Sunday, March 6, 2011

Diari 296 – Usrah “Fiqh Perubatan”

Jumaat 4 Mac 2011, sepatutnya selepas Jumaat jam 3.00 petang, saya bersama dengan krew Usrah di Pusat Perubatan Universiti Malaya membahaskan satu tajuk yang menarik iaitu “Fiqh Perubatan”.

Tapi rakaman tertangguh hingga jam 6.00 petang kerana krew Usrah terlibat dengan kemalangan. Walaupun tidak teruk tetapi urusan ke balai polis agak memakan masa.

Rakan usrah kali ini ialah anak murid saya dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Sejak dari tahun 1999 lagi, saya telah mengajar di Kolej Ibnu Sina Universiti Malaya yang para pelajarnya adalah bakal-bakal pengamal perubatan.

Banyak generasi mereka yang telah tamat dan menjadi doktor.

Kalau dahulu, kelas bersama mereka adalah setiap hari Rabu malam, tetapi sudah setahun lebih tak dapat dijalankan secara mingguan, hanya jemputan sahaja kerana masa yang sudah agak terhad.

Tajuk “Fiqh Perubatan” adalah antara tajuk kegemaran saya kerana banyak isu-isu syariah di dalamnya.

Banyak tempat telah dikongsikan, dari Universiti Malaya, Uitm hingga bersama pelajar perubatan di Mosow Rusia.

Beginilah indahnya Islam, ajarannya syumul dari sekecil perkara hingga sebesar perkara, dari isu rumah tangga hingga kepada negara, dari isu sihat hingga ke isu sakit.

Walau apa yang dibincangkan, semuanya membawa kita mengagungkan Allah, kerana ia adalah matlamat hidup kita.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 Rabiul Akhir 1432/ 6 Mac 2011 jam 11.30 malam

IMG_6503

Bersama adik-adik dari Fakulti Perubatan UM

IMG_6511

Fiqh Perubatan antara tajuk kegemaran…

IMG_6512

Hari ini, ada dua pelajar praktikal dari Palestin

IMG_6538

Kesempatan yang ada, test tekanan darah..

IMG_6557

Ini dia penerbit bagi rancangan Usrah, sepatutnya akan bersama ke Palestin dalam program tiga masjid, tapi terdapat sedikit masalah di saat akhir, ada hikmahnya tu…

IMG_6562 

IMG_6580

IMG_6584

Kenangan akhir bersama semua yang menjayakan rancangan ini…

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...