Sunday, March 6, 2011

Diari 295 – “Rakaman al-Hidayah…”

3 Mac 2011, saya bersama krew al-Hidayah TV3 menyempurnakan rakaman bagi rancangan ini. Dua tajuk dibahaskan…

Konsep program al-Hidayah tahun ini agak berbeza dengan sebelum ini yang pernah saya sertai, ia lebih seakan bicara mufti TV1 iaitu hanya ahli panel yang mengulas.

Ketika rancangan kedua dijalankan, entah apa yang kelakar sangat, Nazrah, pengacara rancangan al-Hidayah ini tergelak hinggakan saya yang berada di hadapan pun turut tersenyum.

Beginilah masam manis rakaman….

Adakalanya kita akan tersenyum sendiri dan adakalanya berkerut sendiri.

Rakaman dibuat di Yayasan Restu dan yang agak mencabar juga ketika makcik-makcik lalu lalang dengan kasut tumit tinggi dengan bunyi yang keluar

“tik… tik… tik….”

Dan adakalanya, rakaman terpaksa dihentikan sehingga makcik-makcik ini selesai melintas. Bunyai kuat dari kasut kedengaran hingga di dalam kamera.

InsyaAllah, kita akan berkongsi perkara menarik di dalam rancangan ini…..

“Berkat sungguh tempat ini” bisik hati saya melihat Yayasan Restu ini menjadi tempat pengajian setiap hari dan tidak putus pagi dan petang.

Untungnya orang yang menginfaq sehingga tertubuhnya tempat ini.

Begitu jugalah kita, semoga Allah berikan kita peluang untuk membuat amal yang kekal pahalanya…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 Rabiul Akhir 1432/ 6 Mac 2011 jam 11.00 malam

IMG_6427

Rancangan al-Hidayah adalah antara rancangan awal yang saya sertai di TV

IMG_6431

IMG_6440

IMG_6462

Hari ini, kami membahaskan dua tajuk

IMG_6465

IMG_6474

entah apa yang kelakar sangat…

IMG_6479

Inilah masam manis ketika rakaman…

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...