6 Mei 09, Saya bersarapan dengan para guru dan pentadbir di Insya'at Institut. Pada pagi ini mereka menghidangkan roti, madu, telur dan masakan sayur ala Turki.
Saya berkata kepada Ustaz Muhamad al-Fateh salah seorang guru di sini:-
"Ustaz, sebelum saya balik, saya ingin menziari orang alim. Boleh tak ustaz bawakan saya untuk bertemu dengan mana-mana orang alim".
Ustaz Muhamad al-Fateh menundukkan pandangannya seolah berfikir. Kemudian dia mengangkatkan kepalanya, memandang saya dan tersenyum seraya berkata:-
"InsyaAllah, nanti saya usahakan. Makan dahulu kenyang-kenyang."
Ustaz Muhamad al-Fateh terus keluar dari dewan makan. Kami yang lain terus berbual. Selepas makan, Ustaz Muhamad al-Fateh masuk kembali ke dewan makan dan berkata,
"Alhamdulillah, hari ini kita akan menziarahi guru saya, Syeikh Mahmud al-Ufi".
Dalam pukul 10 pagi, kami menaiki kereta meninggalkan Insyaa'at Institut. Ustaz Ali Haidar, sepupu Ustaz Muhamad al-Fateh membawa kereta dan kami berbual-bual.
"Ustaz dah kahwin," tanya saya.
"Belum" jawabnya ringkas.
"Ali Haidar hari tu nak kahwin tapi ibu dia kata nanti dulu, jadi dia tangguh dulu." Ustaz al-Fateh mengusik sepupunya.
Kami melintasi Voldelche Bridge, iaitu satu jembatan yang merentasi Selat Bosphoros menghubungkan antara Istanbul Eropah dan Istanbul Asia. Kapal-kapal besar juga banyak lalu di selat ini.
Tidak berapa lama kami sampai di rumah Syeikh Mahmud al-Ufi. Beliau seorang yang mengasaskan banyak sekolah agama di Turki ini. Rupanya sekolah yang saya ingin mengadakan kerjasama ini juga antara yang beliau asaskan. Umurnya 80 tahun dan kawan baik kebanyakkan Syeikh di dunia antaranya al-Marhum Syeikh 'Alwi Malikidi Mekah.
Kami disambut oleh beberapa orang anak muridnya. Kami duduk di ruang tamu. Kemudian, saya dijemput naik ke ruang atas dan di situ saya bertemu dengan Syeikh Mahmud al-Ufi.
"Siapa nama kamu hai anak?" tanya Syeikh.
"Muhamad bin Abdullah", jawab saya ringkas.
"Siapa guru kamu?", tanya Syeikh kemudian dia memandang tepat mata saya.
Hati saya berdebar dipandang tepat seperti itu. Saya menyebutkan nama-nama guru yang saya belajar dan bertalaqqi dengan mereka.
Kemudian, Syeikh bertanyakan mengenai Islam di Malaysia. Saya menyatakan mengenai perkembangan Islam di Malaysia.
Kami berbual di dalam beberapa hal. Syeikh memberi panduan dan nasihat kepada saya.
Di akhir pertemuan saya berkata pada Syeikh:-
"Syeikh, doakan saya dan sahabat-sahabat di Malaysia khusus untuk Islam di Malaysia. Juga kepada seluruh murid saya. Saya juga minta doa dan minta izin untuk mengadakan hubungan pendidikan antara sekolah saya dan pusat pengajian di sini, semoga ada kebaikannya untuk umat Islam".
"Semoga Allah memberkati kamu semua," kata Syeikh sambail mengangkatkan tangannya. Kami berdoa beramai-ramai untuk kebaikan bersama.
Saya memandang muka Syeikh. Jernih dan tenang. Seolah-olah saya menatap wajah arwah Ayahanda saya. Hati saya sebak dan bersyukur kerana Allah telah mengaturkan pertemuan saya dengan Ulama Turki ini.
Saya meminta diri untuk pulang. Anak murid Syeikh Mahmud mengiringi saya turun dan terus ke surau di rumah Syeikh. Kami menunaikan solat Zohor berjemaah.
Ketika pulang, Ustaz Muhamad al-Fateh berbisik pada saya,
"Syeikh gembira menerima kunjungan ustaz dan dia mengirim salam pada ustaz dan murid ustaz nanti."
"Alaika Wa Alaihi Salam, dan InsyaAllah, saya sampaikan pada mereka." Jawab saya.
Kami meninggalkan kawasan berbukit Cavusbasi, tempat kediaman Syeikh Mahmud al-Ufi. Ziarah ini memberi saya semangat betapa mewujudkan pusat pendidikan itu penting bagi memastikan generasi Rabbani ini bersambung untuk menegakkan Islam.
Semoga, ziarah ini memberi kebaikan pada saya dan kita semua. Melihat kesungguhan seorang Ulama mendirikan pusat-pusat pendidikan di negara sekular Turki, teras sangat kerdilnya diri ini. Walaupun pernah diuji dengan berbagai ujian tetapi, istiqamahnya seorang Ulama ini menjadikan, bara perjuangan ini terus berpindah dari generasi ke generasi.
Semoga Allah memberkatimu wahai Mujahid ad-Din.
"Diari, merakam sejarah mencatata kenangan"
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Suwaileh, Amman Jordan.
8 Mei o9, jam 11 pagi
Syeikh Mahmud al-Ufi. Di sebelah syeikh ialah Ustaz Muhamad al-Fateh.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment