zamihan perlu buat kenyataan diakhbar, sepatutnya piahk atas JAKIM yg perlu keluarkan kenyataan.

Shida Rahman said...

terima kasih ustaz atas penerangan diatas, dalam maknanya tu. kami org awam selalu terkena tempias ilmu dari ilmuan2 yg berbagai kemahiran kepakaran..fahamlah saya kini....

Anonymous said...

TAK BACA FATIHAH MASA SOLAT???

Assalamualaikum ustaz,
adakah bermungkinan yg di maksudkan tak perlu baca fatihah waktu solat tu adalah sewaktu masbuq' di mana masuk utk menyertai solat di rakaat berkenaan imam mula rukuk dan makmum terus rukuk jugalah kan..?
Harap penerangan lebih jelas

Shahabudeen Jalil said...

Salam,

pendapat saya, ustaz di Maybank tu mungkin mengambil pendapat mazhab lain di mana makmuk tak perlu baca fatihah dan cukup sekadar imam membacanya dan makmum mendengar.

Ustaz tak boleh hentam semberono macam ini. Lagipun maklumat yang ustaz dapat tu dari pihak ketiga bukan dari ustaz itu sendiri.

Cerita separuh masak macam ini memang banyak. Orang yang tanya ustaz tu pun mungkin sekadar nak mengadu domba.

Ustaz tak boleh nak menari mengikut rentak mereka ini

Anonymous said...

betul ade mazhab yang menyatakan begitu.tapi bukan pada tempatnye utk org awan kalu boleh benda2 kilaf nie elok diadakan satu majlis berasingan supaya tidak mendatangkan kekeliruan masyarakat.

Shahabudeen Jalil said...

masalah tempat tu dah masalah lain sheikh..

Untuk Ustaz Amin ambil hujah yang dapat dari geng adu domba, dan jadikan cerita macam nie agak kurang sopan la.

Hanya kerana ustaz Maybank tu menyatakan pandangan mazhab lain tak bermakna ustaz tu jahil agama.

Ustaz Amin perlu lebih berhati-hati dalam menyampaikan buah fikiran beliau. Kerana saya risau nampak terlalu kebudak-budakan.

Cetusan said...

sa-salamm,(menyampok)
nampaknya susah juga jadi ustaz yer,
salah dengar akan menjadi salah jawab,

soalan sengaja untuk menguji samada pengikut atau Geng mana pun boleh pakai juga.

Bab Jais tahan memang kerja dia, dah salah, ikut bumi dipijak, dan Undang2 negeri, cuma cara penahanan yang agak pelek dan terpilih..

Bab sesama untaz menggungkit cerita setahun lepas dan membuka pekung semacam ada dendam peribadi.Orang awam pun nampak tak elok bila buka cerita lama.

Muhammad Ala' said...

salam..

saya setuju dgn pandangan saudara shahbudeen jalil tntg situasi di atas.. rasanya saya x prnah dengar ada pendapat yg mengatakan bahawa "xpayah baca fatihah". mungkin makmum di dalam situasi di atas terkeliru maksud dr yg mengajar..kecualilah kalau doktor di atas orang benar2 sesat..

sebenarnya yg diperselisihkan adalah kalau solat berimam tg jahar. ada yg kata makmum wajib baca jugak, ada yg kata cukup sekadar bacaan imam. saya juga nk komen tentang cara masyarakat menilai ilmu dgn pengkhususan. adakah jika ustaz tu ambil lughah @ usuluddin dia xtau langsung pasal syariah? persoalannya bukan tntg bdang kita, tp cara kita aplikasikan bidang yg kita ambil. adakah jika ambil lughah contohnya, dia xboleh baca kitab feqah mazhab dan feqah muqaran? dia x boleh kaji hukum jual beli, riba dll?

kita mesti nilai dari sudut keilmuan, bukan dengan sijil semata..jika apa ygg dikatakan seseorang itu mengikut kaedah yg betul dr sudut musatalah hadith, qawaid feqhiyyah, usul feqh kita wajar terima sebagai salah satu pandangan..


pada pandangan saya kita boleh ikut pepatah " jika nk tau kebaikan orang itu, tnya kawannya dan jika nk tau keburukan seseorang itu tnya musuhnya".

