Sunday, November 1, 2009

al-Ijabah 37 – “Kalau Jiwa Ustaz tu, Ustaz Jugalah”

31 Oktober 09 jam 6.30 petang, setelah tamat dari Low Yat Plaza, saya dan rombongan yang ada ke Pandan Kuala Lumpur, untuk mengambil Ustaz Ismail.

Hari ini insyaAllah, Darul Ukhwah akan menerima satu tukang masak khas, seorang ustaz lulusan al-Azhar yang pernah mengusahakan restoran di Kuantan.

Kalau dah jiwa ustaz tu, ustaz jugalah gayanya.

Walaupun Ustaz Ismail ini terlibat di dalam bidang perniagaan makanan lebih 10 tahun dan pernah mengusahakan restorannya sendiri, tapi hatinya terbuka untuk bersama-sama kita di dalam program amal, rumah HIV Darul Ukhwah ini.

Beliau terbuka hati untuk membantu urusan masakan di dalam rumah perlindungan ini ketika diberitahu mengenai sejarah awal penubuhan Darul Ukhwah, kisah membawa keluar pesakit HIV dari gereja dan sebagainya.

Kalau sebelum ini, masakan penghuni rumah dimasak oleh pembantu Kak Liza dan dibawa ke Darul Ukhwah, tapi kita semoga urusan masak lebih ringan kerana telah ada yang sama-sama akan membantu.

Saya membawanya ke Darul Ukhwah, memperkenalkan dengan penghuni di sini, mengajak melihat dapur dan merancang urusan masakan di sini.

InsyaAllah, dia akan bersama dengan pasukan yang kebanyakkannya terdiri dari para ustaz sekarang ini, membantu saya dan Kak Liza serta AJK lain.

Semoga, semakin besar pasukan ini, semakin dipermudahkan Allah.

Terima kasih padaMu ya Allah,

“Mengharap Kepulangan Yang Diredahi”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 November 09 jam 9.40 pagi

IMG_0090

Ustaz Ismail, kanan gambar berkopiah

IMG_0096

Walaupun sekecil kain pengelap, ia tetap penting di dalam urusan sesebuah dapur.  Semua ada peranan di dalam Islam ini, yang penting, ke mana salurannya. Terima kasih pada semua yang membantu selama ini…

1 comment:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...