Wednesday, March 2, 2011

Diari 290 – “Sambutan Maulid di Panasonic Johor…”

Sabtu 26 Febuari 2011, saya dijemput untuk memehuhi majlis maulid di Panasonic di Senai Johor. Majlis bermula jam 9.00 pagi.

Saya mula bertolak dari Selangor jam 12 tengah malam dan sampai ke Johor hampir jam 4 pagi, berehat di rumah Abang Ali di taman Impian Mas untuk beberapa jam untuk menyegarkan badan.

Pagi ini, majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran. Ia kemudian diserikan dengan nasyid dari anak-anak tadika dari tadika Islam al-Amin.

Sejuk hati melihat anak-anak ini mendendangkan nasyid ketuhanan. Biar pun mungkin mereka belum memahami keseluruhan seni katanya, tapi membudayakan kebaikan, itulah objektif utamanya.

Dan di dalam majlis Maulid seperti ini, yang saya amat suka adalah jika penglibatannya termasuk anak-anak kecil. Ini kerana, orang dewasa memang “insyaAllah” dah faham apa itu mencintai Nabi, bagi anak-anak kecil, memang mereka memerlukan program untuk mengingatkan pada Nabi.

Ceramah pagi ini bertajuk “Apa ada dengan cinta?” tajuk tema bagi ceramah maulidur rasul saya tahun ini.

Kita biasa memenuhi hati kita dengan cinta, tetapi apa ada dengan cinta kita pada Nabi?

Adakah sambutan maulid ini hanya sebagai memenuhi jadual aktiviti tahunan atau ia sebagai satu program berobjektifkan mencintai Rasul?

Bermula jam 9.30 pagi, kami berceramah sambil setiap lima belas minit, saya akan meminta semua pendengar bangun dan sama-sama berselawat dengan versi yang berbagai.

“baguslah ustaz buat macam ni, tak sempat nak mengantuk” respons salah seorang pendengar pagi ini.

Alhamdulilah, ceramah dihabiskan pada jam 11.15 yang kemudiannya dikongsikan pula dengan nasyid dari pelajar sekolah.

Majlis ditutup dengan jamuan, semoga Allah terus memberikan rahmat pada siapa sahaja yang menjayakan program hari ini, amin….

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

l-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

27 Rabiul Awal 1432/ 2 Mac 2011 jam 1.30 pagi

IMG_6113

Ketibaan

IMG_6117

IMG_6139

Dimulakan dengan bacaan al-Quran

IMG_6157

anak-anak kecil yang mendendangkan nasyid sekadar kemampuan mereka

IMG_6191

Ceramah pagi ini lebih santai “apa ada dengan cinta”

IMG_6218

Saya suka melihat anak-anak kecil yang memenuhi majlis

IMG_6239

ditutup dengan persembahan nasyid..

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...