Sunday, March 6, 2011

al-Ijabah 89 – “Program TNB, Antara Usaha Membawa HIV Ke Tengah Masyarakat..”

5 Mac 2011 jam 9.00 pagi, saya bersama Kelab Kebajikan Bahagian ICT Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar, pejabat besar TNB.

Program hari ini ialah untuk meraikan saudara HIV kita, satu golongan yang dipinggirkan masyarakat hingga akhirnya pihak gereja yang menjaga mereka.

Secara peribadi, program seperti ini antara kejayaan, usaha membawa HIV ke tengah masyarkat dan menghilangkan stigma masyarakat pada golongan ini.

Program dimulakan dengan ucapan wakil-wakil TNB dan Darul Ukhwah, kemudian ceramah multimedia dan seterusnya program yang diatur untuk saudara HIV ini.

Semoga tahun 2011 ini lebih menjanjikan kebaikan terutama di dalam usaha menghilangkan stigma masyarakat.

Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 Rabiul Akhir 1432/ 6 Mac 2011 jam 12.00 malam

IMG_6588 

IMG_6602

IMG_6611

Bersama orang kuat Kelab ICT TNB

IMG_6639

Kenangan Darul Ukhwah dan TNB

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..

semoga usaha2 murni diberkati dan dipermudahkan Allah S.W.T..

ustaz, jika ada ruang untuk sukarelawan membantu boleh uar2kan ke alamat emel saya. InsyaAllah jika berkesempatan boleh turut serta.

hairie_isma@yahoo
TNB-ICT division

Anonymous said...

semoga usaha seperti akan berterusan dan tidak putus di tengah jalan.

Anonymous said...

pendedahan kepada masyarakat melalui program-program sebegini amat bagus dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dan pesakit bahawa, masih ada yang sayang.
semoga kita semua diberkati Allah swt.

boxhousestudio said...

saya mengaminkan harapan ustaz amin ni ....amin YA ALLAH...moga termakbul usaha murni yang tak termampu dik akal saya pun...ALLAH...

semoga penantian menjadi kenyataan...Insya ALLAH....ALLAH makbulkan lah....

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...