Hari ini hari Jumaat 1 Mei 09. Saya ingin berkongsi isi khutbah pada Jumaat lepas iaitu pada iaitu 24 April 09. Khutbah di al-Aqsa ini memakai speaker yang kuat. Al-Aqsa di atas bukit, jadi seluruh kawasan dengar. Dalam bab ini, Singapore lagi teruk, azan pun tidak dibenarkan dilaungkan di luar masjid.
Di dalam khutbah, mereka menghentam Israel, mereka doakan kebinasaan mereka. Askar Israel yang berkawal buat tak tahu sahaja. Isi khutbah pertama, khatib menekankan lebih pada bab Tasauf iaitu bab hati seperti sabar, memburu kasih Allah dan sebagainya. Khutbah kedua mengenai isu semasa dan dalam khutbah kedua ini mereka menghentam yahudi. Azan dilaungkan dan Khutbah bermula pada 12.43.
Di bawah ini kita kongsikan isi khutbah dari Masjid al-Aqsa. Ia bermula dengan rukun khutbah seperti biasa. Cuma dia syarah lagi contohnya, syukur pada Allah yang maha pemurah, maha memerintah, maha berkuasa dan sebagainya
Selawat dan salam ke atas Nabi pemberi syafaat dan pada para sahabat sekelian.
Ya Allah, naikkanlah Islam dengan berkat masjid yang penuh barakah ini. Ya Allah, angkatlah umat ini ke darjat yang mulia, hilangkahlah susah mereka, bantulah urusan mereka.
Amma Ba’du.
Rasullulah bersabda:-
Agama itu nasihat, untuk siapa? Untuk Allah dan Rasul dan seluruh orang mukminin. Orang muslim akan menjadi lemah jika tidak ada usaha untuk menegur antara satu sama lain.
Khatib kemudian menceritakan kisah seorang Ulama yang ditemui oleh Khalifah Harun al-Rasyid.
Harun berkata, wahai Syeikh, aku lihat engkau ini susah. Aku ingin memberi pemberian kepadamu. Maka kata syeikh, aku tidak memerlukan apa-apa. Dan semua orang hanya memerlukan amalan untuk dirinya. Pada hari kiamat maka tidak berguna segala sesuatu melainkan amalan yang dibawanya.
Cuba lihat orang terdahulu, terus saling menegur dan menerima teguran.
Wahai hamba Allah, berpeganglah kepada apa yang Allah turunkan. Jika tidak kita akan menjadi seperti Yahudi yang membunuh para Nabi, ambil riba, mencampurkan yang hak dengan yang batil.
Jika tidak, jadilah kita menjadi orang yang rosak kehidupannya, saling hasad dengki, saling menzahirkan kerosakan. Jika ini terjadi, maka Allah akan meletakkan kaum ini di dalam kehinaan.
Tahukah kamu wahai sidang jemaah sekelian. Kenapa Adam dan Iblis dikeluarkan dari syurga. Adam dikeluarkan kerana membiarkan maksiat berlaku. Ketika Hawa memakan khuldi dia tidak cegah dan dia juga turut memakannya. Iblis dikeluarkan kerana membiarkan dirinya sombong dan tidak bertaubat. Mana kita hendak lari di akhirat nanti jika kita penggemar maksiat.
Khatib kemudian mensyarahkan ayat:-
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. (surah Yasin ayat 65)
Pada ketika itu, kita tidak dapat lari ke mana-mana.
Kemudian, khatib membaca lagi ayat al-Quran:-
Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."(surah as-Sajadah ayat 12)
Ada seorang pemuda salafi di zaman silam, ketika dia terdetik ingin membuat maksiat, dia akan membakar baju yang paling disayanginya. Kemudian dia akan memejamkan mata dan berharap agar baju yang disayanginya itu kembali. Ketika dia membuka mata, dia melihat baju itu tetap telah habis dijilat api. Maka dia akan menangis dan merintih, beginilah keadaan orang di akhirat yang ingin kembali di dunia tetapi tidak akan sekali-kali diizin untuk kembali walau sesaat.
