Tuesday, March 8, 2011

Diari 297 – Perjalanan KL - Amman

7 Mac 2011, semenjak pagi, masa yang ada agak mencemburui, saya berlari ke sana dan ke sini untuk menyelesaikan banyak perkara sebelum meninggalkan tahah air jam 10.00 malam.

Saya hanya sampai di rumah jam 7 petang, ibunda dan adik saya telah berada di rumah untuk mengucapkan selamat jalan.

Mengemas beg dalam tempoh 20 minit sudah cukup untuk perjalanan seorang diri. Saya sempat mengimamkan solat Maghrib bersama keluarga dan memohon agar perjalanan dipermudahkan Allah dan keluarga yang ditinggalkan dipelihara Allah.

Jam 8.00 malam, saya mula bergerak ke KLIA, anak-anak murid rapat dan bersama seorang anak saya menghantar ke airport. Sampai di airport, semua jemaah telah ada.

Selepas menyelesaikan urusan imigresen, saya dan bebererapa orang yang menghantar, solat isyak di surau di KLIA, kemudian kami sempat minum sekejap.

Saya naik ke kapal jam 10.00 malam. Kapal mula bergerak jam 10.15 malam.

Tempat duduk saya malam ini ialah 13 E, menaiki penerbangan Royal Jordan, perjalanan tidak terus ke Amman, tetapi singgah dahulu di Bangkok 1 jam.

Jam 1 pagi, kami mula bergerak dari Bangkok, sepanjang perjalanan, saya hanya berehat dan sekali sekala mencoretkan sesuatu di dalam buku catatan.

Jam 10.15 pagi waktu Malaysia (di Jordan jam 5.15 pagi) kepak kapal mula dibunyikan, bunyi tayar mula kedengaran dan jam 5.17 pagi waktu Jordan kami mula mendarat.

Wakil pelancongan di Jordan telah menunggu kami dan kami di bawa ke Imperial Palace Hotel untuk sarapan pagi.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Dead Sea SPA Hotel Jordan

3 Rabiul Akhir 1432/8 Mac 2011 jam 5.24 petang

IMG_6655

Minum sebentara sebelum bertolak di KLIA

IMG_6679

Airport Amman Jordan

IMG_6684

Kami dibawa ke Imperial Palace Hotel untuk sarapan pagi

1 comment:

boxhousestudio said...

selamat beribadah sambil menimba ilmu ustaz amin dan rombongan sekelian....
mudah-mudahan suatu hari nanti dapat ikut bersama menyertai rombongan yang dipenuhi dengan kisah kisah sejarah penting...Alhamdulillah...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...