Wednesday, March 2, 2011

al-Ijabah 88 – “Ya Allah, Hindarkanlah Kami Dari Berperangai Demikian…”

Sesetengah perkara, kita perlukan ahli politik untuk memulakan, ini kerana, mereka golongan yang ada kata pemutus di dalam sesuatu dasar.

Tetapi, sesetengah perkara, kita perlukan keberanian dan jika menunggu dari golongan ini, ia tidak akan berlaku kerana di dalam sesetengah keadaan, tetap golongan ini adalah golongan yang terlalu menjaga kepentingan dan ada sesetengahnya beralasan “kepetingan rakyat”.

Sebenarnya, kalau bukan kerana tuntutan agama, saya pun telah merasa penat di dalam perkara ini. Permohonan tempat perlindungan HIV muslim yang telah setahun di bincangkan bersama MBSA, dan telah mendapat persetujuan Dato’ Bandar Shah Alam, diketepikan oleh segolongan dari ahli politik.

Kalau nak dengar pandangan masyarakat setempat, tempat cadangan MBSA adalah tempat kuliah bulanan saya sejak lima tahun lepas, dari ketua penduduk tempatan, nazir masjid hingga para penjual tepi jalan semuanya menyatakan akan bersama-sama demi akidah umat Islam

“Tapi, apa lagi yang mereka nak saya pun tak tahu…”

Dari MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) kini di tolak ke MPSJ (Majlis Perbandanran Subang Jaya). Di dalam mesyuarat pada 1 Mac 2011 jam 10.00 pagi, di Kampung Tengah Puchong, wakil dari MPSJ sangat ingin membantu tetapi juga agak terkilan dengan golongan ini.

“Kalau baru nak mula di MPSJ, memang jauh lagi ustaz…” kata salah seorang Ahli Majlis MPSJ yang bersama di dalam mesyuarat ini.

Entahlah, yang penting, kita telah buat usaha semaksima mungkin untuk menyelamatkan akidah umat Islam ini yang dulunya duduk di gereja-gereja.  kalau sesetengah orang menyulitkan, Allah yang maha berkuasa tahu niatnya, jika menyulitkan itu niatnya ikhlas, tak apalah, tetapi kalau sebaliknya ku serahkan sahaja padaMu Allah….

Menamatkan mesyuarat tengah hari ini, hati saya berbisik…

“Memang, kadang kala kita perlukan keberanian untuk berbuat sesuatu, harapan hanya pada Allah dan jika kita mengharap pada manusia, semakin tinggi harapan, semakin tinggi kita akan kecewa…”

Ku serahkan yang terbaik padamu Allah… bantulah……

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

27 Rabiul Awal 1432/ 2 Mac 2011 jam 8.30 pagi

IMG_6337

Mesyuarat bersama MBSA dan MPSJ

IMG_6341

Sebagai bangsa Melayu Islam, semua mereka sensitif dengan isu akidah ini, tapi ada golongan yang agak kurang sensitif..

IMG_6343

Terima kasih saudaraku dari MBSA dan MPSJ..

4 comments:

boxhousestudio said...

assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh ya Ustaz Amin...

begitulah ya....ni nak buat kerja baik ni...bukan yang sebaliknya...pun penuh cabaran nya...begitulah berusahanya Ustaz demi agama...saya sendiri terasa tak mampu melakukannya ... saya terus menyokong usaha ustaz...saya doakan selalu agar berjaya cita-cita membantu mangsa HIV ...semoga Ustaz berjaya demi agama kita yang tercinta....amin amin amin Ya Rabbal'Alamin...saya tahu Ustaz tak akan putus asa...Insya ALLAH...

mujahadah said...

Assalamualaikum ustaz, sptmana selalu ustaz sebut2kan dlm kuliah2 ustaz - biarlah kita berpenat2 di dunia jgn kita penat di bawah sana (alam barzakh + alam akhirat). Saya menyokong 100% atas segala jerih payah n usaha yg ustz lakukan insyaAllah benda yg baik akan memberi natijah yg baik juga cuma masa je yg belum tiba.Dan sy pasti ramai sahabat2 n kwn2 yg setuju. Jgn berpatah arang, pantang pahlawan menyerah kalah.

hjSab2 said...

Ustaz Amin,
assalamu'alaikum.

InsyaAllah, PASTINYA Ustaz tidak bersedih...

Telah jelas dan sedia kita maklumi, umat (Islam) di akhir zaman ini akan mudah terpanggil untuk kerja-kerja yang MENENTANG perintah Allah! Perkara-perkara yang HAK itu TERasing di dalam tindakannya.

Juga,dalam banyak kes mereka(yang dilihat beragama Islam) gagal memanfaatkan 'kuasa yang ada' dalam membela kerja-kerja agama...

salam, hjSab2

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..

semoga usaha2 murni diberkati dan dipermudahkan Allah S.W.T..

ustaz, jika ada ruang untuk sukarelawan membantu boleh uar2kan ke alamat emel saya. InsyaAllah jika berkesempatan boleh turut serta.

hairie_isma@yahoo
TNB-ICT division

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...