Anonymous said...

para ilmuan perlu jaga sensitiviti masyarakat.tahap ilmu setiap masyarakat tidak sama,jadi jgn ilmuan kelirukan masayarkat dengan perkara2 furaq seperti ini.kekeliruan seperti ini telah terjadi di selatan thailand.menyebabkan masyarakat terpisah menjadi 2 jamaah,sekali gus melemahkan umat islam disana menentang penjajah siam.harap kita semua umat islam dapat bersatu. sebagai contoh, masalah tahlil.bagi mereka yg ingin mengamalkanya,maka teruskan.bagi yg tidak ingin mengamalkanye tidak apa,cuma jgn menghukum.jgn kerana ingin menabik dada ,maka ilmuan mengelurkan fatwa yg boleh mengelirukan masyarakat.

Shahabudeen Jalil said...

setuju dengan pendapat di atas oleh orang yang tidak bernama (anonymous).

Ustaz Amin tak boleh fokus pada isu tak baca fatihah tu untuk nak kaji latar belakang PHD ustaz tersebut.

Sepatutnya Ustaz Amin kena tengok apa kebarangkalian yang ada dlm agama untuk ustaz itu berkata begitu.

Berfikir sebelum bercakap lebih baik daripada berfikir selepas bercakap.

scholars83 said...

yg duk hentam ustaz amin pun satu kes...camnilah org kita...kata kurang ajar karang ada pulak yg melenting...saudara shahabudeen, gambar saudara tu agak angkuh bagi sesetengah pihak, padanla dengan pendapat saudara...

Kalau kita sayang agama kita, kita xperlu nak berbalah2...pasti ada jalan penyelesaian dari perspektif islam...biarlah org yg lebih alim tentukan...

Shahabudeen Jalil said...

isk.. saudara hentam saya tu boleh pula ke ?

guna hujah apa ni ? he he he.

Ckp guna akal, bukan guna lutut.

Saya menegur Ustaz Amin, bukan menghentamnya. Cuba saudara balas apa yang saya tegur itu dengan hujah.

Kalau sekadar nak bercakap kosong macam nie, semua orang pun boleh.

Anonymous said...

Shahabududeen statement macam Dajjal!

Shahabudeen Jalil said...

dajjal adalah orang yang menyebarkan fitnah sama seperti saudara di atas.

inilah hasil bila bercakap tanpa hujah.

scholars83 said...

"Untuk Ustaz Amin ambil hujah yang dapat dari geng adu domba, dan jadikan cerita macam nie agak kurang sopan la."

"Ustaz Amin perlu lebih berhati-hati dalam menyampaikan buah fikiran beliau. Kerana saya risau nampak terlalu kebudak-budakan"

"Sepatutnya Ustaz Amin kena tengok apa kebarangkalian yang ada dlm agama untuk ustaz itu berkata begitu."

"Berfikir sebelum bercakap lebih baik daripada berfikir selepas bercakap."


Inilah antara tulis saudara shahabudeen jalil yg pada pandangan aku agak kurang ajar aka biadab. Klu ustaz amin ni budak baru belajar kat sekolah menengah xpelah nak kata camtu.

Niat saudara nak menegur tu baik, tapi sila gunakan kata2 yg lebih sesuai agar tindakan saudara tidak dianggap kurang ajar. Ape maksud saudara? nak buktikan saudara lebih banyak ilmu dari ustaz amin? atau saudara mmg semulajadi nasihat org mcm ni...

C'mon la sheikh...nak nasihat budak sekolah guna bahasa mcm ni xpe, tapi jika org dewasa yg ada belajar ilmu agama, jgnla guna perkataan macam ni...

Ruslan Mamat said...

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya
bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan
seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri
pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan
mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini,sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala)orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Shahabudeen Jalil said...

scholar83,

Apa yang saudara cakap tu sampah sebenarnya. Tak ada satu pun bertitik-tolak dengan hujah. Semuanya dari sentimen. hahaha.

Next time kalau nak berhujah, kena bawak hujah. Bukan bawa perasaan dan sentimen.

Harap fhm maksud saya.

Mungkin Ustaz Amin belajar tinggi, tapi adakah dia maksum ?

he he he.. jawab, jawab.

Dia pun manusia macam kita juga. Dia pun buat salah juga, dia pun perlu ditegur juga.

Bila kita tegur orang lain sewaktu dia lalai atau buat salah, orang lain akan tegur kita sewaktu kita pula buat salah.

