Monday, May 4, 2009

Diari 60 - Petra

3 Mei 09, pukul 10, kami keluar dari hotel untuk menuju ke Petra, ada dua tiga orang pelajar Jordan yang ikut bersama kami. Dua orang kenalan saya dan seorang lagi kenalan Haji Esa.

Perjalanan dari Amman ke Petra mengambil empat jam. InsyaAllah, gambarnya akan kita kongsi kemudian.

Destinasi pertama kami ialah kota Shobak iaitu kota pertahanan salib yang ditawan oleh Salahuddiin al-Ayubi.

"Jika ingin melemahkan sesuatu, lemahkn sekelilingnya dahulu", prinsip ketenteraan Salahuddin al-Ayubi ketika perjalananya menawan Jerusalem. Beliau menawan semua kubu-kubu sailb yang berada di sekitar Jerusalem sebelum kota ini jatuh ke tangan Islam.

Kegagalan Richard the lion heart ketika usaha menumbangkan kembali kota ini ialah, dia terus cuba menawan kota Jerusalem sedangkan kota-kota sekeliling masih kuat dan sentiasa memberi bantuan.

Kemudian, kami melawat Uyun Musa (mata air Nabi Musa) iaitu pancaran mata air yang tidak kering dari dahulu. Sama ada benar Nabi Musa pernah ke sini atau tidak, Allah sahaja yang mengetahui.

Kemudian, kami ke Petra, kota kaum Nabatean. Kaum yang menebuk bukit menjadi kediamannya. Ini kai kedua saya sampai di sini, Kami menaiki keldai dan unta untuk menelusuri kota ini.

Kaum Nabatean mewarisi ilmu dari kaum Nabi Hud dan kaum nabi Soleh. Kedua-dua kaum ini ialah kaum yang mempunyai ilmu menebuk bukit untuk dijadikan tempat kediaman. Kedua kaum ini dihapuskan Allah kerana ingkarnya mereka terhadap nabi mereka.

Kami sampai ke Amman jam 12 malam. Hari ini 4 Mei, semua rombongan akan pulang ke Malaysia manakala saya insyaAllah akan ke Istanbul Turki. Diharap semua dipermudahkan Allah.

"Diari, merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Kimpinski Amman Jordan
4 Mei 09 jam 8.30 pagi

3 comments:

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Alamak! Dah nak balik ker? Saya tak send lagi assignment ari tu...

Ustaz Amin said...

Mmmmmm......

miza said...

bolehkah ustz cerita org Israel lehih berpegang/berkiblatkan kpd nabi Daud (david) atau nabi Musa? Ismail