Thursday, May 21, 2009

Universiti Kehidupan 70 - Perjanjian Umar, Dari Muktah ke Ilya'

Ketika akhir-akhir zaman Madinah, Rasullullah s.aw mengutuskan utusaan kepada pemimpin-pemimpin dunia, menyeru mereka kepada Islam. Salah satu utusan ini ialah Saidina Haris b Umar al Azdi r.a. Beliau telah diutus kepada raja Busra (sekarang di Syria) iaitu salah satu pemerintah Rom. Di pertengahan jalan, Saidina Haris b Umar al Azdi r.a telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani gabenor Kaisar. Rasullullah sangat sedih mendengar berita ini.

Telah menjadi undang-undang dunia pada ketika itu, utusan tidak boleh dibunuh. Jika marah sekalipun, mereka hanyalah disiksa dan dihinakan.

Rasullullah mengumpulkan 3000 orang pejuang-pejuang Islam. Ia dipimpin oleh Zaid bin Harithah, jika, Zaid syahid ia akan diganti dengan Jaafar bin Abu Talib dan jika Jaafar syahid ia hendaklah diganti dengan Abdullah Rawahah

Orang Yahudi selalu bertemu dengan ketiga-tiga orang ini, ingin melemahkan semangat mereka. Inilah sikap yahudi sejak dahulu. Rombongan tentera ini merupakan rombongan pertama Islam di luar jazirah Arab pada ketika itu.

Baginda sendiri yang menjahit panji Islam dan menyerahkan kepada mereka. Mendengar kedatangan tentera Islam, Raja Busra menyiapkan 100 000 tentera ditambah pula dengan 100 000 orang tentera yang dikirimakan Kaisar Rom. Jumlah tentera Rom keseluruhannya ialah 200 000 orang.

Kedua-dua tentera bertemu di medah Muktah (sekarang di Jordan). Di akhiri dengan pengunduran tentera Rom. Hairankan? Bagaimana 3000 tentera Islam menentang 200 000 tentera Rom, yang lari meninggalkan medan peperangan ialah tentera Rom.

Nabi mendoakan keberangkatan angkatan ini dan Nabi juga tahu ketiga-tiga sahabat yang dikasihi ini akhirnya gugur di medah Muktah. Ketika ketiga-tiga ini gugur di medah Muktah, Saidina Khalid al-Walid mengambil amanah sebagai ketua tentera dan berjaya mengundur dan menggerunkan hati musuh mereka.

Peperangan Muktah, permulaan Islam mencabar tentera terbesar di dunia pada ketika itu. Dengan kekuatan iman, akhirnya tidak sampai 20 tahun kewafatan Nabi, Rom dan Parsi mulai tumbang ke tangan Islam.

Islam mulai sampai ke Jerusalem pada tahun 15 hijrah apabila benteng Rom di Syam tumbang ke tangan Islam. Ketika sampai di Jerusalem, para pemimpin di sini menghantar utusan kepada tentera Islam. Jerusalem sebuah bandar suci, maka penduduknya akan menyerahkan kunci kota ini dengan satu syarat,

Kunci ini hanya akan diserahkan kepada pemimpin nombor satu Islam iaitu Khalifah Umar al-Khattab.

Khalifah Umar al-Khattab telah dijemput untuk menerima amanah sebagai penjaga kota suci ini. Beliau bersama rombongan sahabat bertolak dari Madinah. Sampai di sebuah bukit berhampiran dengan Jerusalem, dari kejauhan Umar telah melihat al-Aqsa. Beliau dan seluruh tentera Islam yang datang dari Madinah bertakbir berkali-kali membesarkan Allah kerana kota tempat di mana Nabi diisrakkan kini di dalam amanah Islam. Bukit tempat pertama kali melihat al-Aqsa ini dinamakan sebagai bukit Mukabbir (bukit membesarkan Allah)

Khalifah Umar memasuki Jerusalem dengan sambutan yang baik dari penduduknya. Beliau diajak untuk melawat Jerusalem dan sekitarnya.

"Mulai hari ini, kota ini kami amanahkan kepada umat Islam," penjaga kota berbangsa Kan'an menyerahkan kunci Jerusalem kepada Saidina Umar al-Khattab.

Ucapan Umar kepada seluruh tentera Islam yang yang menyaksikan peristiwa bersejarah ini sangat mengesankan:-

"Hari ini kita dimuliakan bukan kerana kehebatan kita, kita dimuliakan Allah kerana Islam, maka barang siapa yang tidak memegang Islam, maka tiada kemulian padanya"

Sebagai menjamin keamanan penduduk Ilya' (Jerusalem), Saidina Umar telah menuliskan sebuah perjanjian untuk mereka. Perjanjian ini masih terdapat di masjid Umar di sini. Sebuah mar-mar telah dipahat dan diletakkan di masjid Umar yang berada di tengah Jerusalem.

Inilah isi perjanjian ini yang dimetrai 1400 tahun dahulu:-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Perjanjian Umariayah

Ini adalah apa yang diberi oleh hamba Allah, Umar, Amirul Mukminin pada Ahli Ilya' (Jerusalem) dengan keamanan.

Memberikan kepada mereka (jaminan) keselamatan bagi diri mereka, harta merka, gereja mereka, salib mereka dan sumber air mereka. Dan melepaskannya, dan seluruh agamanya, bahawa janganlah diduduki (diambil) gereja mereka dan janganlah meruntuhkannya, dan jangan merampasnya darinya dan dari tempatnya, dan jangan (dirampas) dari salib mereka, dan apa pun dari harta mereka. Dan jangan membenci (mencacai) agama mereka dan jangan memudharatkan seorang pun dari mereka.dan janganlah ada penduduk Ilya (Jerusalem) yang tinggal bersama dengan orang yahudi.

Dan bagi ahli Ilya, hendakalah memberikan jizyah seperti mana yang diberikan oleh bandar-bandar lain, dan hendaklah mereka mengeluarkan orang Rom dan juga pencuri,

Maka barang siapa yang keluar di antara mereka, maka mereka akan dijamin keamanan diri dan harta hinggalah mereka sampai ke tempat yang hendak dituju. Sesiapa di antara mereka yang ingin tinggal bersama mereka, maka mereka seperti ahli Ilya, dikenakan jizyah.

Dan mana-mana ahli Ilya yang ingin pergi dengannya hartanya bersama Rom, dan mengosongkan barang mereka dan salib mereka, hinggalah sampai tempat tuju mereka (dijamin keselamatannya)

Dan demikianlah bagi penduduk tanah ini. dan barangsiapa yang ingin duduk, maka mereka seperti penduduk Ilya, dikenakan jizyah. Sesiapa yang ingin pergi dengan Rom, dan siapa yang ingin kembali kepada keluarganya, maka tidak akan diambil apa-apa pun harta dari mereka (dibiarkan) hinggalah mereka dapat menuai hasil tuaian mereka.

Dan inilah apa yang tertulis ini, adalah perjanjian dari Allah dan jaminan Rasulnya, dan jaminan pemimpinnya dan orang Islam, jika mereka menunaikan jizyah.

Yang menyaksikan,

Khlaid al-walid
Amru al-Ash
Abul Rahman al-Auf
Muawiyah bin Sufian


Di tulis dan dimeterai pada 15 hijrah

Umar lal-Khattab.

Orang Islam dan Kristian dari bangsa Kan'an di sini, masih kuat memegang perjanjian ini. Hinggakan, ketika peperangan salib tercetus, di dalam pasukan Salahuddin al-Ayubi terdapat satu Divison kristian Jerusalem yang diketuai oleh Isa al-Awwam. Mereka bersama-sama menentang tentera salib dari Eropah.

Pada ketika tentera salib di kalahkan di peperangan Hittin, Guy de Lusigna, raja dan panglima salib yang ditawan bertanya kepada Isa,

"kamu orang krisitan, kenapa kamu mengkhianati tentera salib"

Isa al-Awwan menjawab,

"aku memerangi tentera salib dari Eropah kerana aku tidak mahu mengkhianati perjanjian Umar".

Demikianlah keindahan Islam. Datangnya kesesebuah negeri tidak dianggap sebagai penjajah. Islam akan membangunkan negeri itu sebagai negerinya. Datangnya Islam disebut sebagai al-fath (pembukaan).

Di dalam sejarah, yang selalu mengkhinati sesuatu perjanjian adalah orang-orang kafir. Orang Islam sejak dahulu lagi telah tahu apa itu menghormati hak dan agama orang lain.

Semoga keindahan Islam akan mewarnai dunia dalam waktu dekat ini. Ini kerana janji Nabi, tidaklah akan berlaku kiamat hinggalah Islam itu akan gemilang kembali.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-fakri ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
21 Mei 09, jam 8.30 pagi
Medan Muktah di Jordan, gambar bersama krew al-Hidayah tv 3 di Jordan
Makam Saidina Zaid bin Harithah r.a

Makam Saidina Jaafar bin Abi Talib r.a
Makam Saidina Abdullah bin Rawahah r.a
Jabal Mukabbir, tempat Saidina Umar r.a mula-mula melihat al-Aqsa dan melaungkan takbir berkali-kali membesarkan Allah dan menyatakan kesyukuran di atas kemenangan Islam ke atas Rom
al-Aqsa dari Jabal Mukabbir, Helmi sedang membuat penggambaran bersama Dato' Yahya

Perjanjian Umariyah, masih terdapat di Masjid Umar di Jerusalem.

3 comments:

Anis Hartini Haron said...

ustaz.. sila komen sikit

Santapan Jiwa: Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant
luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu
kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama
anda
disini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak
bolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan
itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim
(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan
yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu
sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga
tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian
tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk
memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak
sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Ustaz Amin said...

Persoalan ini timbul kerana orang yang membahaskannya berpendapat bahawa perempuan yang belum pernah bernikah, mengandung, ia dikira sebagai eddah orang mengandung, mesti lahir dahulu baru boleh bernikah.

orang yang berlum pernah bernikah, mengandung, sah nikahnya cuma anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapa itu.

Sekian

Michael said...

As'kum,

Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.

Terima Kasih.