Monday, March 7, 2011

al-Ijabah 90 – “Lorna Whiston Dan Nursyikin..”

6 Mac 2011 jam 10.30 pagi, saya dikunjungi oleh rombongan dari Lorna Whiston, pusat Bahasa Inggeris yang bertempat di Taman Tun Dr. Ismail.

Rombongan ini bersama dengan NST datang untuk menziarahi Nursyikin, anak yatim piatu yang berada di bawah jagaan kita yang diuji dengan sakit jantung berlubang.

Guru dari pusat ini kebanyakkannya orang dari Eropah. Ketika sampai, ibunda saya menghidangkan cekodok, ubi goreng bersama sambal kicap.

Hidangan sambal kicap terkenal bagi orang Johor, dan minah-minah Salleh ni, cukup teruja.

Hari ini, Nurasyikin masih belum dapat membuat apa-apa pembedahan, ia perlu dibantu dengan ubat dan dalam masa 6 bulan, doktor akan melihat perkembangannya sama ada pembedahan boleh dibuat atau tidak.

Di akhir pertemuan, pihak Lorna Whiston memberikan sumbangan untuk keperluan pembedahan adik Nurasyikin.

Terima kasih saya ucapkan pada sesiapa sahaja yang bersama di dalam usaha ini…

Minta di doakan agar adik ini mendapat rawatan yang sebaiknya, dengan tanpa ayah dan ibu di sisi, sudah tentu ia lebih berat lagi bagi adik ini, tetapi sedikit usaha menjaga anak yatim, mudah-mudahan menjadikan kita bersama Nabi di akhirat nanti…

“Al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

2 Rabiul Akhir 1432/ 7 Mac 2011 jam 12.30 tengah malam

IMG_6647

IMG_6654

Minah Salleh dengan sambal kicap…

2 comments:

Anonymous said...

ibu saya ada menonton 'Nasi Lemak Kopi O' tempohari yg mana ada satu segmen tu menampilkan perubatan Islam bersama Asyraf Muslim.Pesakit jantung mereka disarankan mengamalkan membaca surah Al Isra' ayat 40-55.Kalau saya tersilap,maafkan dan betulkan saya

boxhousestudio said...

insaf...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...