Saya tegur Ustaz Amin kerana jika saya buat salah nanti, saya akan ada orang untuk tegur saya.

Tolonglah, jangan keluarkan perasaan2 dan sentimen2 nie. Buang masa dan menampakkan kebodohan diri sendiri.

terima kasih

Shahabudeen Jalil said...

Salam Ruslan Mamat,

Ini sorang lagi. Tak tahu beza perkataan even dalam bahasa Melayu.

Mengumpat tu lain, Menegur tu lain.

dah la copy paste dari website orang, tak bagi kredit pulak kepada orang tu... adusss... budaya buruk.

http://kongsibersama07.blogspot.com/2009/07/bahaya-dosa-mengumpat.html

budaya copy-paste dalam internet ni, kita kena letak rujukan dan kredit. Kalau tak letak tu, ini baru dipanggil biadap dan tak ada adab.

Orang yang menegur tu bukan biadap.

Ok. Kembali pada isu kita. Walaupun apa yang saya buat adalah teguran bukan mengumpat.

Tapi sebab mereka cakap ini mengumpat, saya balas hujah untuk mengumpat. Kesian Ruslan dan penat copy-paste.

Petikan dibawah nie saya ambil dari website ini.

http://www.ibnuhasyim.com/2009/06/tak-boleh-mengumpat-lihat-ini.html


"Di dalam Kitab Riyadus Shalihin karangan Imam An-Nawawi, Bab berkaitan Ghibah, ada 6 keadaan yang diharuskan ulama’ untuk mengumpat. Saat itu, ghibah diharuskan untuk tujuan yang shahih lagi syar’ie di mana tidak mungkin tujuan atau matlamat tersebut boleh sampai melainkan terpaksa melakukan ghibah, maka dibenarkan!

Terdapat 6 perkara yang dibolehkan mengumpat dalam kitab tersebut. Kandungan asal bab ini dipetik dari Kitab Riyadus Shalihin versi Bahasa Arab... Begitu juga dalam kitab-kitab seperti Imam Ghazali Ihya Ulumuddin dan lain-lain."

salah satu dari yang enam tu adalah..

"Memberi peringatan kepada kaum Muslimin daripada kejahatan dan menasihati mereka."

Sheikh, lain kali nak berlawan hujah, pastikan takrifan perkataan tu di buat terlebih dahulu. Orang dok cerita pasal lembu, hang mai cerita pasal kaldai.

Lembu dan kaldai tu ada beza tau. Orang yg kurang bijak ja taktau beza lembu dan kaldai.

Kalau nak aku takrifkan mengumpat dengan lebih mendalam, sila request.

Terima Kasih

scholars83 said...

To Shahabudeen Jalil, Salam dulu...

saudara mmg terer bab2 hujah ni, tidak dinafikan, tapi mcmna pun tindakan saudara itu mmg keterlaluan, dahla masuk blog org, pastu ckp empunya blog macam budak2, nasihat itu ini...

Well, ternyata saudara ni kurang jelas dalam satu perkara, dlm islam juga ada sebut pasal fitnah, bende baik pun jika mendatangkan fitnah, maka islam melarangnya, seperti perempuan pergi ke masjid utk solat jumaat, ianya mendatangkan fitnah, perempuan menziarahi perkuburan, ia pun mendatangkan fitnah...

Dari komen2 saudara, ternyata ada yg telah menganggap ia sebagai, hujah dajjal, mengumpat, angkuh dan sebagainya...walaupun tujuan saudara itu baik...

Kami yg baca pun kesian dengan ustaz amin, xtahulah jika ustaz amin xkisah, tapi kami mmg kisah, kerana ia tindakan yg tidak patut...lainla saudara tulis mcm tu kat blog saudara sendiri...

Hujah saya mcm sampah? ye mmg, pasal saya kurang gemar nak nyatakan dalil2 agama nak backup hujah saya...ilmu saya xbanyak, nnti takut tersilap tafsir...

Org nak kata ape katalah, kerana pernah ada satu ketika sy melihat perdebatan hangat antara dua mmber, satu guna akal dan sentimen, satu lagi xhabis2 dengan hujah agama, last2 saya cabar yg guna hujah agama tu supaya berhujah sendiri tanpa guna hujah agama, dia menghadapi kesukaran...

