Wednesday, March 2, 2011

Diari 291 – Ilmu, Asas Rumah Tangga Bahagia… perbahasannya di IKIM.fm

Isnin 28 Febuari 2011, tirai bulan febuari bagi jadual saya di tutup dengan program di IKIM.fm. Seperti biasa, saya akan menemui para pendengar pada setiap minggu ke tiga dan keempat jam 10 pagi.

Dalam rancangan SURI ini, kita akan bincangkan hak-hak wanita, sebelum, semasa dan selepas perkahwinan.

Memang banyak soalan yang diajukan oleh para pendengar dan saya minta maaf jika tidak berkesempatan untuk menjawabnya.

Sebenarnya, memang, antara motivasi yang sangat perlu kala ini adalah motivasi kekeluargaan kerana kadar hancurnya rumah tangga akhir-akhir ini sangat tinggi.

Antara sebab berlaku adalah kurangnya iman, ilmu dan amal. Pasangan berkahwin dengan cinta semata dan bukan kerana tanggungjawab agama.

Lebih malang lagi jika cinta itu di dasarkan pada perasaan dan nafsu semata, bukan dari iman yang memandang cinta perlu disuburkan dengan penunaian tanggung jawab, akhirnya, jika tuntutan nafsu dan perasaan dah hilang, maka cinta pun pudar.

Penekanan pada tanggungjawab inilah yang dibincangkan di dalam rancangan ini.

Di akhir rancangan, saya berbual dengan DJ Fairuz…

“Kak, bulan depan, minggu ketiga saya tak ada kat sini, habis macam mana nak bersiaran?”

“Tak apa ustaz, kita boleh buat rakaman” katanya.

InsyaAllah, jika dengan izinNya, saya akan membawa jemaah di dalam kembara tiga masjid iaitu al-Aqsa, masjid Nabawi dan Masjid al-Haram. Tiga masjid ini disebut oleh Nabi di dalam hadis baginda untuk menggalakkan umatnya berusaha pergi ke tiga masjid ini.

Rombongan kembara saya akan bermula dari 7 haribulan hingga 22 haribulan. Semoga ia terus dipelihara Allah amin…..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

l-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

27 Rabiul Awal 1432/ 2 Mac 2011 jam 1.50 pagi

IMG_6269

tajuk : hak-hak wanita….

IMG_6270

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...