Mari kita berkenalan dengan Western Wall (Wailing Wall).
Hari ini, 9 Mac 2011, saya bersama rombongan dari “Mencari Keberkatan 3 Masjid” masuk ke al-Aqsa melalui Western Wall (Wailing Wall).
Ini kali pertama, kami melihat dari dekat kerana sebelum ini pada tahun 2009, saya hanya dapat melihatnya dari jauh.
Tembok ini dinamakan sebagai tembok ratapan kerana ia menjadi dinding ratapan bagi orang Yahudi.
Ia juga dikenali dengan nama tembok timur (Western Wall) kerana ia terletak pada bahagian timur. Bagi fahaman Yahudi, mereka menunggu akan turunnya seorang pembela “messiah” yang datangnya dari arah timur.
Untuk masuk ke kawasan ini, kami terpaksa melalui kawasan pemeriksaan, semua beg kami diperiksa.
Saya memerhatikan sekeliling untuk sampai ke dataran Western Wall (Wailing Wall) ini. Terdapat satu papan tanda. Kalau dalam Islam ia dipanggil adab untuk masuk masjid.
Antaranya tertulis…
“Sila matikan telifon…”
Mmmm, sama macam nak masuk ke masjid, barangkali dikhuatiri mengganggu orang yang sedang berdoa.
Tembok ratapan Western Wall atau Wailing Wall ini mempunyai berbagai bentuk batu, ini kerana ia bangunkan oleh orang berbeza, barisan bawah sekali agak besar dan semakin atas batunya semakin kecil.
Ia didirikan oleh berbagai kerajaan, antaranya kerajaan Fatimiyyah dan kerajaan Mamluk.
Dahulu kawasan ini diduduki oleh orang Arab Maghribi tetapi ketika Yahudi dapat menjajah kawasan ini, mereka merobohkan rumah-rumah orang Maghribi ini dan digantikan dengan penduduk Yahudi Ortodox.
Setelah beberapa ketika di lapangan tembok ini, kami mula bergerak melalui terowong kecil yang kemudiannya terus tembus ke kawasan masjid al-Aqsa.
Di laluan ke al-Aqsa terdapat Ohel Yitzchak Synagogue (tempat ibadah orang Yahudi)
Kami tembus di gate Chain Gate. Untuk masuk ke al-Aqsa terdapat 10 pintu yang masih boleh digunakan, manakala 4 pintu telah ditutup oleh pihak Yahudi.
Di sebalik Western Wall (Wailing Wall) adalah dinding pagar al-Aqsa. Di tembok timur ini jugalah terdapat tempat di mana Nabi SAW menambat Buraq di dalam peristiwa Isra dan Mikraj.
“Pengalaman Asas Kebijaksanaan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
National Hotel, Salahuddin al-Ayubi Rd, Jerusalem
4 Rabiul Akhir 1432/9 Mac 2011 jam 9.30 malam
Pemeriksaan untuk masuk ke dalam Western Wall
Semua beg kami diperiksa
Etika masuk ke dalam wailling wall ini
Kenangan di tembok ratapan
Seorang yahudi sedang meratap
Meja kayu yang digunakan untuk meletakkan kitab mereka
Kawasan yahudi Ortidox yang dahulunya menjadi kediaman orang Maghribi
Kami melalui sebuah terowong untuk ke al-Aqsa
Kami tembus di Chain Gate
Terdapat synagoge iaitu rumah Ibadah orang yahudi
Di sebalik tembok ratapan ini, ialah kawasan al-Aqsa
Di belakang bangunan inilah Western Wall
6 comments:
As-salam Ustaz,
Western maknanya Barat. Bagaimana kaitan dengan timur pula?
terima kasih berkongsi cerita dan gambar....kelmarin saya dah merasa masuk masjid al agsa...tapi replika je le kat terengganu tu.....wall tak ada le pula... :)
Salam Ustaz,
Bagaimana untuk hubungi ustaz? Kerana ingin menjemput ustaz untuk memberi motivasi ibubapa di sekolah.
- Nurul Akmal
mn_saidina@yahoo.com
assalamualaikum ustaz
ada orang bertanyakan saya soalan ni saya
minta bantuan jelaskan
Boleh tak saudara jelas kan tentang ayat Allah (58:17),'merekalah ahli neraka dan mereka KEKAL di dalamnya'.. saya banyak mendengar 'Muslim yang berdosa akan masuk neraka,setelah segala dosanya settle,masuk syurga semula' namun tiada 1 pon ayt dalam al-quran tentang itu..Malah neraka dijadikan Allah bukan untk menyucikan dosa,tapi untuk menghukum..Dosa kita hnya akan suci,jika kita bertaubat.. contoh:Ahmad dilahirkan dalam keluarga muslim,Mutusami dilahirkan dalam keluarga hindu..kedua2 mereka ini melakukan maksiat,minum arak,berzina,etc..namun hanya kerana Ahmad muslim dia tetap masuk syurga..''Deyy!yena deii! ini tidak adil,saya juga manusia,saya juga makhluk Allah,saya dilahirkan dalam keluarga hindu,saya tidak tahu apa,saya tidak tahu minum arak itu salah,saya tidak tahu berzina itu berdosa tetapi Ahmad tahu,dan sekarang Ahmad masuk syurga,saya kekal di neraka..''kata mutu.. Sesungguhnya Allah Maha Adil..Allah adil terhadap semua makhlukNya.. adakah selama ini kita sudah salah faham? atau saja2 diberikan teori sebegitu oleh pihak tertentu dgn tujuan umat Islam jatuh.. bayangkan jika kita muslim,yg melakukan banyak dosa akan tetap ke syurga semula asalkan mereka BERIMAN..adakah seseorang itu beriman jika maasih melakukan dosa?.TIDAK!mereka yang beriman adalah mereka yg bertaubat..sudah tentu kita akan alpa di dunia ini..kerana kita yakin,baik atau jahat kita,asalkan muslim tetap akan syurga dan matlamat pihak2 yg menyampaikan teori begitu tercapai apabila kita sudah alpa.. Setiap orang melakukan dosa.. Allah suka hamban2nya yang bertaubat setelah berbuat dosa,hanya mereka yang bertaubat akan diampunkan dosa2nya..Maka bertaubatlahh wahai sahabat2,selagi masih sempat..Menyesallah dengan apa yang kita lakukan,bersegeralah bertaubat,kembali pada Allah..Kiamat sudah dekat,janganlah kita alpa sahabat2..Dunia hanya sementara.. minta tolong jelaskan.. -yang keliru-
Maaf, memang ia adalah tembok barat, orang Yahudi menghadap ke Timur ketika membaca kitab mereka..
Western Wall=Tembok Ratapan Barat, timur adalah kiblat org Yahudi. Mereka membaca kitab menghadap ke arah barat bila menghadap tembok
Post a Comment