Ya sheikh, pada pendapat sy, nak berhujah agama buleh, tapi biarlah dengan mereka yg dah byk mengaji, tapi klu nak guna hujah agama dengan golongan yg yg berjinak2 dengan agama ni, atau golongan yg kurang ilmu ni, lebih sesuai guna kaedah mengurangkan dalil...nnti depa dah minat, baru keluarkan dalil...

sikit2 mintak dalil, cakap sikit mintak dalil, ini pun mcm sombong juga, adakah kerana hujah saya tanpa dalil, ia terus menjadi sampah?

Sampah pun sampahla, janji ada juga org paham, dan harap2 xde org salah anggap saya nak kritik ustaz amin...

Shahabudeen Jalil said...

Salam,

he he he..

sian tuan scholar.

(scholar = a learned person (especially in the humanities); someone who by long study has gained mastery in one or more disciplines )

Nama tu hebat dah. Macam orang terpelajar. Tapi hujah dangkal.

Kita nie orang Islam. Nabi kata, kalau kita berpegang kepada Al-Quran dan Hadith, kita tak akan sesat.

Kalau nak dengar dari Ustaz Amin pun, kena ada rujukan juga. Kalau nak ikut secara membabi buta, silap2 boleh sesat.

Sudah ada pun beberapa teguran2 saya yang Ustaz Amin betulkan sebelum2 ini.

Contohnya dulu ada sekali Ustaz Amin ckp, anak2 bukan Islam perlu didekatkan kepada agama mereka.

Saya tentang habis-habisan, akhirnya Ustaz Amin sedar kesalahan dan padamkan part tu (walaupun dia tak tulis bahawa dia paham - ini pun bukan adab yg betul sebenarnya dlm internet. Kalau padam, kena bagitau kata padam, supaya jika artikel tu yg dah tersebar tu, orang boleh rujuk semula)

Kalau nak berhujah akal semata-mata, Tuan kena berhujah dengan orang kafir la.

Bila disebut saja orang Islam, semua kita tahu, kita percaya semua yang ada dalam Quran. Kalau kita tolak walaupun satu ayat pun, dah tergugat akidah kita.

Tegur ni bukan fitnah sheikh. Teguran tu macam nasihat la juga.

Baca surah Al-Asr.

Kita dalam kerugian jika kita tak menegur saudara kita.

Ini, tegur pun tak boleh. Habis tu takkan nak biar orang berpegang pada benda yang salah kot.

Aduss.. tak fhm betul saya.

Kalau saudara rasa pendapat saya salah. Sila berikan pendapat. Saya akan terima dan minta maaf jika pendapat saudara tu betul.

Cuba buktikan apa yang saya cakap di atas tu salah. Kalau salah, saya akan tarik balik. Tak ada masalah untuk saya terima kesalahan.

Dalam perbezaan pendapat tu ada rahmat.

Kalau nak guna hujah akal, lagi la mudah.

Setiap orang ada hak bersuara.

Nah.. nak apa lagi ?

Benda agama ni, bukan kita boleh terima buta tuli sheikh. Kita layak menyelidik, kita layak berbincang, kita layak bertanya, kita layak berhujah.

Baru la ilmu kita berkembang.

terima kasih

scholars83 said...

hehe...sheikh Shahabudeen...klu mcm ni kan bagus sket...tenang hati nak baca...xdelah nak sampahkan hujah2 saya seperti sebelum ni...kita ni syeikh, sama2 nak yg terbaik bagi agama kita...justeru apa yg baik bg sheikh, mgkin kurang baik dari mata org, begitu juga saya...

nama scholars83 saya pilih waktu sy berperang2 komen kat youtube dengan puak2 kristian...waktu itu saya sedar kita xleh nak bergantung sepenuhnya pada dalil al quran dan hadis...kita perlu byk guna hujah akal, seperti kata saudara...

"Hanya kerana ustaz Maybank tu menyatakan pandangan mazhab lain tak bermakna ustaz tu jahil agama."
(Shahabudeen Jalil :November 5, 2009 10:55 AM)

syeikh ni pandai2 jugak ckp ustaz maybank tu menyatakan pandangan mazhab lain, adakah syeikh ada ditempat kejadian?

soryla syeikh, saya dalam mood nak siapkan tesis ni, itu yg tiba2 mcm akademik sket...

