Saturday, October 31, 2009

Bicara Ilmu 9 – Program Anda Bijak Jauhi Zina

“Ustaz, confirm ye 29 Oktober ni” kata Timbalan Pengarah Anda Bijak Jauhi Zina 2009 yang dianjurkan oleh JKP Balai Islam Kolej Kediaman Ibnu Sina Universiti Malaya.

Program yang sudah beberapa kali tertangguh ini merupakan program tahunan bagi JKP Balai Islam Kolej.

“Saya banyak tahun terlibat dengan program di sini, tapi tahun ini, tajuk dia agak direct sikit” kata saya pada AJK.

Biasanya tahun-tahun lepas cuma tajuk cinta sahaja.

Hari ini 29 Oktober 09, jam 9.00 malam, saya dijemput sebagai ahli Panel di dalam Forum “Jangan Jadikan Cinta Kita Fitnah” yang merupakan salah satu agenda program “Anda Bijak Jauhi Zina”.

Rakan ahli panel ialah Haji Noorazman yang merupakan pensyarah di UIAM.

Saya ingin berkongsi isi penting di dalam program ini.

1. Manusia mempunyai fitrah untuk mencintai dan dicintai.

2. Cinta merupakan satu perasaan senang dan tenang terhadap sesuatu. Ada orang, perasaan ini pada kerjaya, pada binatang, pada kereta dan ada pada manusia

3. Apabila perasaan ini semakin dalam ia akan dipanggil cinta dan apabila ia semakin dalam lagi ia dipanggil sebagai “Asyik” (perkataan di dalam bahasa arab “Ain, Syin dan Qaf”)

4. Orang yang telah sampai ke tahap asyik ini, dia tidak akan merasa susah dan menderita terhadap apa yang dilakukannya demi perkara yang dicintai walaupun orang lain melihatnya susah.

5. Cinta perlu dikaitkan dengan keimanan, barulah sesebuah cinta itu mendapat kekal dan selamat di dunia dan akhirat.

6. Mencintai Allah, satu yang senang disebut tetapi amat payah ingin diusahakan.

7. Untuk mendapat cinta Allah, kita kena latih diri kita untuk cinta al-Quran dan mencintai kebaikan.

Itu antara isi penting di dalam forum ini. Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada JKP Balai Islam Kolej Ibnu Sina Universiti Malaya di atas usaha mengadakan program yang baik ini.

“Ilmu Pelita Hati”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

31 Oktober 09 jam 2.00 petang

IMG_0003

IMG_0026

IMG_0025

IMG_9954

IMG_9975

IMG_9976

IMG_9986

3 comments:

Anonymous said...

Gambar student laki-laki nye mana ustaz...kosong ke tempat duduk...hehe

Shahabudeen Jalil said...

direct bukan derect

Ustaz Amin said...

terima kasih

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...