Wednesday, March 9, 2011

Jom Kongsi Pengalaman 66 - Mengenal Kota Madaba

Mungkin pertama kali kita mendengar nama kota Madaba, ia tidak terkenal di kalangan orang Islam kerana kota ini tercatat namanya di kitab Bible mahupun kitab-kitab Bani Israel.

Tetapi, menjangkau kaca mata agama, kota ini adalah sebuah kota yang terkenal dengan pembuatan mozak.

Ketika di zaman Byzantine lagi, kota ini telah terkenal dengan pembuatan mozak dari batu-batu asli berbagai warna yang dipotong sekecil biji-biji buah delima. Kemudian ia disusun menjadi gambar.

Mozak yang paling terkenal ialah mozak berukir dengan peta Jerusalem dan negeri-negeri sekitarnya yang terdapat di Madaba ribuan tahun lepas.

Ketika kota Jerusalem dihanguskan oleh Panglima Rom, Titus, ia hampir-hampir tidak dapat dibangunkan kembali tetapi sebuah peta dari mozak yang ada di Madaba menjadikan para cedikiawan dapat mengetahui kedudukan asal kota Jerusalem dan dapat membangunkannya semula.

Fungsinya seakan lukisan pada gua batu yang menceritakan keadaan zaman tersebut.

Ketika zaman Umayyah, Khalifah Hisham bin Abdul Malilk juga menggunakan kepakaran ahli Madaba untuk membuat istananya yang berada di Jericho. Kesan dan tinggalan Khalifah Hisham masih boleh dilihat hingga kini dan lukisan di ruangan tamu istananya yang menggambarkan seekor singa menerkam sekumpulan rusa menjadi bendera bagi lambang Jericho.

8 Mac 2011 jam 1.30 tengah hari, kami rombongan mencari keberkatan tiga masjid telah dibawa ke Jordan Jewal Art And Mosaic. Di sana kami diberikan taklimat mengenai pembuatan Mozak.

Pembuatan mozik dari Madaba adalah satu seni tangan yang halus, ia tidak menggunakan pewarna bagi mewarnakan corak dan gambar, tetapi daripada warna asal batu yang ada sekitar pergunungan Madaba.

Ia sangat seni dengan serpihan kecil sebesar kaca cawan yang berderai.

Menurut jurucakap Jordan Jewal Art And Mosaic, sebuah mozak sebesar talam hanya akan dapat di siapkan dalam dua bulan setengah.

“Perkerja di sini kebanyakkan adalah orang kurang upaya, oleh kerana kerja di sini tidak memerlukan mereka berjalan ke sana ke sini, maka mereka boleh duduk dengan tekun memotong batu dan melekatkannya” kata juru cakap tempat ini.

Batu-batu sekecil biji-biji buah delima ini, akan dilekatkan dengan menggunakan gam yang dibuat dari tepung. Ia dilekatkan di atas kain putih yang telah dilukis.

Kemudian, setelah kering, maka mereka akan melekangkan kain putih tersebut dari batu-batu mozak ini.

Batu-batu ini melekat antara satu sama lain seperti lekatnya genting atap rumah. Ia kemudiannya, ditampal pada frame.

Memang, orang dari Madaba mempunyai kemahiran ini sejak ribuan tahun dahulu, dan ia masih lagi diwarisi sehingga sekarang.

“Pengalaman Asas Hikmah”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Dead Sea SPA Hotel Jordan

3 Rabiul Akhir 1432/8 Mac 2011 jam 9.40 malam

IMG_6704

di Jordan Jewal Art And Mosaic

IMG_6705

Mereka memotong batu-batu berbagai warna hingga menjadis  sekecil biji-biji delima

IMG_6706

Ia kemudiannya di susun di atas kain putih

IMG_6708

Gambar di Istana Khalifah Hisyam Abdul Malik

IMG_6712

Bersama replika peta kota Jerusalem dan sekitarnya

IMG_6713

Di hadapan Jordan Jewal Art And Mosaic

1 comment:

boxhousestudio said...

ustaz amin

ana suka tempat sebegini....ana suka menghayati kerja seni tangan...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...