Saya xmaulah ckp syeikh ni salah, cuma sy kata hujah2 syeikh agak kurang sesuai jika nak tujukan pada ustaz amin...dakwah2 juga syeikh...etika atau metod dakwah kena halusi juga...ada masa kita kena direct, ada masa kita kena slow talk...

sebelum sy akhiri, sy nak petik satu hadis, yg mengatakan bahawa,

jika salah seorang yg berdebat itu mengundur diri, sedang dia tahu dia boleh menang, tapi kerana xmau perbalahan, maka diciptakan baginya satu syurga.

sama2 kita renungkan syeikh...

Shahabudeen Jalil said...

he he he..

tergelak besar aku pagi2 nie..

apa pun, kaedah yang baik memuji diri sendiri.

nak cerita hebatnya diri sendiri tu berdebat dengan kristian, nak cerita hebatnya diri sendiri buat thesis.. huhuhu..

taktik budak2.

apa pun tahniah la.

Tak ada satu pun hujah saya dibalas dengan hujah.

Memang ada dalam pandangan mazhab lain bahawa tak perlu baca fatihah jika solat jahriyyah.

Bila kita terima satu berita, kena selidik latar belakang. Latar belakang orang yang mengadu domba ini. he he he.. bukan main terima jer.

Sebab tu saya cakap, jika Ustaz Amin terima berita bahawa ada ustaz berkata tak perlu baca fatihah.

yang pertama dia kena buat adalah siasat samada benda ini ada dalam islam ke tidak.

Bukan terus nak kata ustaz tu sebarkan ajarkan sesat atau ajarkan yang dia tak arif.

Ini kaedahnya.

Jangan kita nak membela seorang ustaz yang kita suka sehingga kita nak menghina seorang lagi ustaz yang kita tak kenal.

Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa'. (Surah al-Ma’idah : 8)

Adakah kita berlaku adil terhadap ustaz yang seorang lagi ???

Nama scholar tapi hujah dangkal pun tak guna gak. Orang kristian gelakkan kita la kalau sheikh nie berdebat dengan diorang. he he he.

scholars83 said...

alamak...nampaknya i dah slah menilai orgla pulak...syeikh ni mmg suke rendah2 hujah orgla...dulu mmg diakui i igt nak hujah dengan kristian ni pakai hujah quran hadis je...actually dah lama stop...pasal masing2 pun educated...dia hujah pasal ape yg dia percaya...kita hujah dari ape yg kita percaya...sama2 mazhab pun susah, inikan pula lain2 agama...

Well, i mmg seorang pelajar master yg tengah buat tesis...tinggal tesis je lagi...tapi hujah tu masih budak2la kan? mana buleh lawan mereka yg dari kecik berkecimpung dalam bidang agama ni...buat ape nak tunjuk hebat...lebih2 lagi dengan syeikh ni...xpaham langsung mcmna lagi nak bagi hujah...

I bukan org agama syeikh, hujah dan gaya bahasa pun lain...tapi syeikh...i cuma bagi pandangan je...klu syeikh xleh nak terima...itu terpulangla pada syeikh...

malasla nak ckp bahasa melayu dan english i ni mmg superb...pasal ia tergambar kat sini...nnti jadi riak pula...sedangkan ustaz amin yg macam2 kelulusan pun syeikh xheran...ape lagi dengan i ni yg cuma kelulusan bahasa...mmg xleh nak calen la syeikh...

actually...agak jarang jupe org macm syeikh ni..tetap pendirian...mmg bagus sangat...

Shahabudeen Jalil said...

he he he..

terserlah sudah..

terima kasih.

scholars83 said...

syeikh...penah dengar ungkapan ni?

IF U CANT CHANGE THEM, THEN U SHOULD JOIN THEM....

hehehehe...

scholars83 said...

syeikh...penah dengar ungkapan ni?

IF U CANT CHANGE THEM, THEN U SHOULD JOIN THEM....

hehehehe...

Shahabudeen Jalil said...

saya berpegang pada Al-Quran dan Hadith saja.

he he he.. balas hujah dengan hujah la sheikh.

Sembang kosong dan sentimen tak ada guna. Otak kita pun tak berkembang.

