Wednesday, March 2, 2011

Diari 292 – Forum Majlis Konvo Politeknik…

28 Febuari 2011, jam 8.00 malam, saya sudah berada di Politeknik Pasir Gudang Johor. Majlis malam ini adalah forum bersempena dengan majlis konvokeysen di sini.

Apa yang menarik ialah, forum bukan dibuat di dalam dewan, tetapi di dataran dan terdapat khemah yang melindungi.

Bertemakan “Kalam will never be replace” forum malam ini dimulakan dengan pelancaran tiga kempen iaitu kempen “say no to bonceng”, kempen cegah jenayah, dan kempen jom solat.

Kempen “say no to bonceng” merujuk kepada membonceng lelaki atau perempuan yang bukan mahram.

Saya melihat, mana-mana tempat juga sama masalahnya iaitu percampuran lelaki dan perempuan yang akhirnya membuahkan berbagai masalah. Dan satu sahaja ubatnya iaitu….

“Kembali pada ajaran Islam”

Tidak ada orang yang dapat menafikan perkara ini tetapi kenapa kejituan agama hanya dapat dihargai jika manusia telah rosak. Waktu rasa hebat, lupa pada agama sedangkan kerosakan sesuatu bukan berlaku dalam sekelip mata, ia mengambil waktu seperti orang yang sakit jantung, bukan kerana makan kambing dan terus kena. Proses sehingga jantung tersumbat itu adalah aktiviti permakanan yang tidak sihat dalam jangka masa yang lama.

Begitu juga sikap. Lahir anak haram, bukan tiba-tiba jadi, ia adalah dari ketika remaja itu dibesarkan, ia telah di dedahkan dengan pendedahan dan semakin lama mereka menjadi semakin berani.

Kenapa ketika dah rosak baru nak ingat agama dan tidak dicegah dari awal? Inilah yang banyak berlaku di tengah masyarakat…..

Pelancaran kempen disempurnakan oleh Timbalan Pengarah dan gimiknya agak menarik iaitu kira-kira dua puluh anak muda bermotor berhenti dan wakilnya naik ke pentas memberikan banner dan stiker untuk di pasang di motor.

Timbalan pengarah membukakan stiker kempen dan seterusnya memasangkan pada motor.

Satu lagi yang bagus majlis malam ini, ia bukan sahaja melibatkan mahasiswa/i, tetapi juga persatuan penduduk setempat di jemput, orang masjid dijemput hingga balai polis setempat juga dijemput. Ia bertujuan merapatkan hubungan antara masyarakat setempat dengan Politeknik.

Majlis tampat jam 11.00 malam dan semoga, program kerohanian seperti ini dapat dibanyakkan dari masa ke masa.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

27 Rabiul Awal 1432/ 2 Mac 2011 jam 8.00 pagi

IMG_6272

IMG_6280

IMG_6289

IMG_6305

Pelancaran tiga kempen di ucapan pembukaan oleh Timbalan Pengarah En. Sahul Abdul Hamid

IMG_6306

gimiknya ialah penyerahan banner kempen dan stiker

IMG_6316

di pasang di motor

IMG_6324

Berkongsi dengan adik-adik dari Politeknik ini

IMG_6334

Yang menariknya, masyarakat luar juga terlibat dengan program ini dan pertama kali dalam sejarah dakwah saya, di akhir majlis, penceramah dapat “teddy bear”

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...