Ketika sampai di Kota Mekah, saya menemui sahabat-sahabat yang saya kenali di sini, termasuk Haji Arshad (http://hajiarshad.blogspot.com) dan Haji Azli (http://manzlie-makkah.blogspot.com ).
Apa yang menarik, setiap kali bertemu di sini, maka akan di adakan majlis dan kali ini di bilik Haji Azli.
17 Mac 2011, jam 8.30 malam, menyaksikan ramai ustaz berkumpul di bilik Haji Azli, ustaz Jazlan, Ustaz Ahmad Dusuki, ustaz Amir, dan seorang ustaz dari pelajar bukit Jiyad Mekah.
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil.
Jamuan malam ini ialah Nasi Mandey kambing dan dua kepala kambing berada di dalam hidangan kami.
Hidangan malam ini cukup istimewa kerana kami dapat melihat sekitar Masjid al-Haram dari tingkat sepuluh Sofwah Tower dengan suasana dingin kerana hujan di kota Mekah.
Pada 19 Mac 2011 pula, jam 2.00 petang, saya dijemput ke rumah Habib Ahmad Saga untuk makan tengah hari, sama juga, nasi Mandey kambing dihidangkan.
Cuma orang Arab selepas jamuan akan di wangikan dengan kemiyan Arab yang dibakarkan untuk kami.
Semoga persahabatan di kota Mekah ini berterusan dan semoga Allah terus berikan kebaikan pada saya dan kita semua, amin…
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Manazil Walid Mekah Mukarramah
15 Rabiul Akhir 1432/ 20 Mac 2011 jam 2.00 pagi
Zam-zam tower
Jamuan Nasi Mandey
Kepala kambing yang menjadi hidangan malam ini
Lima orang Ustaz dijemput malam ini
Kenangan di masjid al-haram
19 mac 2011, kami dijemput ke rumah Habib Ahmad Saga
Selepas jamuan, orang Arab akan mewangikan sekeliling dengan kemiyan Arab (Bakhur)
6 comments:
Alhamdulillah..
bila la saya akan tiba di mekah.. hmmm.. anyway, rajin2, meh laa singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)
JHaZKiTaRo: tahniah saudara dah sampai 45 negara...semoga Allhamudahkan dan lapangkan untuk datanag ke tanah Haram pula...http://hajiarshad.blogspot.com
assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh Ustaz Amin
Syukur ..alhamdulillah....bertuah kita dapat sahabat-sahabat sebegini yang berbudi pekerti mulia dan benar-benar menghormati tetamu...semoga ALLAH swt memberkati kehidupan mereka dan di kurniakan pahala yang melimpah ruah....terima kasih ALLAH...
teringat kenangan berkerja di Makkah pd tahun 2009. Makan beralaskan plastik , nasi mendy dan asir mangga.
Seronok sambil beribadah bertemu teman dari M'sia.
CL dan Hj Arshad tak jemu-jemu makan nasi mandey....
Post a Comment