Dan banyak kali saya mintak hujah, tapi yg dibalas hanya kosong. he he he.

scholars83 said...

i nak berhujah dengan org bukan wahabi je syeikh...i rasa bazir masa je layan syeikh jika orang tu tempias wahabi...harap orang seperti syeikh, yg teguh pendirian, xcenderung nak sokong belah wahabi aka wahhabiy(senang tulis wahabi)

sejuta hujah pun xguna syeikh...ape syeikh nak buktikan? i ni bukan alim ulamak syeikh...ilmu pun xbanyak...emosi je byk...

klu nak cari perbezaan...mmg xkan ada titik pertemuan syeikh...better cari persamaan kita syeikh...ALLAH yg sama, AL QURAN yg sama, NABI MUHAMMAD yg sama...ISLAM yg sama....

i mengaku kalah syeikh...kita berdamai jelah...

ok syeikh?

emi said...

salam..

at the end of the debate was ending..

saya da baca dari 1st debate antara en.shahabudeen jalil n beberapa pihak yg berlawanan idea..

hanya kerana shahabudeen menyatakan kebarangkalian ustaz maybnk tu berpegang dan menyatakan adanya hujah lain, maka di anggap fitnah..sedangkan ia hanya satu hipotesis yg dibandingkan dgn sumber2 yg diketahuinya dalam bidang fiqh..nasib baik disebut kemungkinan bpegang mazhab lain, kalu diterus d anggap sesat bagaimana?? so saya rasa takde pon kenyataan tu merujuk kepada fitnah.

lg satu pasal menganggap ustz amin seolah2 menerima pengaduan audien d kuliahnya dgn mnyatakan yg ust maybank tu blainan bidang dr yg sepatutnya (syariah) mgkin dr usuluddin atau apa saja yg tidak mnunjukkan ust maynabk tu arif dlm hal ehwal ibadah.. actly saya mmg x setuju dgn kenyataan ustaz tu pasal die seolah2 ambil jalan mudah dgn mmbuat kenyataan sebegitu..mana beliau tahu tahap kelayakan seseorg tuh? tp ikutkan mgkin die da bg jawapan yg paling baik untuk d dengar oleh audien tu...dan saya rasa x salah.

cume en. shahabudeen sdeolah2 terasa dgn kenyataan ustz tu..lantas menganggap ia sbg alasan budak2...hmm...d knyataan ni da terlihat yg ia titik mula kepada pihak2 yg menyokong ust amin bertindak balas terhadap kenyataan shahabudeen.. dan berterusaan la sampai sebelum posting ni..

dan nampaknya en. scholar83 yg paling kuat berdebat tu pon da slow talk..mengaku kalah katanya...actly bukan kalah la..tp satu fasa penerimaan idea pihak lawan..tu pon satu drpada adab berhujah..kene open minded..bukan emo smata2..

dan encik shahabudeen mmg x dinafikan agak arif namun prinsipnya yg kuat n teguh mmbuatkan die dgn slumber n mudah mencantas idea lawan yg padanya tak berlandas pada hujah scara akademik, lalu org lain anggap beliau seorg yg agak rigid n x terima kenyataan n pendapat org.

akhirnya..sampai sini saja ulasan saya.. maaf, ini bukan hujah akademik..hanya laporan ulasan smata2 drpada pemerhatian saya beberapa hari ni..

boleh terima??

salam alaik..

Shahabudeen Jalil said...

guna Al-Quran dan Hadith, dituduh Wahabi. He he he. Dangkal sungguh.

Saya bukan berdebat untuk menang dengan saudara.

Saya berdebat untuk berdakwah dengan saudara supaya tak perlu taat buta kepada mana2 individu selain Nabi Muhammad S.A.W.

Itu tak bermaksud kita perlu bermusuh dengan semua orang.

Maksudnya, kita perlu berfikir, kaji dan bertanya sebelum percaya apa2 pendapat.

Agama bukanlah susah sangat untuk difahami. Kerana agama diturunkan untuk semua umat manusia.

Jika kita tak faham, tanya beberapa orang ustaz dan cari ilmu2 berkaitan.

Kalau nak cari titik pertemuan, saya bersedia.

Tetapi titik pertemuaan itu pada Al-Quran dan Hadith dan Qias Ulamak dan bukan pada pendapat2 ustaz yg tak disertakan dengan dalil.

Kalau tuan nak taksub pada ustaz2.. teruskan.. saya bukan orang yg sesuai untuk tuan cari titik persamaan.

scholars83 said...

