Monday, May 25, 2009

Universiti Kehidupan 72 - Khurafat di Jaffa

27 April 09, rombongan kami bertolak dari Jerusalem ke Nazareth melalui Jaffa, bandar lama bersebelahan dengan Tel Aviv. Nama bandar yang berusia 4000 tahun ini diambil sempena nama anak Nabi Nuh a.s.

Suasana sekeliling semakin panas. Jika di Jerusalem, ia panas kering, bermakna panasnya tidak membuatkan kita berpeluh. Tapi di sini berbeza, panasnya seperti di Malaysia. Ini kerana kami menghampiri kawasan laut Mediterranean.

Kami mulai masuk ke bandar lama penuh sejarah ini. Pada ketika Salahuddin dapat mengalahkan tentera Salib, mereka semua lari menginggalkan Jerusalem dan duduk di kawasan laut seperti Jaffa, Akko, Yaffa dan dan sebagainya. Dari kawasan laut inilah mereka beberapa kali mencuba untuk menawan kembali Jerusalem dari tangan Islam.

Kedatangan kami melalui jam besar yang dibina oleh Sultan Abdul Hamid (ii) pada tahun 1898. Jam ini masih berfungsi dengan baik. Coster yang kami naik berhenti betul-betul di atas bukit berhadapan dengan bandar Jaffa. Di sini tempat istirehat. Ramai yang datang kawasan ini kerana pemandangannya yang cantik.

Kami berhenti di depan gereja St. Peter antara orang besar di dalam Kristian Katholik. Menurut orang Kristian, St. Peter pernah menghidupkan orang mati bernama Tabita. Di dalam Islam, orang yang diberi kelebihan untuk menghidupkan orang mati hanyalah Nabi Isa a.s. Ini kerana, hidup dan mati itu adalah urusan dari Allah.

Kami mulai turun dari coster menikmati pemandangan yang cantik dari atas bukit. Angin yang bertiup kencang melupakan kepanasan sekeliling. Di satu sudut, Yahudi berumur duduk berehat di kerusi manakala muda-mudi berjalan bersama kumpulan dengan riang gembira.

Ketika melihat kami, gadis-gadis Yahudi ini melambaikan tangannya dan mengajak kami bergambar. Serupa sahaja macam gadis di Malaysia yang kurang didikan agama. Pakaian yang mereka pakai di Tel Aviv dan Jaffa sama sahaja dengan pakaian yang dipakai di bandar Kajang dan Gombak. Bezanya, gadis Yahudi ini tidak dapat membezakan antara ustaz atau tidak.

Apa yang menarik di dalam menentukan seseorang itu berketurunan Yahudi atau tidak ialah nasab ibunya. Bagi orang yahudi, nasab dibawa oleh ibu bukan bapa. Jika perempuan orang Yahudi dan lelakinya orang Afrika, maka anak itu dikira berketurunan yahudi. Jika bapa yahudi dan ibu orang cina (katakanlah) maka anak dikira orang cina.

Hari ini di Israel, kebanyakkan sekolah dan institusi pendidikan telah mula bercuti. Ini kerana, pada 29 April mereka akan menyambut hari kemerdekaan mereka. Lebih tepat, hari mereka dapat menundukkan Arab dan berjaya membina negara pada tahun 1948.

Mereka mula meraikan hari kemerdekaan bermula dari 27 April. Bendera akan dinaikan separuh tiang untuk memperingati tentera yang gugur ketika usaha membina negara mereka. 28 April juga hari berkabung dan 29 April mereka akan meraikan kemenangan.

Pada setiap pukul 11 pagi dan 4 petang, akan ada semboyan di bunyikan. Semua orang akan berdiri tegak dalam seminit untuk menghormati tentera yang mati. Saya melihat, orang Palestin juga berdiri untuk itu, Nasir melihat saya dan mencebek menandakan tidak bersetuju walaupun dia juga terpaksa berdiri tegak.

Tidak lama selepas itu kami melihat jet-jet pejuang melintasi bandar Jaffa. Mungkin lintasan hormat atau latihan untuk hari kemerdekaan mereka.

Kami naik ke atas bukit. Di situ ada Wishing Bridge (jembatan hajat), titi yang telah berumur lebih seribu tahun. Mengikut kepercayaan mereka, barangsiapa yang lalu di jembatan ini, memegang simbol ziodak yang ada di situ, menghadapakan muka ke laut Mediterranean, berdoa dan meminta, maka hajatnya akan dikabulkan.

Di satu sudut pula saya melihat, satu hidangan buah-buahan bersama arak dan sejambak bunga ros. Ia di hidangkan untuk menjamu roh tentera yang terkorban di dalam peperangan.

Rupa-rupanya, orang Yahudi ini juga mempercayai mengenai tilikan nasib dan jamuan pada roh.

Di dalam Islam, kita disuruh untuk membersihkan akidah kita dari mempercayai kepada tilikan nasib. Begitu juga mengenai roh, orang yang telah mati mempunyai alamnya sendiri. Mereka tidak memerlukan makanan untuk dimakan. Yang mereka perlukan adalah doa dari anak cucu mereka.

Di dalam hadith Nabi saw telah bersabda;-

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalanya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”

Mempelajari akidah yang benar mestilah bertepatan dengan apa yang diturunkan Allah dan apa yang disampaikan oleh Nabi saw. Ini kerana, jalan kesesatan itu amat halus, ada yang Nampak dan ada yang tersembunyi.

Dengan ilmu dan doa memohon hidayah, mudah-mudahan kita diselamatkan Allah di dunia dan diakhirat.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Al-fakri ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
25 Mei jam 11.40 pagi

Jam besar yang dibina oleh Sultan Abdul Hamid (ii) pada tahun 1898
Replika ikan, lambang pantai di Jaffa
Yahudi berumur yang berehat di pantai di Jaffa
Catatan sejarah Jaffa
Bandar Jaffa dari atas bukit.
Pemudi Yahudi gembira kerana cuti meraikan hari kemerdekaan mereka

Gereja St. Peter
Meriam lama di Jaffa

Yahudi berdoa di Wishing Bridge
lambang ziodak, tempat hajat mereka

Kenangan di Jaffa

Jet pejuang sempena hari kemerdekaan Israel, setiap 29 April


Jamuan untuk roh tentera sempena hari merdeka

1 comment:

Hunny said...

Salam ustaz amin,

Wishing bridge, jamuan roh, maklumat ni selalu dalam cerita khayalan. Rupanya, kisah benar diamal oleh Yahudi. Anyway, mungkin perlu dibetulkan ejaan al-fakri ila rabbihi kepada al-fakir ila rabbihi. dah 2 3 kali silap eja, mungkin sebab cut n paste.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...