Thursday, March 17, 2011

Universiti Kehidupan 188 - Bagaimana Yahudi Melemahkan Palestin

Mahu dengar mengenai orang Hebron. Mereka terkenal dengan tiga perkara..

1. Orang yang sangat keras kepala hingga ada gurauan di sini, kalau kita mengetuk paku pada satu dinding, paku tidak boleh tembus, cuba tengok dekat sebelah sana, mesti orang Hebron sedang tahan kepalanya.

2. Orang Hebron orang yang pandai berniaga.

3. Antara orang Palestin, orang Hebron paling kuat memegang Agama.

Kalau nak dilihat dari ciri mereka dalam rumpun orang Melayu, barangkali barang kali ia macam orang Kelantan.

Bagaimana Israel ingin melemahkan orang Hebron ini?

Pertama, mereka menempatkan penempatan mereka berhampiran dengan Hebron. Di satu kawasan bernama Karyah Arba’, mereka bina pempatan Israel agar mengimbangi Palestin di sini.

 

Karyah Arba’ bermaksud perkampungan empat iaitu perkampungan empat orang mulia, Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf.

Kedua, mereka membuat huru hara hingga orang Hebron tidak boleh berniaga.

Ketiga, mereka tutup tempat strategi untuk berniaga.

Jadi, mereka melemahkan kuasa ekonomi orang Hebron kerana jika kita mempunyai kuasa ekonomi, maka kita boleh banyak membuat itu dan ini.

Sebab itu jangan kecilkan kuasa ekonomi yang Allah berikan pada orang Islam. Kepentingan ekonomi dari sudut pembangunan Islam dapat dilihat ketika Nabi SAW sampai ke Madinah.

Dengan kemahiran Saidina Abdul Rahman bin Auf, maka Nabi menggalakkan dia berniaga agar orang Islam di Madinah tidak bergantung dengan ekonomi orang Yahudi.

Pada ketika itu, selama beratus tahun, orang Yahudi telah menguasai ekonomi di Madinah, tetapi dengan iman dan strategi yang betul, maka Saidina Abdul Rahman bin Auf dapat menggulung tikarkan ekonomi Yahudi.

Ini yang orang Yahudi buat pada orang Hebron, mereka lemahkan ekonomi untuk menjajah.

Oleh itu hendaklah kita sedar jika ada golongan yang cuba mempertikaikan ekonomi orang Islam, kita kena lawan agar kekuatan ekonomi berada di tangan orang Islam.

Jika kekuatan ekonomi berada di tangan kita, maka kita akan dapat membangunkan berbagai wakaf, sekolah , pusat pendidikan, dan berbagai-bagai lagi untuk kepentingan umat Islam.

Sesungguhnya perjuangan Islam itu mencakupi semua bidang, dari ibadah, akidah, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Hotel Shubra al-Khalil

Mekah Mukarramah

16 Mac 2011 jam 5.00 petang.

IMG_7118

Perjalanan ke Hebron

IMG_7122

Kawasan Yahudi yang dijaga dengan askar Israel

IMG_6986

Inilah masjid Kahlil al-Rahman, tempat terdapat makam Nabi Ibrahim

IMG_7016

Kawasan ini juga dijaga oleh Israel

IMG_6988

Di dalam masjid Khalil al-Rahman

1 comment:

Anonymous said...

Sungguh terharu dan teruja

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...