Nak tanya pendapat syeikh tentang kemungkinan byk kitab2 agama telah musnah ketika dan ulamak2 dibunuh ketika runtuhnya darul ulum dan turki uthmaniyah...

dan kemungkinan ulamak2 dahulu tidak mampu nak tulis segala ape yg mereka tahu dalam kitab2 mereka...

Dan juga kemungkinan pada zaman moden ni..jika dikaji balik hadis2 yg beribu tahun itu...akan terputus asalnya...kerana nabi telah lama wafat...xde sape buleh betul2 pasti ia sahih atau tidak...jika ape yg kita anggap sahih itu sebenarnya palsu, atau sebaliknya...

Nabi pesan kena pegang pada quran sunnah...tapi org sekarang byk meragui kesahihan hadis...pasal kajian hanya berdasarkan kitab2 dulu...kitab2 ni dah elok...tapi xleh nak lawan otak para pengarang kitab...

Tak ada niat nak halang org kaji hadis...tapi kenalah pikirkan sumber2 yg semakin terhad...jika berterusan...byk hadis akan hilang statusnya...kerena penghubung2nya telah banyak "corrupted"...

Shahabudeen Jalil said...

jadi kenapa nak taksub kepada orang yg mungkin corrupted juga ?

hahahahhaha..

tertangkap dgn hujah sendiri..

banyak sgt sumber kita dan semua ini akan dipelihara Allah.

scholars83 said...

hahaha..adeih lawak..dah agak dah...syeikh mcm xpaham ape yg i nk sampaikan..

bila masa i taksub dengan org yg corrupted? i cuma nak tanya pendapat syeikh...ada kemungkinan x sumber2 seperti kitab2 tu corrupted...rujukan xsampai pada sumber asal...samaada musnah atau tidak disentuh ulamak terdahulu...

syeikh ni...org sekarang ni mmg agak taksub nak mencari kesahihan hadis...tapi bagaimana jika dikaji betul2...dengan sumber yg makin kurang...adakah ianya masih relevan..adakah masih kredibel?

Ape jaminan sumber2 ini akan dijaga oleh ALLAH? sila kemukakan dalil syeikh...i pun nak tahu juga...pasal setahu i...makin lama, agama semakin diangkat..ulamak2 akan mati, diganti dengan org2 jahil...sekarang ni berapa ramai ulamak yg mampu buat kitab seperti imam2 terdahulu?

fahara said...

Saya nak sangat solat jemaah d surau atau masjid tp saya mengalmi kencing x tos.adakh brdosa saya solat jemaah

Anonymous said...

kepada saudara shahbudeen,
saya rasa ustaz amin suruh check latarbelakang PHD ustaz di maybank tu hanya untuk kepastian. ini kerana orang semua percaya kat ustaz tu sebab dia guna title doktor.tak dinafikan mmg ada pandangan yang kuat berkenaan makmum x perlu baca fatihah untuk solat2 jahar.ada juga pandangan yg menunjukkan orang yang sgt2 lemah untuk menghafal sehingga x dapat hafal al fatihah pun boleh boleh menggantikan al fatihah dengan tasbih semasa solat.itu tak dinafikan.tp apa yng ustaz amin nk tunjukkan ialah budaya orang kita yang percaya n yaking yang Doktor dalam bidang agama x mungkin tersilap..ini yang cuba ditunjukkan oleh ustaz amin yang orng Phd pun boleh tersilap / tak dapat menyampaikan sesuatu perkara itu dengan jelas kerana Phd itu ada berbagai jenis dan major n minor bidang tersebut.orang yang minor syariah mungkin x dapat menerangkan suatu perkara itu dengan jelas walaupun memiliki PhD berbanding dengan orang yang cuma ada master tapi major (pengkhususan) dalam bidang yang sama. akhir sekali,buat saudara2 islam ku semua, dalam mengkritik atau "menegur" lebih elok jika dibuat secara lebih peribadi dan bukannya secara terbuka di ruangan komentar yang semua orang boleh membacanya.hargailah maruah dan air muka seseorang dan jangan lah sesekali diaibkan.Imam Al Ghazali pernah berkata:teguran di khalayak ramai bukanlah teguran sebaliknya satu pengaiban.(ini bukan teguran kepada sesiapa cuma hendak membetulkan salah faham) Allah jua Yang Maha Mengetahui sebaiknya.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...