Khatib kemudian berdoa,
“Ya Allah, jadikanlah kami orang yang diampunkan ketika bersalah, ada kekuatan untuk beramal soleh.”
Kemudian beliau meninggikan suaranya dan meratapi:-
Wahai nafsu, bersenanglah di dunia ini, jika tidak diingatkan, kesenangan itu tidak akan dapat dibawa ke akhirat
Kemudian khatib membaca:-
(yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih, (as-Syuara’ ayat 88-89)
Kemdian khatib menambah:-
Selalulah minta ampun pada Allah. Allah telah menggelar dirinya sebagai pengampun.
Ya Allah jadikanlah kami oang yang rapat denganMu, jangan jadikan kami orang yang lupa padaMu.
Wahai hamba Allah sekelian,
Siapkanlah jalan untuk ke akhirat, berbekallah dan sebaik-baik bekal adalah taqwa.Jadilah orang yang rapat dengan Allah, ahli kebenaran, ahli ibadah. Bergaullah dengan orang yang baik. Sahabat jadi hebat kerana mereka bergaul dengan Nabi.
Jika kita jadi orang yang rapat dengan Allah, maka kita akan beroleh rahmat. Jika ktia dibunuh kita syahid dan jika kita ditangkap kita beruzlah.
Jika mahu melihat orang yang berjuang, lihatlah siapa musuhnya, bukan lihat siapa kawannya.
Kenapa orang beriman ini dibantu? Kerana sangat cinta pada Allah, pada Nabi dan pada agama ini. Burulah reda Allah dan kita akan selamat,
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang benar.
Khutbah kedua
Sekarang ini ada dua perkara besar yang berlaku.
1. orang Yahudi sedang mengadakan kempen untuk seluruh Yahudi dari seluruh dunia datang dan duduk di sini. Hendaklah kita tentang dasar ini. Ia akan menjadikan bumi ini menjadi bumi mereka.
2. Mengenai masjid al-Aqsa.Baliklah pada sejarah. Ini adalah masjid kita. Pertahankahlah. Baliklah pada Islam. Cuba lihat kata Saidina Umar ketika sampai ke sini
“Kita dimuliakan Allah kerana Islam. Barang siapa yang mencari kemuliaan selain dari itu, maka tidak ada lagi kemulian padanya”.
Kemdian, khatib mengisytiharkan bahawa dalam minggu ini ada dua orang yang syahid. Maka sama-sama kita pohonkan rahmat pada Allah untuk kita dan mereka.
Khatib kemudian berdoa untuk seluruh umat Islam.
Khutbah tamat pada jam 1.19 tengah hari.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jacir Palace Inter Continental Bethleham
1 Mei 09, jam 7.15 pagi
Doom of Rock menjadi tempat sembahyang perempuan pada hari Jumaat
Bersama mangsa yang putus tangan di al-Aqsa

pada jumaat ini, ada jenazah. Tiang al-Aqsa
jemaah mendengar khutbah
tingkap al-Aqsa
Selepas sembahyang ada dua kelompok yang membuat kuliah, satu golongan orang muda yang semangat
4 comments:
A'kum ustaz,mintak kebenaran nak copy entry ustaz kali ni,sekadar nak share dgn kawan2 yg lain. sy akan ltk link ke blog ustaz. boleh? moga jadi ilmu berguna buat semua. jazakallah.
Boleh insyaAllah,semoga memberi manfaat untuk semua
salam wrt. saya hazreen dari moscow, teman seblik syazwan.
saya sangat envy ustaz yang dapat masuk ke masjid al aqsa dan solat jumaat pula di dalamnya. best sungguh.
saya juga seperti hamba Allah di atas ingin meminta izin untuk copy paste extract khutbah ini ke dalam blog saya dan facebook. semoga kawan2 saya dapat baca isi khutbah yang best nie.
terima kasih ustaz. jzkk.
boleh insyaAllah, hari ini punya khutbah akan saya kongsikan nanti
Post a Comment